Sunday, August 1, 2010

Perpaduan Polis Dan Pencuri Melayu

Umno cuba mempromosikan bahawa tindakan PAS tidak mahu berpadu dengannya sebagai bercanggah dengan agama. Perpaduan adalah tuntutan agama. Mereka pun mengalunkan ayat-ayat al-Quran yang mengajak kepada perpaduan.

Kalau ada orang berlatar belakang agama menolak perpaduan dengan Umno maka ditohmahlah orang itu, kononnya orang agama pun tidak mahu kepada ajaran al-Quran.

Inilah kegunaan agama dan al-Quran kepada Umno. Hujah semasa terdesak dan tersepit. Semasa senang dan berkuasa, agama dianggap sampah.

Dalam isu perpaduan PAS – Umno, agama dijadikan sandaran. Dalam isu-isu lain, kes liwat misalnya, mengapa mahkamah syariah yang berlandaskan agama tidak pula digunakan?

Kini, Umno beria-ia memperalatkan ulama tua dan muda untuk mempromosikan perpaduan ini.

Suatu pagi, di sebuah bank di Kangar, saya bertemu dengan bapa kepada salah seorang ulama muda yang menyertai Umno baru-baru ini.

Sebaik sahaja bertemu dan bersalam, idea perpaduan PAS – Umnolah yang dibangkitkan. Beliau bersedia menjadi orang tengah dalam perkara ini. Saya tegaskan kepadanya, tidak.

Betulkah orang Melayu berpecah, atau Umno yang semakin parah?

Dalam polis ada Melayu, di kalangan pencuri juga ada Melayu. Mengapa polis Melayu tidak mengajak pencuri Melayu berpadu? Atau sebaliknya?

Ada along Melayu dan ada peminjam Melayu. Mengapa along Melayu tidak mengajak peminjam Melayu yang tidak bayar hutang berpadu? Atau sebaliknya?

Bukankah perpaduan tuntutan agama?

Mengapa polis Melayu tidak boleh berpadu dengan pencuri Melayu? Mengapa peminjam Melayu yang tidak bayar hutang tidak berpadu dengan along Melayu?

Mereka semua ada jawapannya.

Polis Melayu tidak sudi berpadu dengan pencuri Melayu kerana polis Melayu tidak boleh menerima kejahatan pencuri Melayu.

Ada sesiapa yang waras, rasional, berotak wawasan, bergeliga, ada PhD… boleh menerima kejahatan Umno?

7 comments:

azman kamarul said...

Mereka boleh terima umno kerana mereka hanya mengejar laba untuk embuncitkan perut bini anak-anak serta proksi mereka.

Sedangkan itulah nanti akan jadi bahan bakar dalam neraka!

Nizam said...

Satu perbandingan yang cantik buat manusia yang cerdik. Bermacam alasan dan hujah akan dikeluarkan oleh mereka yang buta hati dan buta perut.

BODOH bukan satu jenayah. Tapi elok dihumbankan awal-awal si BODOH bila sudah dikenalpasti kerana menyusahkan orang lain.

Anonymous said...

aku nak juga tengok mcm mana zol nak guna kepala otak liberal dia nak tafsir surah al anfal ayat 61-62 yang TGHH selalu sebut - bila musuh minta berdamai hendaklah kita cenderung kpd berdamai dan kalau kita takut tipu daya mereka cukuplah Allah yg akan menjaga kita.

aku gerenti mesti zol akan guna kepala hotak tiga suku dia daripada guna tafsir ulama muktabar.

Zolkharnain Abidin said...

Anonymous,
1. Ayat tu ajak berdamai, genjatan senjata bukan ajak untuk perpaduan. Tidak berperang dengan berpadu lain maknanya ooi...

2. Yang dok teringin sangat nak berpadu tu pasai apa. Awat Umno dah teruk sangat ka?

3. Kalau teringin sangat nak berpadu... "Gi masuk Umnolah..."

Anonymous said...

UMNO mengajak PAS bersatu bermaksud PAS misti ikut dasar UMNO,kalau PAS mengajak UMNO bersatu bermaksud UMNO misti ikut dasar PAS,kedua-dua ayat diatas membawa makna yg sangat berbeza seperti langit dan bumi kecuali UMNO mengubah dasarnya terlebih dahulu.

Anonymous said...

UMNO mengajak PAS bersatu bermaksud PAS misti ikut dasar UMNO,kalau PAS mengajak UMNO bersatu bermaksud UMNO misti ikut dasar PAS,kedua-dua ayat diatas membawa makna yg sangat berbeza seperti langit dan bumi kecuali UMNO mengubah dasarnya terlebih dahulu.

Anonymous said...

UMNO mengajak PAS bersatu bermaksud PAS misti ikut dasar UMNO,kalau PAS mengajak UMNO bersatu bermaksud UMNO misti ikut dasar PAS,kedua-dua ayat diatas membawa makna yg sangat berbeza seperti langit dan bumi kecuali UMNO mengubah dasarnya terlebih dahulu.