Tempoh bayaran saman dilanjutkan. Saman boleh dibayar di pejabat pos. Ada kaunter khusus dan banyak. Sistem atas talian juga tidak bermasalah lagi. Kaunter juga dibuka pada hari Ahad.
Demikian kata menteri yang jaga polis. Ada orang panggil dia menteri auw-auw. Ikut pandailah. Hoi menteri… Bukan masalah kaunter, talian, tempoh atau tempat. Masalahnya ialah:
Pertama, cara rakyat negara ini kena saman. Mengapa saman ekor? Kedua, nak bayar saman pakai duitlah menteri oooiii…, bukan pakai air liurlah, b***h!
Kamu menteri memang senang cakap sebab kamu memang tak pernah kena saman. Kamu naik kereta rasmi 24 jam. Cukai jalan tak kena, tol kerajaan bayar, nak kemana orang tunggu dan orang iring. Kamu tak perlu fikir nak letak kereta dimana, itu drebar kamu yang fikir.
Duti gaji bulanan kamu tak perlu diusik pun. Kamu letakkan dalam bank di Switzerland, tunggu keuntungan bertambah sahaja. Hidup kamu sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan. Kami tahu seluar 'spender' kamu kaerajaan belikan. Tahi kamu pun kerajaan 'pamkan'. Cis...
Kami bukan dengki dengan apa yang kamu dapat. Kami pun bukan ingin sangat dengan semua benda yang kamu dapat itu. Tapi, kami bencikan kesombongan kamu. Saya ulang, kamu sombong, sombong, sombong. Kamu zalim dan zalim. Itu puncanya.
Rakyat jelata semua nak kena bayar. Mana ada orang tunggu dan orang iring. Semua perkara kena fikir sendiri. Silap letak, saman. Silap jalan, saman. Silap lorong, saman. Kamu mana pernah tahu ini semua.
Kamu mungkin berkata begini, “Kalau kamu nak dapat macam aku dapat, kamu jadilah menteri macam aku!”
Hoi menteri… kamu jadi menteri bukan sebab kamu pandai atau kamu bijak, ada orang lain yang lebih bijak daripada kamu. Bukan sebab kamu handsome, ada orang lain yang lebih handsome daripada kamu. Bukan sebab kamu keturunan orang baik-baik, ada orang yang lebih mulia keturunannya daripada kamu.
Macam mana kamu jadi menteri? Kamu jadi menteri sebab kamu kelentong, tipu, goreng lebih, ugut, tangkap, sumbat dalam jel dan macam-macam lagi. Paling penting kamu jadi menteri sebab penjajah yang lantik kamu sebagai menteri…!
Tapi tak apa… kalau Husni Mubarak yang lebih hebat daripada kamu pun boleh jatuh, Firaun yang lebih kejam daripada kamu pun tenggelam, Qarun yang lebih kaya daripada kamu pun boleh dilupuskan, kamu tunggulah pula nasib kamu.
Kalau bukan hari ini besok. Ya, besok…
Kamu boleh kelentong, goreng lebih, ugut, tangkap, sumbat dalam jel, mungkin ketika itu kami masih ‘bodoh’. Tapi itu dulu… sekarang kami sudah mendapat inspirasi.
Ya, rakyat Tunisia, rakyat Mesir, rakyat Libya adalah sumber inspirasi kami. Wahai menteri, kamu tunggu apa yang bakal kami lakukan terhadap kamu.
Kami bukan nak cilikan mulut kamu, bukan nak pancitkan Mercedes kamu, bukan nak pecahkan tingkap rumah kamu, bukan nak colek anak dara kamu, bukan nak ngorat bini kamu (nak ngorat buat apa bukan comel pun…), bukan ‘bang… bang’ kamu macam Anwar Sadat kena, kami cuma nak kalahkan kamu dalam pilihanraya saja.
Kami mungkin tak boleh kalahkan kamu dalam PRK Merlimau dan Kerdau, tapi kami nak kalahkan kamu dalam PRU. Hoi menteri b***h, saya ulang dalam PRU. Ada faham?
6 comments:
kalau saman bayar pakai daun boleh la cakap..
Itu pun kalau melayu dah bijak ustaz. Kalau melayu masih b***h alamat 50 tahun lagi umno perintah.
agaknya kalau PR perintah, langgar traffic light, langgar orang, speeding, langgar segala undang2 tak kena saman kot.....maklumla semua free.....ataupun kena saman tapi tak payah bayar......cukupla kelentong tu....yg nak bagi cukai pintu, air, cukai tanah free dan macam2 free tu pun tak buat lagi......PKR parti kelentong rakyat
Anonymous March 3, 2011 6:17 PM ni pun b***h macam menteri dia jugak.
Huaaarghh!!!
Ustaz pun dah pandai b***h memb***h dah....
Satu kemajuan...
kami sokong jika dibayar saman mengunakan daun ketum atau daun pokok jati shahidan kasem.
hidup najib...!
pemuda perkasa
Post a Comment