Monday, August 2, 2010

Minta Tolong Saja Dengan Ulama Muda Tu...

Sakit kepala puak Umno cari ayat al-Quran untuk menjustifikasikan ajakan perpaduan. Akhirnya berjumpa jua, ayat 61 – 62 surah al-Anfal. Bukan main seronok lagi untuk mengutuk PAS dengan ayat itu. Kononnya PAS menolak al-Quran kerana tidak mahu berpadu dengan Umno.

Menariknya, ayat 103 surah al-Baqarah tidak pula digunakan. Mengapa? Bukankah ayat ini lebih tepat dalam konteks melarang perpecahan?

Berpecah memang tidak boleh tetapi kalau nak berpadu memang ada asasnya iaitu wahyu. Adakah perjuangan Umno berasaskan wahyu?

Orang Umno sendiri termasuk Najib pun tak percaya bahawa Umno adalah parti berasaskan wahyu. Kalau Najib ikut wahyu, tentu semenjak sekian lama tidak berlaku apa yang berlaku sekarang. Korup, rasuah, persenda hukum dan banyak lagi.

Ayat surah al-Anfal itu bukan menyuruh berpadu tetapi berdamai. Berdamai (al-salm) dengan berpadu (al-ittihad, al-wehdah) lain maknanya. Ungkapan al-salm bermaksud al-musalamah, al-musalahah dan al-muhadanah bukan al-wehdah.

Lagi pun, latar belakang ayat itu adalah perjanjian Hudibiyah. Orang Musyrikin Mekah mohon berdamai dan genjatan senjata dengan nabi selama sembilan tahun. Nabi menerima permohonan itu dengan pelbagai syarat lagi.

Nabi bersetuju berdamai, maksudnya tidak berperang, gencatan senjata, bukan berpadu.

Itu tafsiran yang agak lunak. Ada ulama kata, ayat ini dimansukhkan dengan ayat perintah perang seperti yang tersebut di dalam surah at-Taubah, 29. Yakni, dimansukhkan hukum tetapi dikekalkan bacaan.

Tak apa, ayat 29 surah at-Taubah itu tak akan digunakan untuk Umno kerana orang Umno adalah orang beriman. Sedangkan ayat itu adalah perintah berperang dengan orang yang tidak beriman.

Justeru, dari segi pematuhan terhadap ayat 61 – 62 surah al-Anfal memang telah dilaksanakan oleh PAS. Pendekatan PAS ialah ‘berdepan secara aman – muwajahah salmiyyah’ dengan Umno dan bukan berperang mengangkat senjata.

Adakah Umno mengambil sikap yang sama dengan PAS, berdepan secara aman? Jawabnya, tidak. Ada orang PAS hilang nyawa, hilang kerja, hilang hak, hilang kebebasan, hilang harga diri angkara Umno. Takkan itu semua orang Umno tak ingat?

Tak apa, Umno carilah ayat lain pula selepas ini untuk menjustifikasikan ajakan perpaduan itu. Kalau tak jumpa, minta tolong sahaja kepada ulama-ulama muda Umno tu. Kalau tak jumpa juga tanya Harussani atau Jamil Khir.

Kalau tak jumpa juga, saya nak bagi petua yang pernah diberikan oleh Mahfuz Omar. Apa dia petua tu?

Senang saja. Beli karbait (yang digunakan untuk main meriam buluh zaman budak-budak dulu). Masukkan ke dalam mulut, masukkan juga air, lepas itu nyalakan. Tengok apa jadi… ha… ha…

5 comments:

ISA said...

Salam Ustaz,

Sudah di pautkan.

Harap Ustaz tidak terperanjat dengan blog saya yang beridentitikan bahasa dan gaya penulisan keras.

Di sulam dengan perkataan maki hamun. Tetapi tiada perkataan berunsur carutan. Insyallah...

Terima kasih dan Salam Perjuangan.

ABH said...

wei gi mana oghe anonymous aug 2 haghi tu ha?

Anonymous said...

si zol ni dah takut dah siarkan
berani kerana benar
...takut kerana SALAH!!!

Anonymous said...

memang sah zol penakut takdak biji (hujah).

ari tu aku dah komen tapi tak disiarkan.

aku cuma nak bagi tau kat dia yg ayat tu bukan umno yg bagi.

tapi presiden PAS yg bagi sebagai hujah beliau untuk nak berdamai dgn umno dan membentuk kjaan perpaduan.

beliau kemukakan ayat tu selepas tiga hari tiga malam beristikharah bermunajat kpd Allah.

tapi sayangnya, ulama tiga suku takdak otak mcm si zol ni senang-senang tolak dgn berbagai bentuk alasan

sebab tu aku cadangkan kat si zol pi berguru balik.

pegi tanya Tuan Guru Haron Din...tidakpun Tuan Guru Hashim Jasin sementara dia masih ada. jangan perasan dgn ilmu hafazan hang saja...makin lama makin berkarat dan takleh pakai ilmu yg dok ada tu.

mudah-mudahan Allah bagi petunjuk dan semoga hang sempat bertaubat.

Anonymous said...

apa yg tidak kena dengan isu perpaduan antara PAS dan UMNO ini ialah "UMNO mengajak PAS" bukan "PAS mengajak UMNO" bersatu, kedua-dua ayat itu mempunyai perkataan yg sama tetapi membawa maksud yg berlainan contohnya; pak mat beruk,beruk pak mat, kedua-dua ayat itu mempunyai perkataan yg sama tetapi membawa maksud yg berbeza, ayat yg pertama bermaksud seorang manusia manakala ayat kedua bermaksud binatang.Begitu juga dengan ayat ,"UMNO mengajak PAS" ini membawa maksud PAS misti ikut dasar UMNO (perpaduan atas dasar nationalis sekular)"PAS mengajak UMNO"membawa maksud UMNO misti mengikut dasar PAS perpaduan atas dasar PAS (perpaduan atas dasar islam)inilah yg dibimbangi oleh para penyokong dan Ahli PAS akar umbi.