Friday, August 27, 2010

Terpesona Dengan Umno Sampai Kebas Otak


Ketua Ulama Muda Umno meminta persoalan berikut dirungkai secara akademik dan hukum mengenainya dikeluarkan.

  • Hukum hakam khutbah secara umum
  • Hukum tidak mentaati pemerintah
  • Hukum mendoakan pemerintah Muslim
  • Hukum menyebut nama pemerintah
  • Hukum mendoakan non-Muslim
  • Hukum tazkirah sebelum khutbah
  • Hukum khatib mengangkat kedua tangan ketika berdoa
  • Hukum binaan mimbar yang mahal
  • Hukum tongkat khatib yang mahal-mahal.

Bila agaknya Ketua Ulama Muda Umno akan membincangkan perkara berikut secara akademik dan mengeluarkan hukum mengenainya?

  • Hukum mengenai hukuman sebelum dibuktikan bersalah dalam kes saman ekor?
  • Hukum mengenai pemerintah yang menggunakan kuasa untuk memeras rakyat dengan pelbagai kenaan bayaran?
  • Hukum mengenai pemerintah yang pilih kasih dengan negeri-negeri yang berada di bawah kerajaan persekutuan?
  • Hukum mengenai perampasan royalti petrol dan pelanggaran perjanjian?
  • Hukum mengenai penolakan terhadap pengenalan penggunaan dinar dan dirham?
  • Hukum mengenai Felda yang tipu peneroka?

2 comments:

Tulang Besi said...

Ustaz,

Tak payah nak layan si Fathul Bari Mat Jaya ni.

Jangan jatuhkan standard Ustaz sebagai seorang yang ada ilmu dan pendakwah.

Biar orang macam saya je yang lawan dia n.

Saya dah cabar untuk berdebat dengan dia ni secara terbuka.

Tapi, dia tak berani nak sambut cabaran saya tu. Geng2 dia pun tak berani nak sambut.

Kalau dengan saya dia tak berani berdebat, apatah pula dengan orang seperti Ustaz

Anak Perelih said...

Kalau bincang secara ilmiah trentang khutbah tersebut... UMNO akan terkantoi dalam isu doa LGE dalam khutbah... sebab dari hasil perbincangan tu nampak sangat UMNO ni JAHIL tentang hukum hakam dalam Islam