Monday, March 14, 2011

Berjuang Untuk Kalah?

“Pilihanraya bukan kerja utama kita. Kita ada banyak kerja yang perlu dibuat. Walau pun kalah, teruskan bekerja.”

“Tidak mengapa, walau pun kita kalah pilihanraya pun, kita tetap menang dalam perjuangan.”

“Kita bukan kalah, cuma tidak menang sahaja.”

“Walau pun kita kalah pilihanraya, sebenarnya kita berpeluang untuk berdakwah apabila menyertai pilihanraya.”

“Pilihanraya bukan matlamat kita. Kita mempunyai matlamat yang lebih besar.”

“Kita rela kalah walau pun 100 tahun lagi asalkan kita terus berjuang Islam.”

“Biarkan BN menang, kerana kemenangan mereka adalah kemenangan yang kotor. Penuh dengan tipu daya. Kemenangan itu tidak diredhai Allah.”

“Kita mesti perkukuhkan jamaah kita untuk perjuangan Islam. Kekalahan dalam pilihanraya bukan bermakna kekalahan dalam perjuangan.”

“Biarkan kita kalah, perjuangan kita adalah perjuangan yang benar. Kita mulia di sisi Allah dengan perjuangan ini.”

“Islam bukan tertegak dengan pilhanraya sahaja, Islam boleh tertegak dengan bermacam-macam cara.”

“Kita masuk pilihanraya untuk mendapat keredhaan Allah, biarlah kita kalah asalkan kita mendapat keredhaan Allah.”

“Wang ringgit kita, titik peluh kita, tenaga kita, semuanya adalah untuk Islam. Walau pun kita kalah, Allah tidak akan mensesiakan semua pengorbanan itu.”

* * * * * * * * * * *

Ucapan di atas memang membolehkan bulu roma orang PAS meremang. Apatah lagi jika diucapkan oleh pemidato handalan dengan sistem pembesar suara yang hebat. Pasti akan ada yang bertakbir. Lebih-lebih lagi jika ditambah dengan ungkapan ini:

* * * * * * * * * * *

“Perjuangan kita adalah perjuangan yang panjang, diwarisi daripada para nabi dan rasul. Kita rela berjuang walau pun seribu tahun lagi. Pilihanraya bukan segala-galanya. Kita rela kalah walau pun seribu kali lagi kerana perjuangan kita adalah perjuangan kebenaran, perjuangan Islam.”

“Apa guna menang, apa guna berjaya, jika perjuangan kita kerana dunia semata-mata. Biarlah kalah asalkan kita terus bersama Islam.”

“Kita rela syahid di medan perjuangan ini, kita rela terkorban, darah kita adalah bayarannya. Kekalahan dalam pilihanraya tidak akan menjadikan kita mundur, undur daripada perjuangan suci ini.”

6 comments:

Anonymous said...

Buat ibadah bersungguh. Buat kerja pilihanraya sambil leka. Itupun sekular juga kan?

hussein said...

Apa bila terlalu kerap masuk-keluar mahkamah,maka semangat juang sudah pudar.Ini strategi UMNO yang dirancang oleh APCO Yahudi.Dalam buku "Protokol-protokol Zionis' memang ada disebut "to kill your enemy"(membunuh musuh) bukan sahaja melalui pembunuhan fisikal tetapi membunuh syahsiah(character assassination) sebagai mana yang sedang dilalui oleh DSAI.Apabila DSAI mula bercakap,berjuang untuk kalah,membuktikan perancangan APCO Yahudi itu sudah hampir berjaya.Berlawanan dengan slogan "Lawan tetap Lawan" - nampaknya DSAI sudah mulai kendur dan hilang semangat juang macam juga Hadi Awang berkata: Biar PAS kalah asalkan Islam menang.

hamPeh said...

Pap! Pap! Piiraah!!! Berjuang atas keredhaan Allah kunon... Mai bila dah menang.., perintah atas keredhaan manusia jugak..Sembaaanggg..

Tambah pulak bila dah join venture dengan Anwar berbenderakan Si Mata Satu... Woi Hussein..nak cerdik biaq cerdik yang crystal clear...jangan cerdik selut...nak termuntah aku..

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=CJ7HWmLLcFM

Ustaz, tolong komen skit...

Anonymous said...

bersatulah wahai umat melayu islam, janganlah kamu caci mencaci nescaya tidak akan dipandang oleh Allah. Janganlah kamu memutuskan silaturrahim sesama islam takut tak mencium baunya syurga.

Anonymous said...

Dedahkan kekotoron dan kepalsuan mereka . Jangan biarkan orang tertipu dengan tektik kotor Pas dan kuncu-kuncunya . Umno memang kotor ,tetapi janganlah pula ada yang mengaku bersih tetapi kotor .