Sunday, February 27, 2011

Hipokrasi Umno

SATU - Kalau Syeikh al-Qardawi menerima cadangan perlantikannya sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin suatu masa dahulu, adakah kerajaan Malaysia akan menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau?

Saya berani berkata tidak, bahkan tidak sekali-kali. Serangan Najib kepada Ikhwan dan tokoh ulama itu yang dibantah oleh pimpinan PAS membuktikannya.

Al-Qardhawi memang orang Ikhwan dan itu bukan rahsia lagi. Beliau antara produk terbaik Ikhwan. Namun beliau pernah menolak untuk memegang jawatan itu kerana baginya, suaranya lebih berkesan jika beliau tidak memegang jawatan itu.

Hasilnya ialah, suaranya berharga kepada semua pihak dan itu bukan sekadar menguntungkan Ikhwan bahkan Islam secara keseluruhan.

Namun orang tidak pernah lupa bahawa beliau adalah orang Ikhwan. Sekali lagi, serangan serentak Najib ke atas Ikhwan dan al-Qardawi membuktikan semua itu.

DUA - Calon BN di Kerdau terpaksa menunjukkan sijil yang dimilikinya kepada umum selepas dikatakan tidak berjaya menamatkan pengajian. Selepas sijil itu ditunjukkan, dia diserang lagi dengan dakwaan sijil itu diperolehi bukan dengan lulus peperiksaan tetapi dibeli.

Adakah calon Umno / BN itu akan terpilih sebagai calon jika dia bukan lepasan al-Azhar? Saya berani berkata tidak, bahkan sekali-kali tidak.

Calon Umno / BN tidak dikenali umum sebagai tokoh agama. Setahu saya, beliau tidak pernah muncul dalam acara agama berprsetij. Namun itu semua tidak penting. Apa yang penting ialah beliau lepasan al-Azhar.

Samada beliau lepas dengan pintu belakang atau depan juga tidak penting. Apa yang penting, canangkan sahaja bahawa beliau lepasan al-Azhar.

TIGA – Mengapa Umno / BN menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada al-Qardawi? Mengapa Umno / BN memilih lepasan al-Azhar sebagai calon di Kerdau?

Tentulah untuk membuktikan kepada umum bahawa Umno / BN pro agama. Samada Umno / BN benar-benar pro agama atau tidak itu tidak penting. Apa yang penting ialah persepsi umum mesti dibentuk bahawa Umno / BN adalah parti pro agama.

Ada satu lagi langkah yang boleh dilakukan oleh Najib untuk membuktikan Umno / BN pro agama. Apa dia?

Ha… suruh saja si Rosmah bertudung semasa berkempen di Kerdau. Tak perlu pakai furdah, tudung sahaja sikit-sikit, nampak jambul pun tak apa, itu sudah boleh dikira bertudung versi Umno / BN. Kalau si Rosmah boleh bertudung litup, itu lebih mengagumkan.

Semua ini membuktikan apa? Ya… hipokrasi Umno / BN. Itu sahaja.

----------------------------------------------------------------------

Psssttttt…. orang kuat PAS Perlis yang tolong cetak 'poster PRU' kami tu faham ke apa itu hipokrasi? Jangan marah, nanti kena jual.

5 comments:

Anonymous said...

Hipokrit tu bahasa politik. Bahasa agamanya munafik.

Anonymous said...

Syarat baru untuk menjadi calon BN dalam PRU13, mesti ada sijil pengajian Al-Azhar... termasuk calon-calon bukan Islam. hee...

Anonymous said...

ADUH SEDAP BETUI BAHASA DOK HANTAM CALON BN DAPAT SIJIL BELILA, TAK RETI LA, TAK PERNAH MUNCUL DALAM PROGRAM AGAMA PRESTIJ LA..

MAHPUS TU TAMAT UNIVERSITI MANA ??? PENDIDIKAN AGAMA TAKAT MANA, TANYA ORANG KEDAH NI ? DIA DOK JAGA STOR JA DULU. PERSTIJ DIA KAT STOR JA. CAKAP MERAPU BOLEHLA. AWAT HANGPA TAK HANTAM DIA.

MAT SABU ILMUAN AGAMA KA ??? JADI TUKANG LAWAK DAN TUKANG SALAK JA. LEBIH TERUK DARI SYED

BELI CERMIN BRO

Tinta.Muallimah said...

laa...ananymous kat ateh ni. Mmg la mahfuz kerja cokia ja dulu....dia x kata mai dari Azhar ka unibersiti ka... sama jugak mat sabu...mana ada depa beli sijil apa2....tu sebab x dak kerja nak tanya depa mai dari unibersiti mana...kalau tanya pun, penat mulut ja. Depa siang2 dah habaq kat oghang depa ni ngaji x tinggi. Jauh lebih baik dari ngaku ngaji tinggi2 tapi...ntah betoi ntah tidak.

Anonymous said...

Tu sebab membuktikan samada mahfuz atau mat sabu tidak hipokrasi spt mana2 bakal calon umno atau penasihat ulama muda umngok (ulaq dalam semak). walapun depa tak ngaji tinggi2, tapi cita2 depa tinggi dan depa banyak belajaq dari pengalaman. so...takperlulah depa beli sijil palsu atau pi beli anugerah datok kat mana2 pasaran.

satu lagi ana nak tanya ustaz..mana lebih besar dosa antara hipokrasi pemimpin Pas di Perlis yang kononnya mengaku berjuang atas nama Islam dengan hipokrasi pemimpin umno yang sememangnya tidak mengaku memperjuangkan Islam?

Harap penjelasan. T.kasih.