Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menjadi ketua Majlis Perundingan NGO Melayu yang baru ditubuhkan. Khabarnya, tujuan penubuhannya adalah sebagai benteng untuk mempertahankan hak orang Melayu, kedudukan agama Islam dan raja-raja Melayu.
MPM juga sebagai pendesak kepada kerajaan supaya kekal dalam perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan Perkara 153. Dikatakan 76 NGO bersatu bergabung bersama MPM.
Saya berfikir begini.
Adakah ini maknanya, rakyat Malaysia sudah tidak lagi meyakini kemampuan Umno untuk mempertahankan hak orang Melayu, kedudukan agama Islam dan mempertahankan raja-raja Melayu?
Adakah ini juga bermaksud, komponen-komponen yang ada di dalam Umno, seperti pemuda Umno misalnya, sudah tidak lagi mampu menjadi pendesak kepada Umno untuk mempertahankan asas perlembagaan?
Sehingga Ibrahim Ali terpaksa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Umno. Atau, boleh juga dikatakan begini.
NGO ini ditubuhkan untuk menajamkan semangat kebangsaan Melayu sempit Umno dan menajamkan keruncingan hubungan antara kaum yang dimulai oleh Umno.
Apa pun tujuan dan maksud penubuhan MPM, saya percaya, kalau sekiranya MPM diasaskan sekadar untuk kepentingan kebangsaan Melayu sempit, MPM akan menerima nasib seperti Umno juga.
Juga, sekiranya MPM sekadar untuk mempertahankan Islam dengan maksud mempertahankan perkara-perkara seperti perarakan Maulidur Rasul sahaja, nasibnya akan sama seperti Umno juga.
Atau memang NGO ini ditubuhkan untuk mempertahankan Umno supaya tidak kalah dalam PRU yang akan datang?
Apa pun, senarai penuh NGO itu tidak disiarkan oleh media. Justeru sukar untuk menangkap tujuan tersirat di sebalik tujuan tersurat.
Mengapa saya bersangka buruk begitu? Ya, bukankah kini Umno begitu ghairah menaja penubuhan NGO untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa parti itu masih diterima oleh rakyat?
Satu hal lagi, bolehkah NGO tadi meletakkan harapan mereka kepada Ibrahim Ali untuk merealisasikan apa yang disuratkan itu. Mengapa Ibrahim Ali? Sudah tidak ada orang lain selain dia? Hebat benarkah Ibrahim?
Dia memang seorang yang licik dalam politik. Tetapi kelicikannya itu dilihat lebih kepada menyelamatkan karier atau kedudukan politiknya. Bagi saya, kebelakangan ini dia semakin aktif dengan NGO kerana dia tidak punya platform politik yang selamat untuk terus berpolitik.
Dia sudah berpatah arang dengan Umno, sudah berkerat rotan dengan PAS. Apa yang dia punya hanyalah menjadi aktivis NGO. Untuk lebih dilihat gah dan hebat, dia perlu mengepalai gerakan NGO yang ada kaitan dengan agama dan bangsa.
Seorang lagi yang dirasakan sesuai untuk bersama Ibrahim Ali selepas ini ialah Zulkifli Nordin. Mungkinkah mereka adalah gandingan yang serasi?
4 comments:
Salam saudara,
Mereka tu sebenarnya semua ahli dan pemimpin UMNO dari serata bahagian seluruh negara.
Baju saja NGO.
Cuba semak nama mereka dalam senarai keahlian UMNO. Baru tau siapa mereka...
Brahim Ali je sorg yang bukan ahli umno. Umno tak dia jadi ahli tapi lantik dia jadi ketua NGOk. Cerita lawak ni...
bagus2...utk tugas yg pertama,apa kata si brahim katak p mengadap muhyidin sembab mintak dia cepat2 hapus PPSMI..Bahasa Melayu tu penting utk ketuanan mlayu...Tanpa bahasa hilanglah bangsa..Bahasa Jiwa Bangsa kan??
Hi! My name is Martin Myers . 310 loan
Post a Comment