Monday, March 7, 2011

Bakul PAS Sudah Penuh?

“Kita tidak kalah, cuma belum menang sahaja.” Kami ahli-ahli biasa PAS tidak mahu mendengar lagi ungkapan itu diulang-ulang. Entah bila ia bermula tetapi itulah ungkapannya setiap kali PAS kalah dalam pilihanraya. Ungkapan itu bukan diucapkan oleh ahli PAS biasa-biasa tetapi pimpinan PAS yang besar-besar.

Mungkin itu gurauan namun apa ertinya gurauan yang tidak membawa apa-apa manfaat. Ya, menyedapkan hati sendiri, mungkin juga. Apa pun yang pasti, gunalah ungkapan apa pun, sebenarnya PAS kalah.

Sudah lima kekalahan iaitu di Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Cuba perhatikan pula keputusannya, bukankah keputusan semua kekalahan itu, bukan sahaja kekalahan tetapi dengan peningkatan majoriti untuk BN.

Ada lagi, undi untuk PAS di saluran 3, 4 dan 5, saluran orang muda juga tidak memihak kepada PAS. Malah, dalam PRK sebelum ini pun dikatakan undi daripada bukan Melayu juga turut merosot. Maksudnya, kalau saluran 1 dan 2, saluran orang gigit mi tak putus tidak memihak kepada PAS ditambah dengan saluran 3,4 dan 5 serta bukan Melayu juga sama, bagaimana masa depan PAS dalam PRU 13?

Kita boleh menyalahkan BN, menyalahgunakan media, jentera kerajaan, ugut dan beli pengundi, provokasi dan banyak lagi, itulah namanya BN. Kalau masuk pilihanraya dengan penuh rendah diri dan tanpa taktik jahat, itu bukan BN namanya.

Kita tidak boleh hanya menjawab soalan yang bermula dengan apa, siapa dan dimana sahaja tetapi perlu berani menjawab soalan mengapa? Ya, mengapa.

Dan, seperkara lagi, adakah orang kuat PAS tahu bahawa ada penyokong PAS yang berkata begini, “Nasib baik PAS tidak menang.? Juga ada yang berkata begini, “Aku harap PAS tidak menang di ******.” Mengapa? Dia menyambung, “Memburukkan keadaan, menjatuhkan imej Islam.”

Saya boleh menjangkakan, tulisan ini akan mengundang dua persepsi. Pertama, “Hang hanya pandai komplen dalam blog, hang buat apa?” Kedua, “Tulisan hang ini mendedahkan keburukan PAS, apa untungnya PAS?”

Kalau ibarat perlawanan bolasepak, ‘bakul’ PAS sudah hampir penuh menampung hasil rembatan pasukan lawan. Dan, kalau ada lagi perlawanan selepas ini, mungkin ada orang berkata, “Siap bakullah…”

Sesuatu perlu dilakukan. Jangan harapkan keajaiban. Benar, doa adalah senjata tetapi senjata itu perlu diasah dan ditajamkan. Ia juga perlu berada di tangan orang yang bijak, bukan orang yang tidak tahu menggunakan senjata.

14 comments:

Anonymous said...

kalau PRK ada kat perlis. boleh ke pas menang ek??

Anonymous said...

LETAK JAWATAN JE PEMIMPIN PAS YANG DAH TAK SERASI DENGAN ZAMN.

BAIK PRESIDEN BAIK SAPE JE?

NIAT NAK JATUHKAN KAWAN, MANA NAK BERKAT PERJUANGAN.

UG UG UG UGGGGGGGGGGGGIIIIIIII RANAP

Anonymous said...

terima qada dan qadar je la..

kalau org di atas suka menyalak menyalahkan orang lain, orang bawah dengar aje laa

lagi pun yang di atas tu semua anugerah tuhan
yg di bawah tu semua sampah sarap

padan muka kah kah kah

mohd said...

saya ahli pas di selangor.definately PAS perlu tukar prsiden dan timbalan predsiden dan PJ selangor.

Anonymous said...

Aku sokong tulisan di atas...sgt ikhkas...sangat jujur dan beroijak pada bumi yg nyata....sudah sudah lah menyalahkan org lain atas kelemahan sendiri...jadilah pas sama spt pas yg genuine dan yg origanal....pas hari ini sudah hilang origanality....pas yg sudah mutan...sudah diubahsuai...sudah jadi tiruan.....barang tiruan itu mana ada quality...cepat rosak...ini lah pas hari ini...matilah bermuhasabah diri....kuatkan jati diri perjuangan pas adalah demi agama bukan utk dunia ...bukan untk memenuhi impian org lain...takbir!!,!,!

PEMERHATI said...

BARU KALI NI AKU DAPAT BACA TULISAN ILMIAH, SELALUNYA TULISAN HAPRAK YANG TAK BERMUTU LANGSUNG

SEBENARNYA INI MERUPAKAN MANIFESTASI RAKYAT KEPADA PARTI SEBAGAIMANA ORG UMNO MENOLAK UMNO ZAMAN PAK LAH

PEMIMPIN PAS SYOK SENDIRI DENGAN SEGALA DASAR YANG BERUBAH MENGIKUT SELERA MEREKA. RAKYAT KELIRU

DAN SEBAGI PARTI YANG MENGAKU ISLAM BELAJAR BELAJARLA MENERIMA QADA DAN QADAR DAN JANGAN SERING MENUDING JARI

AKHIR KATA BERSATULAH KITA SESAMA ISLAM ITU LEBIH BAIK

Anonymous said...

Ulama' Pelapis tak mahu Pas menang sebab takut dipengaruhi Anwar dan DAP. Tanya Hafiz Nordin.

JUAK UMNO said...

Pendek cerita, Pok Nik la racun segala racun yang menjahanamkan parti

Dulu elok elok dengan dasar yang ada, dok tukar pula...hilang hudud, hilang pemerintahan Islam

LAST SEKALI HILANG UNDI

KESIAN BETUI PARTI SESAT NI TERCARI CARI HALA TUJU PERJUANGAN HILANG YANG ENTAH DI MANA

KUANG KUANG PPEEEEWWWEEEEETTTT

Anonymous said...

ust!kalu nk menang join umnO la guane huhu

Anonymous said...

umno/bn dh kata depa x akan bg PAS menang...jangan mimpi PAS boleh menang...so depa sanggup buat apa saja...umno/bn dulu,kini n selamanya jahat..buat pyokong2 PAS mari kita bersatu hati,eratkan kembali ukhwah sesama kita..dasar perjuangan kita x mcm puak sebelah sana...perjuang kebendaan semata2...jgn mudah terpedaya dgn harta dunia sampi sanggup mkn kawan...awasi taktik halus pihak lawan..(spy2 umno )

Waris said...

Pemimpin pas tak belajar tentang human behaviour. Dia org hanya syok sendiri bila TERmenang secara tak sengaja dlm pru12 dulu. Pemimpin kena ingat... Kemenangan bukan satu perkara mudah. Untuk mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar. Pemimpin pas perlu mengubah cara berfikir sesuai dgn zaman. Memang benar Islam itu sesuai utk semua zaman. Tetapi ada pemimpin yg tak sesuai utk semua zaman. Pas perlu menukar pemimpin yg berotak lama sesuai dgn zaman. Kalau masih mengekalkan pemimpin jenis ini maka pas akan kekal sebagai pembangkang walau 100 tahun lg. Bagaimana Islam nak ditegakkan jika begitu? Nak harap undi ahli pas? Berapa kerat sangat ahli pas yg ada?

john labu said...

salam mohs said ...kamu tertinggal satu nama lagi ..stopa Ali

akul said...

aku sokong presiden, timbalan presiden dan pj selangor ditukar. selangor ni bnyak problem. kawasan auku gombak kalau hassan ali brtanding lagi, aku nk pakat dgn kwn - kwn buat undi protes. ajar sikit si hassan ali ni.....

Anonymous said...

Mau mati sorang adun PAS kat Kedah, biaq ada PRK...baru tau langit tinggi rendah...