Saturday, April 23, 2011

"...Hebat Di Pentas Saja...?"

“Dia hanya hebat di pentas sahaja…”, demikian ungkapan yang sampai ke telinga saya mengenai pertandingan merebut jawatan YDP PAS Kawasan Padang Besar. Siapa yang mengeluarkan ucapan itu, mengapa ucapan itu dikeluarkan…?

Anuar Tahir memenangi pertandingan jawatan YDP PAS kawasan itu untuk penggal kedua. Beliau memang layak untuk memegang jawatan itu. Beliau punya pengalaman luas dalam pelbagai bidang gerakan massa termasuk pengalaman politik.

Beliau termasuk anak didik Anwar Ibrahim juga teman rapat kepada al-Marhum Fadhil Noor. Diyakini juga jika ditakdirkan PR menang di Perlis, beliau antara orang yang layak ditampilkan sebagai MB. Beliau juga saya percaya layak dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis.

Namun semua itu rupa-rupanya tidak diambil kira oleh orang yang menawarkan diri untuk menentangnya merebut jawatan YDP kawasan.

Saya tidak berkata beliau tidak boleh ditentang, atau pertandingan tidak patut wujud dalam PAS. Apa yang ingin saya katakan ialah orang yang tampil untuk menentangnya merebut jawatan itu tidak mengukur diri terlebih dahulu. Atau, dia mengukur dengan alat pengukur yang salah.

Mungkin orang yang menawar diri menentang Anuar ada kekuatan kewangan tetapi bagi saya dia tidak punya kekuatan ilmu untuk memikul beban jawatan itu. Memimpin memerlukan kekuatan ilmu. Kalau tidak, orang itu hanya setaraf jin ifrit pada zaman Sulaiman sahaja yang tewas di tangan seorang lelaki alim.

Penentang Anuar Tahir ‘kekurangan / kekeringan’ ilmu mengenai al-Quran dan hadis, tidak ada ilmu politik. Kalau dia berdebat, debatnya berasaskan emosi, bukan ilmu. Kalau dia berucap, ucapannya berbaur semangat sahaja, kosong ilmu.

Saya bersyukur beliau tidak menang. Ada kemungkinankah dia menang? Ya, ada, kerana dia mampu mempengaruhi mereka yang setaraf dengannya, mereka yang boleh dipengaruhinya dengan pelbagai kaedah untuk mengundinya.

Anuar Tahir bukan sekadar hebat di pentas, beliau juga hebat di medan. Penentangnya pula, di pentas pun tidak pernah kelihatan hebatnya, di medan pun tidak setara mana juga hebatnya. Mungkin kehebatannya ialah membuat ***** ******.

Bagi saya, beliau sepatutnya menarik diri daripada menentang Anuar untuk jawatan itu, walau pun dicalonkan oleh cawangannya sendiri dan cawangan yang boleh dipengaruhinya. Bahkan, saya percaya jika beliau ditakdirkan ‘memenangi’ pertandingan, tentu ada sahabat yang kini memberikan sepenuh masa berkhidmat kepada PAS kawasan akan menarik diri daripada meneruskan perkhidmatan.

Lebih daripada itu, penentang Anuar tidak layak untuk memegang jawatan YDP jika ditakdirkan Anuar tidak lagi memegang jawatan itu. Jawatan YDP bukan boleh dipikul dengan semangat dan jeritan sahaja, tetapi hendaklah dipikul dengan bekalan ilmu dan pengalaman.

Ketika Husam Musa menarik diri daripada menentang TGHH, ketika Tn Ibrahim Tn Man menarik diri untuk pencalonan Tim Pres, ketika mereka semua akur dengan kehebatan orang lain sedangkan mereka juga hebat, tiba-tiba ada orang yang tidak sehebat mana, tetapi merasa dirinya hebat, menampilkan diri untuk menentang orang yang hebat.

Siapakah orang itu? Jika punya sahabat daripada kalangan ahli PAS dari kawasan Padang Besar, tanyalah mereka. Tak apa, saya berikan sedikit klunya. Beliau ialah Mr….

* * * * * *

Selepas terhibur dengan persembahan Kumpulan Dikir Barat Ar-Rasy,
Kelantan di Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan.

6 comments:

kedai kopi simpang 4 said...

nak buat gena ustaz..jenis x sukat baju dgn badan..pru 13 tak lama dah..menang ada harapan la jadi calon..sekilas ikan ditimah tasoh sudah kutahu jantan betina...sapa ada duit depa usung rata..dah lama dah..xcaya tanya org lama.

Anonymous said...

saya sbg pewakilan pun dok dengar juga orang2 yg hadir dok sembang masa lepas mengundi.. depa kata kawan tu (mr K) tak ukur baju dulu kat badan dia sbelum lwn anuar tahir.. Habis mesurat agung pun org dok cakap lagi bab tu... entahla...

Anonymous said...

salam. Artikel ni mmg PEDAS. PEDAS boleh TERBAKAR.Namun PEDAS akan menjadi enak bila kena sukatannya dan sesuai adunannya.

Tahniah!Teguran macam ni lebih bagus dari terus memerah keringat membazir wang cipta +%*^& *$#+_!@

Pepatah ada menyebut:Org Merdeka memadai dgn ISYARAT (utk menegurnya) sedangkan Hamba hendaklah (ditegur) dengan tongkat.


Pemuda Taiping

kedai kopi said...

jenis ni dok ada kat mana2 pun ..nu pr13 xlama dah..xtau sukat baju ngan badan..pi mai pimai..geng depa tu jugak la .

Anonymous said...

tapi dia cerdik, pasai bertanding AJK sama..menang la..no 15/16

kedai kopi simpang 4 said...

dia cerdik takat otak dia ja.. akai org dah tau..tes power..xdapat tgkat ali.. akar seruntun pun jadi la.. ust buka tajuk...pasni biar aku komen..