SATU - Najib mengaku
bahawa dia pernah berjumpa Soros di New York dua tahun lalu. Katanya,
perjumpaan itu adalah atas permintaan Soros. Pertemuan itu sekadar pertemuan
hormat dan tidak membincangkan isu-isu penting negara termasuk berkaitan
pembiayaan kepada mana-mana kerajaan.
Soros mahu menghabiskan masa bersama Najib begitu sahaja? Kepala otak
Soros adalah kepala otak duit. Mana ada orang berniaga duit dalam dunia ini
yang otaknya tidak pernah berfikir mengenai duit. Kalau pertemuan dengan Najib
tidak membawa pulangan duit, bagi saya Soros masih belum cukup cerdik untuk
menjadi penyangak mata wang.
Najib pula adalah kepala negara. Mana ada seorang kepala negara yang
kepalanya kosong daripada memikirkan soal negaranya? Kalau Najib jumpa Soros
sekadar untuk minum kopi dan bertanya khabar, tiada perbincangan berkaitan
negara, Najib belum cukup layak menjadi PM.
Mengapa Najib merahsiakan hasil tujuan dan hasil pertemuannya dengan
Soros? Pemergiannya ke sana adalah atas biaya negara, maknanya biaya rakyat.
Rakyat wajib tahu apa yang Najib borakkan dengan Soros.
DUA - Kenapa rakyat
wajib tahu? Jawabnya, kerana segenap lapisan rakyat mengenali siapa Soros
sekurang-kurangnya sebagai seorang penyangak. Kalau Najib jumpa Syeikh al-Qaradhawi,
atau jumpa Syeikh Ali Jum’ah atau jumpa Sultan Brunei, rakyat tidak berapa
terkilan sangat jika Najib merahsiakan isi pertemuan dengan mereka. Justeru
rakyat tahu bahawa nama-nama tadi adalah orang baik. Tidak mungkin mereka
sanggup berbincang perkara buruk dengan Najib dan Najib juga tak berani
bercakap perkara buruk dengan mereka.
Media berusaha bersungguh-sungguh untuk memburukkan Anwar dan PR dengan
mengaitkan kedua-duanya dengan Soros. Kalau Soros orang baik, mengapa burukkan
Anwar dan PR guna Soros? Maknanya Soros orang jahat. Media Umno tidak pernah
mempromosikan pertemuan Anwar dengan Syeikh al-Qaradhawi kerana beliau orang
baik. Mengaitkan seseorang dengan orang baik akan membawa persepsi baik.
TIGA - Apabila Najib
merahsiakan hasil pertemuannya dengan Soros maknanya ada benda tak baik yang dimunaqasyahkan.
Mungkinkah seseorang yang berjumpa dengan penyangak secara rahsia membincangkan
perkara baik? Dan, kalau berbincang perkara yang baik mengapa pula dirahsiakan?
Logik saya ialah, Soros orang jahat. Jumpa Najib dia secara
senyap-senyap. Dia yang jemput Najib. Najib pula rahsiakan hasil pertemuan itu.
Mantiknya ialah, mereka bincang perkara jahat. Orang yang bincang perkara jahat
adalah orang jahat. Tidak salah kalau saya kata Najib adalah ‘orang jahat’.
Najib boleh membersihkan label jahat kerana bertemu Soros ialah dengan
memaklumkan isi pertemuan itu. Tetapi itu menjadi sangat sukar kerana orang
tetap tahu Soros orang jahat. Mungkin semua hasil perbincangan tidak jahat,
tetapi tidak mustahil yang jahat lebih mendominasi berbanding yang baik. Dalam
disko juga ada orang tolong orang dan tolong orang adalah baik. Tetapi menolong
orang dalam disko sukar dilihat sebagai perkara baik. Demikian analogi
pertemuan Najib - Soros.
EMPAT - Saiful Bukhari pernah
bertemu Najib. Pertemuan itu telah menatijahkan kes Sodomi II. Orang tidak
pernah membayangkan pertemuan Saiful - Najib adalah pertemuan untuk
membincangkan perkara baik apabila melihat natijahnya. Kalau pertemuan itu
adalah pertemuan baik, mengapa natijahnya buruk?
Usaha Saiful untuk menjustifikasikan pertemuannya dengan Najib sebagai
baik telah gagal. Kenapa? Kerana orang kenal Najib dan Saiful. Mungkin Najib
tidak sejahat Soros dan Saiful tidak sejahat Najib, tetapi kalau Najib merahsiakan
pertemuannya dengan Soros maka demikian juga Saiful merahsiakan pertemuannya
dengan Najib. Pertemuan rahsia sebegini adalah sukar untuk dijustifikasikan
sebagai pertemuan baik.
Nasharuddin, bekas Tim Pres PAS juga berjumpa Najib dan ada gambarnya.
Saya cuma ingin bermantik sahaja. Natijah pertemuan Saiful - Najib adalah kes
Sodomi II. Maka, adakah kritikan Nasharuddin terhadap PAS kebelakangan ini dan
sebelum ini juga adalah natijah pertemuan Nasha - Najib?
Saya sukar bersangka baik terhadap pertemuan Nasha - Najib sebagaimana
sukarnya saya bersangka baik terhadap pertemuan Saiful - Najib dan Najib -
Soros.
Kalau Najib kata, apa salahnya jumpa Soros? Nasha juga boleh kata, apa
salahnya jumpa Najib?
1 comment:
mihin linkkan blog saya di sini tuan. blog tuan sudah saya linkkan di blog saya http://wasukalu.blogspot.com/
Post a Comment