Sunday, February 13, 2011

Tabung Sekupang

PAS Perlis pernah melancarkan program Tabung Sekupang untuk PRU tahun 2004. Caranya ialah, ahli-ahli PAS dibekalkan dengan tabung rotan, dan setiap ahli yang menerima tabung itu hendaklah memasukkan 10 sen sehari ke dalamnya, jangan lebih dan jangan kurang.

10 sen itu daripada mana? Ya, lebihan beli ikan atau beli sayur atau lebihan apa sahaja. Apabila sampai hari terakhir sesuatu bulan, seorang petugas akan pergi menemui setiap ahli yang menerima tabung itu dan memungut wang terkumpul itu daripadanya.

Ada yang RM3, RM2.90, kurang atau lebih. Petugas yang mengumpul itu pula diberikan beberapa persen habuan berdasarkan jumlah keseluruhan yang terkumpul.

Ada sebahagian ahli yang mengenepikan saja tabung itu. Apabila sampai hari pengumpulan dia beri sahaja kepada petugas itu RM5 atau RM10 atau berapa yang dia suka. Cara ini tidak digalakkan kerana tidak meninggalkan kesan mendalam dari sudut kesan pengorbanan kepada parti.

Namun seingat saya selepas PRU 2008, program ini senyap sahaja, dan kalau tidak silap, kini tidak berjalan lagi. Di rumah saya tabung rotan itu masih ada cuma petugas mengumpul sumbangan tidak lagi berkunjung ke rumah. Dan, saya pun tidak memasukkan lagi sekupang sehari ke dalamnya.

Hasil program tabung sekupang ini, ada UPU yang berjaya mengumpul sehingga hampir RM10,000. Ada yang kurang dan ada yang lebih. Maksudnya, jika PAS konsisten dengan program ini, ia memang efektif. Wang yang terkumpul ini tidak diserahkan kepada calon tetapi digunakan oleh UPU sepanjang tempoh kempen.

Program ini sangat baik dari sudut menyuburkan keprihatinan ahli terhadap PAS. Tambahan pula pada waktu itu, PAS memang daif (dalam konteks PAS Perlis), semua persiapan menghadapi pilihanraya seadanya sahaja.

Ahli pula memang berasa mereka dihargai apabila mereka diminta menyumbang walau pun kecil (pada nilai manusia). Walau pun ada yang memandang remeh program ini, namun kesudahannya ia sangat berjaya.

Program ini masih relevan untuk dilaksanakan sempena PRU akan datang. Masa masih ada. Cuma jentera untuk menggerakkannya sahaja yang perlu diaktifkan semula. Gunalah tabung apa pun, samada rotan atau buluh. Atau, tin minuman ringan pun boleh, tak kisah.

Orang PAS memang suka menyumbang sekadar terupaya, cuma kadang-kadang mereka tidak disediakan saluran untuk melakukan sumbangan secara mudah. Tabung Sekupang dikira sangat relevan.

Dan, seperkara lagi, orang yang paling sesuai untuk mengaktifkan kembali program ini ialah Cikgu Adnan Din. Beliaulah 'jurutera' program ini pada ketika itu. Tahniah Cikgu Nan.

11 comments:

amalhaj said...

itulah kelebihannya.....

Anonymous said...

tolong update alamat blog alhusseyn

Aa said...

Mereka ingat nak buat program besar sahaj (tak jugak) tapi terlupa mendalam kesannya pada setiap ahli. Kecik jgn di sangka tak beerti...besar jangan disangka power. Patut sekeh kepala ADUN PAS dan ADUN PKR ni karang.

ALI MAIDIN said...

Di Kg guna buloh. Di bandar, on line je. Wooo. Yang penting kesungguhan ahli nak menderma!!!!

Anonymous said...

PANDAI BETUI HANGPA MENGANIAYA RAKYAT, SEPATUTNYA PARTI MEMBANTU RAKYAT...MINTA RAKYAT MENABUNG BAGI PADA PARTI, LEPAS TU SIAPA PUN TAK TAU DUIT TU KEMANA...TAK ADA REKOD, TAK ADA AUDIT,,,SENANG CAKAP TIPU ORANG DERMA ITU MERUPAKAN JIHAD....CIS HINA SUNGGUH PEMIMPIN PAS NI

KALAU NAK BERJIHAD KENAPA TAK MINTA KEPADA PEMIMPIN PAS...BUKAN SEDIKIT YANG KAYA RAYA..CONTOH ARIFFAHMI, KAMARUDIN, HUSAM BERAPA JUTA DEPA BAGI.

Sekupang sehari besar maknanya bagi yg susah,,,cukup2la menipu rakyat

TARANTULA said...

TAK TERGELAK AKU MENDENGAR PROJEK PAS PASAI TABUNG BULUH NI...SEDAR KAH WAHAI ORANG PAS, KEMPEN INI SECARA TERANG2 LAGI BERSULUH MENGGAMBARKAN BETAPA SENGKEKNYA PARTI YANG MENGAKU ISLAM, BETAPA SENGKEKNYA ORANG2 ISLAM DI MALAYSIA NI....KAUM LAIN PASTINYA TERSENYUM MELIHAT KEBODOHAN STRATEGI PEMIMPIN PAS.

TARANTULA said...

BRO

AKU DAH KOMEN 3 X TAPI SATUPUN KAU TAK HIGHLIGHT

KENAPA BRO ?? TAKUT PENYOKONG PAS BACA KA...TAKUT DEPA TERPENGARUH KA ???

Zolkharnain Abidin said...

Bro Tarantula,
Saya ingatkan bro tak dak perasaan bila komen bro tak disiarkan. Rupanya bro ada perasaan juga. Itulah lain kali komenlah dengan bahasa yang elok-elok... tampilkan fakta bukan tulis ikut sedap tangan saja. Saya diarkan semua komen yang elok-elok.... don't worrylah bro... orang PAS bukan macam orang Umno....

Anonymous said...

Tarantula gila.
Org pas bg duit harap2 ada ganjaran pahala. UMNO BN hentam duit kat rakyat dgn naikan saman, naik minyak, pau rm50 dari kad kredit. macm2 sapu kat rakyat. apa ni toke balaih kat rakyat.

Anonymous said...

pemimpin PAS kalau derma pun bukan nak heboh mcm pemimpin2 UMNO... pemimpin UMNO kalau derma siap masuk tv lagi... PAS bukannya memaksa rakyat utk menderma, tetapi melatih ahli2nya supaya menderma secara ikhlas... siapa kata PAS belanja tanpa audit.. suruh SPRM check tengok.. semua dokumen ada...

Anonymous said...

hahahaha tu la modal pasbodo. undi pas dapat pahala. sejak bila pahala jadi bahan trademark?