Sunday, December 12, 2010

Jangan Tumpahkan Minuman Itu!

SATU - Ibarat segelas minuman segar yang sedia untuk diminum, konvenseyen Pakatan Rakyat yang bakal diadakan di Pulau Pinang memang tepat pada masanya. Jika minuman itu kurang manis, tambahkan pemanisnya; jika kurang segar, tambahkan air batunya. Paling penting, minuman itu hendaklah berkhasiat dan menyegarkan.

Jika BN adalah segelas minuman, ia bukan lagi minuman berkhasiat dan menyegarkan. Minuman itu sudah dimasuki lipas, berbau hapak dan membahayakan jika diminum. Walau pun ada pihak yang cuba untuk memaniskan minuman itu, ia sudah menjadi terlalu manis sehingga memudaratkan. Jika ia ingin disegarkan, minuman itu sudah terlebih ais sehingga memeritkan tekak jika diminum.

Paling sesuai, tuang sahaja minuman itu. Tapi awas, jangan dituang sebarangan. Jika dituang diperdu pokok bunga, mungkin beberapa hari selepasnya pokok bunga itu akan layu. Adakah cara lain untuk memanfaatkan air itu?

DUA – Sangat diharapkan supaya konvensyen PR yang bakal diadakan mampu menjernihkan pemikiran dan tanggapan sebahagian orang PAS yang masih terikat dengan cara berfikir ala Umno. Sebahagian kecil golongan ini yang bersemangat Islam, namun gagal menghayati ruh Islam dan perjuangan PAS masa kini.

Pertama, ada kumpulan tertentu yang masih menganggap PAS terkeluar dari landasan jika tidak melaungkan slogan ‘negara Islam’. Baginya, negara Islam itu mesti dilabelkan di merata-rata dengan ‘Negara Islam’. Malaysia tidak jadi negara Islam jika tidak dilakukan begitu.

Kedua, ada yang menganggap PAS tidak Islamik apabila tidak bercakap mengenai hudud. Bagi orang seperti ini, Islam adalah hudud dan hudud adalah Islam. Seolah-olah hudud adalah keseluruhan Islam.

Ketiga, bagi sesetengah orang, setiap sesuatu daripada Islam mesti berlabel Islam. Menamakan negara ini dengan negara kebajikan tidak Islamik, nama yang Islamik ialah negara Islam. Cukai yang dikutip mesti bernama Jizyah. Jika tidak dinamakan Jizyah, ia tidak Islamik walau pun pelaksanaannya adalah sama dengan Jizyah.

Keempat, bagi sesetengah orang, PAS tidak boleh berkawan dengan non Muslim. Mereka mesti dimusuhi dan diperangi. Mereka adalah musuh walau pun mereka tidak memusuhi Islam. Jika PAS berkawan dengan mereka, PAS dikira berkawan dengan musuh Islam.

Kelima, sebahagian yang lain pula berpandangan, Islam hanya untuk orang Islam. Orang bukan Islam tidak boleh ambil tahu pasal Islam, tidak boleh baca al-Quran walau pun terjemahannya. Tindakan itu dikira menghina Islam.

TIGA – Kasihan rakyat Malaysia. Mereka terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapat gambaran sebenar mengenai Islam. Mereka terpaksa menunggu sehingga PAS berkawan dengan DAP untuk dapat melihar keindahan Islam.

Sekian lama Umno berkawan dengan MCA dan MIC, mereka hanya nampak Islam ala Umno yang semakin hari semakin lemah dan terpinggir.

Kasihan rakyat Malaysia! Jika kita semua sayangkan Islam dan Malaysia, ayuh bebaskan negara ini daripada Umno Apco BN.

------------------------------------------------------------------
Kampong Kubang Paya, Arau, menunggu mata layu untuk beradu.

9 comments:

Anonymous said...

err...PAS ada roh Islam ke..??

Wei..! Betul kan la dahulu keWahabian Perlis tu.....

Anonymous said...

pernyataan tuan mungkin terlalu dangkal,gagal untuk spin realiti,bermentaliti membangkang yang tak kena tempat pun....apa yang PAS dah buat....pendapat tuan senang saja boleh di ulas/patahkan, walaupun oleh bukan org politik..

Anonymous said...

err...tapi kalau kita minum air bercampur rempah kunyit apa ceritanya pulak Ustad???

Mat Sabu mesti geli geleman nak minum..kan??

Nik Aziz pun kebelakangan ni cukup suka minum air kunyit...Buang tabiat ke??? Tua-tua ni..tanda tak ketahuan tu..tanda akhir umur orang kata...

dinhakki said...

Saya pun nampak macam tuan juga . Pas sepatutnya menyukat perjuangan mereka berdasarkan Alquran dan sunnah dan sirah para sahabat Rasullullah . Saya komen Pas sebab saya sayangkan PAS . PAS sepatutnya mendidik ahli - ahlinya mengamal dan menghayati ajaran Islam secara syumul ( Kaffah ) . Saya yakin pemimpin pas menilai pada penyertaan dan mengundi pas sahaja . Kata pejuang islam Sayyid Qutb " Kita tidak mahu ganti Penyamun dengan penyamun yang baru "
Saya yakin sekira setiap ahli Pas mengamalkan seluruh ajaran Islam didalam kehidupan dan jamaah PAS ........... PAS tetap mendapat pertolongan ALLAH didalam perjuangannya . Semak Surah An Nasr . " Bila pertolongan Allah itu tiba , kamu akan melihat manusia itu berduyun - duyun memeluk Islam " . Memeluk islam disini bukanlah memeluk islam seperti orang melayu memeluk islam tetapi mereka menghayati islam secara sempurna . Wallahualam

Anonymous said...

We have become the monsters just like the monsters we wish to remove. Do we really want to remove the devil we know with a devil we don’t know? I would take the risk of removing the devil we know with an angel we don’t know. But if it is to remove a devil we know with a devil we don’t know then better we keep the devil we know.

malaysia today :
http://www.malaysia-today.net/archives/archives-2010/36281-a-matter-of-ethics

Walau pu ini suatu pandangan dari orang secular , pandang ini juga boleh diertimbangkan untuk kegunaan Oarn yang dikatakan perjuangan untuk menegakkan kebenaran . Nilai akhlaq pengganti yang akan mengganti . Nilai akhlaq penyokong ketika mereka menyokong , adakah kerana keimanan terhadap Allah atau sekadar semangat bencikan UMNO ?

Anonymous said...

Sabar saudara Tanpa Nama Dec 12 .

Sikap Ujub , Takbur , Berlapang dada , Tawaddzok juga perlu di gunapakai didalam perjuangan . Mungkin pandangan saudara Zulkarnain ada kebenaran nya . Bagi saya , saya sering nampak apa yang katakan oleh saudara kita itu berlaku didalam Jemaah Parti PAS diMalaysia kita . Sebenarnya perjuangan Islam ialah satu perjuangan yang meruntuh sistem jahiliah dan menegak sistem islam yang murni .
Kaedah perjuangan islam saya kira masih banyak lagi perlu difahami dan dilaksanakan didalam perjuangan PAS . Sikap pemimpin PAS hatta Murshidul Am pun masih boleh dipertikai lagi dan apatah lagi dengan . Kita tidak boleh sentiasa mengatakan yang kita semua betul dan kita perlu sentiasa membaiki diri kita dani biarkan lah orang lain menilai kita .

Sebenarnya Allah sahaja yang menilai akan hamba - hambaNya .

Anonymous said...

Mursyidul Am Pas itu menyatakan, Kit Siang boleh dilantik ke jawatan itu dengan syarat beliau mesti merupakan seorang Muslim yang soleh.
"Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekali pun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Ini prinsip Islam yang perlu dipatuhi dalam membentuk kepimpinan negara dan ummah," katanya dalam blog berkenaan.

NikAziz selalu memperbodohkan pengundi PAS . Cakap selalu pusing - pusing . Sekejap dikata cina boleh jadi PM bila orang bising - bising dia kata cina itu mesti jadi Islam yang soleh pula .
Macam inikah yang dikatakan Murshidul Am ( Orang yang membawa petunjuk ) ? .
Saya kira Nik Aziz perlu memberi tumpuan mendidik ahli2 Pas supaya menjadi soleh dan boleh mengganti dirinya dan tidak perlu menaruh harapan kepada seorang bakal muallaf . Murshidu Am Pas perlu menyemak bagaikah pegangan atau akidah tauhid pengundi2 pas , adakah sudah jelas sepertimana diajarkan oleh Nabi Muhammad saw .
Kalau ( Nik Aziz ) nak keluar sesuatu stateman , buatlah keputusan melalui syura dan mintalah pendapat dan pandangan ahli syura lain sama . Ini nampah sangat macam part PAS ini hak milik nya seorang sahaja .
Kepada penyokong pas , diharap janganlah melenting dengan kenyataan ini , sebaliknya mintalah Tok Guru berubah sikap , kami sentiasa menyokong . Pemimpin islam mesti menunjukkan akhlaq yang soleh atau qudwah hasanah . Janganlah pula katan saya orang umno sebenarnya saya sudah tidak mahu melihat langsung UMNO . Kebencian saya terhadap UMNO adalah melebihi dari segala - galanya .

Anonymous said...

,
sya sokong 100% knyataan tuan
LKS 4 TPM

Anonymous said...

Mursidul Am Pas kata, Pas bersedia menerima perlantikan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui Kerajaan Persekutuan, seperti syarat yang termaktub dalam Dasar Kebangsaan Negara Islam.

“Ini Negara demokrasi!” kata Mursidul Am itu.

Fullamak! Sesekali Mursidul Am ini selalu ambil jalan songsang. Ketika arus mengalir ke kuala, Tuan Guru ini berkayak ke hulu.

Memang tak ada apa halangan pun. Demokrasi, katakan. Tapi sesekali naik terbeliak mata juga kita. Kenapa asyik melayan isu sahaja sedangkan sekarang ini Pas dah lupa perjuangan teras keIslaman. Bukan saja di Kelantan sepi senyap hal-hal perundangan dan hukum tapi di negeri-negeri lain juga, macam Kedah, sepi senyap tentang undang-undang dan hukum Islam. Tak pernah timbulpun dalam Dewan Undangan tentang kaedah melestarikan imej Islam.

Sesekali, ada baik pakat-pakat duduk semeja, bermuhasabah pula tentang teras dan dasar Pas. Jangan terbawa-bawa sangat dengan rentak tari Pakatan.
Baca selanjutnya : azizi Abdullah
http://aziziabdullah.blogspot.com/2010/12/terbalik-tertunggang-tertungging.html