
Jika saya, atau sesiapa sahaja
berada di posisi pegawai JPJ, kenyataan seperti di atas akan dikeluarkan. Itu
adalah lumrah kepada mana-mana agensi kerajaan sekali pun.
Mana mungkin sebuah
agensi kerajaan berani mengeluarkan kenyataan akhbar melebihi bidang kuasa dan
batasan yang ditentukan untuk agensi berkenaan.
Kritikan masyarakat umum terhadap
saman ekor sebelum ini memaksa kerajaan mengabaikan semua saman ekor yang
pernah dikeluarkan. Saya sendiri memiliki lebih daripada 30 saman ekor yang
masih tertunggak. Sebelum ini, ribuan ringgit saya habiskan untuk jelaskan
saman ekor kerana terhalang untuk memperbaharui cukai jalan.
Saman ekor dikritik kerana sistem
itu dipercayai gagal mencegah kemalangan tetapi menjadi peluang kerajaan
mengumpul wang. Malah ada orang yang berani mengaitkan sistem itu dengan
pelbagai imbuhan dan insentif yang dijanjikan kepada polis sekiranya sistem saman
ekor berupaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
Akhirnya, saman ekor tidak
meninggalkan ekor lagi dan kepalanya juga entah kemana.
DUA - Apabila AES
dikendalikan oleh syarikat swasta tanpa melibatkan apa-apa wang kerajaan
(seperti kata JPJ), itu lebih memudaratkan rakyat. Fokus syarikat swasta adalah
duit. Rakyat akan dipaksa secara berkanun untuk melunaskan ‘hutang’ dan kos
yang ditanggung oleh syarikat swasta berkenaan menggunakan dokumen yang
dikeluarkan oleh kerajaan kerana pihak yang boleh menyaman hanyalah kerajaan.
Pasti syarikat yang terlibat
menyediakan perkhidmatan AES akan menekan kerajaan untuk mendapat kembali wang yang
mereka laburkan. Pelaburan itu adalah pelaburan yang dijamin oleh kerajaan. Jika
mereka rugi, kerajaan perlu menanggungnya. Kerajaan pula tentu tidak mahu
dengan mudah menanggung kos syarikat swasta berkenaan. Jalan yang ada ialah
mengeluarkan sebanyak mungkin saman untuk mengumpul wang daripada rakkyat bagi
membiayai syarikat swasta itu.
Penswastaan bekalan air, perkhidmatan
lebuh raya, bekalan elektrik, perkhidmatan kumbahan dan banyak lagi adalah
pengalaman berharga rakyat untuk menilai AES.
TIGA - Menyamakan Kuwait
dan Perancis dengan Malaysia sama seperti menyamakan telur dengan buah terung.
Kedua-duanya bulat, tetapi telur jika dihempas akan pecah, tidak dengan terung.
Betulkah kemalangan jalan raya menurun di Perancis dan Kuwait kerana sistem AES
atau kerana faktor lain seperti sisetm pengangkutan awam mereka yang canggih?
Atau, adakah kerajaan Perancis dan Kuwait melayan rakyat mereka seperti kerajaan
Malaysia melayan rakyatnya?
Rakyat Malaysia menggunakan
kenderaan sendiri setiap hari, sama ada motor atau kereta kerana terpaksa.
Rakyat tidak ada pilihan. Saya yakin kalau ada pilihan, tidak ada yang sanggup
untuk mendedahkan diri kepada apa jua risiko kemalangan di jalan raya dengan
menggunakan kenderaan sendiri.
Justeru, mengapa rakyat dipaksa
untuk membayar denda selepas mereka dipaksa untuk melakukan kesalahan lanjutan
daripada paksaan ke atas mereka supaya menggunakan kenderaan sendiri.
Jika kerajaan belum berupaya
menyediakan pengangkutan awam yang baik, berikan keselesaan untuk rakyat
menggunakan kenderaan sendiri dan jangan pasang ‘jerat bidas’ di sana sini
untuk ‘songlap’ duit rakyat secara berkanun atas nama mengurangkan kemalangan.
3 comments:
komentar terbaek boleh publish dalam harakah
bener sekali apa yang di tulis di atas tersebut.,
Wacana seperti ini sering terjadi di negara berkembang, dimana pemerintahnya masih kurang untuk memperhatikan kesejahteraan rakyatnya..
Post a Comment