Friday, September 2, 2011

Siapa Pejuang Kemerdekaan Sebenar?

Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS).

Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan.

Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu.

Namun satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka.

Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi.

Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya perjanjian damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai.

(Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Prof Madya Dr Mohamed Salleh Lamry)

4 comments:

Mael Hashim said...

Nampaknya perlu ada istilah baru 'Penjaya kemerdekaan' iaitu org yg berjaya mendapatkan kemerdekaan. Yang Pejuang tu memang berjuang tp gagal mendapatkan kemerdekaan kerana salak teknik dan tektik.

leekonu said...

semua bekas jajahan USSR adalah KOMINIS termasoklah MatIndera dan penyokong Mat Indera Bintang Tiga yang bukan saja bunoh polis tapi isteri-isteri dan anak-anak polis jugak.

Anonymous said...

leekunu,
yg diserang tu mata mata yg bertugas dibawah pehak penjajah british yg diarahkan supaya menangkap mat indra atas kesalahan menentang pehak penjajah tersebut, pada tahun 1948 pehak british telah menawarkan ganjaran sebanyak 25.000 kepada sesiapa yg dapat menangkap mat indra ini membuktikan bahawa mat indra seorang pejuang untok membebaskan tanah air, hakikatnya pehak mata mata yg bertugas bagi menjaga kepentingan british itulah sebenarnya sebagai penderahaka kepada tanah air bangsa dan agama demi kepentingan diri.

Cara Cepat Mengobati Penyakit Wasir said...

ikut nyimak aja gan...