SATU - Media melaporkan, Mahmood Zuhdi (Prof Datuk Dr) dipilih penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul. Sekalung tahniah. Beliau memang layak. Sumbangannya dalam perkembangan pemikiran Islam di negara ini memang besar.
Salah satu ideanya yang masih segar dalam ingatan saya ialah melahirkan kitab Fiqh Malizi. Apa maksudnya? Kitab-kitab fiqh yang ditadah oleh pelajar-pelajar di negara ini disemua peringkat adalah kitab fiqh untuk realiti negara Arab sebab pemikiran ilmu itu asalnya berkembang di sana.
Dalam beberapa hal, ia mungkin agak asing bagi masyarakat negara ini. Justeru, sebuah kitab fiqh berasaskan realiti Malaysia perlu dilahirkan supaya sesuai dengan masyarakat di negara ini tanpa membuang asas-asas fiqh yang asal tadi.
Namun, setahu saya sehingga kini itu belum menjadi keupayaan. Nampaknya, bukan senang melakukan kerja yang dilakukan oleh orang terdahulu. Kita kaya dengan teknologi tetapi mereka kaya dengan kecintaan kepada ilmu dan pengorbanan mengembangkan ilmu.
Tak apa, saya tidak teruja sangat dengan itu semua.
DUA - Saya lebih teruja apabila media melaporkan seorang Pegawai Penyelidik Prinsipal Dr Tan Swee Lian turut dipilih menerima anugerah itu. Berdasarkan nama dan rupanya, saya berpendapat dia seorang wanita Cina non Muslim (maafkan saya kalau tersalah).
Tentu sangat besar ertinya buat SL Tan, dia menerima anugerah itu sempena Maulidur Rasul. Anugerah itu disandarkan kepada makhluk paling mulia, Muhammad Rasulullah (saw). Jika dibandingkan dengan semua anugerah lain, anugerah yang disandarkan kepada rasul mengatasi semuanya.
Walau pun tiada gelaran khusus untuk penerima anugerah ini dipangkal namanya, itu bukan menjadi keutamaan.
Bagi orang Islam, anugerah ini membawa makna besar. Ya, rasul adalah rahmat untuk semua samada Muslim atau bukan. Rahmat pengutusan rasul tiada batas masa dan ruang. Rahmatnya menyelinap dan memberi kesan kebaikan kepada segenap sudut kehidupan.
Amalan ini wajar diteruskan. Banyak lagi diluar sana mereka yang menyumbang kepada pembangunan untuk kesejahteraan manusia yang terdiri daripada non Muslim. Bukan nilai anugerah yang diperhatikan tetapi kesentimentalan anugerah sangat besar kesannya.
Bayangkan, plak atau sijil anugerah Maulidur Rasul akan terpampang atau paling kurang tersimpan di rumah SL Tan. Dia akan ditatap oleh keturunan beliau selama itu semua masih wujud. Kesannya dari segi dakwah sangat besar dalam tempoh jangka masa panjang.
Saya yakin, 20 atau 30 puluh tahun lagi, suara-suara perjuangan berasaskan ras akan semakin mengecil dan pupus. Nilai-nilai kemanusiaan dan keintelektualan akan mengambil tempat sentimen perkauman. Pada waktu itu, orang tidak bercakap soal bangsa tetapi orang bercakap soal kemanusiaan dan ilmu.
Samada kamu Islam atau tidak, kamu berbangsa apa pun, selama kamu adalah manusia dan berilmu, kamu tetap ada tempat istimewa dalam masyarakat manusia.
Kera dihutan hidup bersekali tanpa mengira spesis. Kalau ada manusia yang mahu hidup berasaskan bangsa, dia bukan sahaja tiada tempat dalam tamadun manusia malah tiada tempat juga di dalam tamdun kera.
Maaf, kalau dikaitkan ini dengan politik kepartian di Malaysia, saya katakan 20 atau 30 tahun lagi Umno, MCA dan MIC akan pupus selama mereka berpaut pada dahan sentimen bangsa. Dahan itu sudah mulai mereput sekarang.
Ayuh, Pakatan Rakyat bersedialah untuk menjadi alternatif kepada kereputan BN itu.
1 comment:
ramai pemimpin bukan islam dalam PR sedang meneroka al quran dan hadis untuk berhujah.sampai masa pasti mereka akan berjumpa hidayah.bukan setakat kelompok identiti bangsa agama mengecil, jika keadaan berterusan saya yakin cina dan india lebih paham islam dan memmerintah bersama melayu islam seperti penakluk iraq keturunan Genjis Khan menerima agama penduduk jajahan iaitu Islam.
Post a Comment