Tuesday, March 8, 2011

Melayan Komen...

Kiriman ini adalah untuk melayan komen-komen walau pun daripada orang tanpa nama. Kecuali komen yang menampakkan kerendahan minda pengomen dan bersifat provokatif, selainnya akan dilayan selayaknya.

Komen Anonymous, March 7, “Kalau PRK ada di Perlis, adakah PAS boleh menang?”

Jawabnya, tidak. Jika di Kelantan pun PAS tewas dalam PRK, adakah boleh PAS Perlis yang tidak sekuat PAS Kelantan boleh menang? Kemenangan PAS dalam PRK Arau suatu ketika dulu adalah ‘situasi semasa’ yang tidak boleh dijadikan sandaran untuk mengukur keupayaan sebenar PAS di sini.

Orang PAS Perlis memang kuat semangat, tetapi akuilah, ilmu pilihanraya masih ‘ciput’. Analoginya begini. Jika diibaratkan sebuah ketumbukan tentera, PAS di sini ada sarjan, kopral, lans kopral dan ramai prebet, tetapi tidak punya jeneral.

Komen Mohd Said, March 7, “…. PAS perlu tukar presiden…”

Jawabnya, tidak perlu. Presiden PAS yang ada masih relevan untuk memimpin PAS. Beliau punya kewibawaan tersendiri yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Diakui bahawa beliau juga ada kelemahan seperti orang lain. Namun kelemahan itu tidaklah sampai menghilangkan langsung kelayakannya untuk terus memimpin PAS.

Bukan senang untuk mendapatkan pemimpin segigih dan segagah beliau. Keupayaan ilmu dan pengalaman tetap meletakkan beliau sebagai seorang yang selayaknya diamanahkan untuk memimpin PAS.

Komen Anonymous, March 7, “… PAS hari ini sudah hilang originality…”.

Jawabnya, tidak. PAS tidak pernah hilang dan tidak akan hilang ketulinannya. Sebagaimana PAS ditubuhkan dahulu, begitulah PAS hari ini.

PAS bergerak dan beredar mengikut zaman seperti air. Jika ia melalui laluan kecil, ia menjadi kecil. Jika ia memenuhi ruangan bulat, ia berbentuk bulat, namun ia tetap air. Mungkin ada masanya ia melalui ruangan yang berlumpur, ia turut berlumpur namun itu tidak pernah menghilangkan ketulinannya sebagai air.

Jika dikatakan PAS hilang ketulinan kerana bersama DAP, itu juga salah. Kerjasama PAS dengan bukan Islam bukan perkara baru, cuma kebelakangan ini itu lebih ketara berdasarkan keperluan dan tuntutan zaman dan situasi.

Paksi PAS adalah Islam bukan seperti Umno yang tidak punya paksi. Kerjasama PAS dengan DAP tidak sama seperti kerjasama Umno dengan MCA dan MIC. Kerjasama dalam BN bukan untuk Islam tetapi untuk kepentingan penjajah yang mahukan negara ini diwarisi oleh anak didik mereka.

Komen Pemerhati, March 7, “…dan sebagai parti yang mengaku Islam…”, “… bersatulah kita sesama Islam…”

Jawabnya, PAS bukan parti yang mengaku Islam tetapi memang berpegang dan berpaksikan Islam. Kerjasama dengan DAP tidak pernah merungkai Islam dari tengkuk PAS semenjak dulu sampai kini.

Bersatu sesama Islam maksudnya apa? Bersatu PAS dengan Umno? Adakah Umno adalah parti Islam? Adakah Umno, parti asabiyyah Melayu zalim itu layak untuk PAS ‘bersatu’ dengannya. Jawabnya, tidak. Bahkan saya berani tegaskan, daripada berkawan dengan Umno, lebih baik berkawan dengan DAP.

Komen Anonymous, March 7, “…tak mahu PAS menang sebab takut dipengaruhi Anwar dan DAP…”

Jawabnya, tidak perlu takut dengan pengaruh sesiapa. PAS hanya terpengaruh dengan kebaikan. Jika kebaikan yang dibawa oleh Anwar atau DAP, maka PAS tetap terpengaruh dengan kebaikan itu.

Komen Juak Umno, March 7, “… dulu elok-elok dengan dasar yang ada, tukar pula. Hudud hilang, hilang pemerintahan Islam…”

Jawabnya, salah. Dasar PAS tidak pernah bertukar walau pun bertukar pemimpin. Hudud juga tidak hilang. Pemerintahan berteraskan Islam juga terus berjalan.

Kelantan tetap dengan pemerintahan berteraskan Islam dalam bidang kuasa yang dimilikinya. Mengapa Umno tak boleh menang di Kelantan? Sebab, rakyat Kelantan yang terkenal dengan pegangan Islam mereka terus meyakini pemerintahan PAS yang memang berteraskan Islam.

Komen Anonymous, March 7, “…Kalau nak menang join Umno …”

Jawab, tidak sama sekali. Umno hanya layak untuk disertai oleh mereka yang mementingkan perut sahaja. Kalau ada ulama yang menyertai Umno, ulama itu adalah ulama ‘perutisme’.

Tolong carikan seorang pemimpin Umno yang bebas rasuah. Najib, bersih? Muhyiddin, bersih? Hishamuddin, bersih? Zahid Hamidi, bersih? Ummi Hafilda, bersih? Rosmah, bersih?

Biar tak menang, namun bersama Umno, no… no… no!

Namun komen daripada Waris, March 8, dikekalkan dengan keasliannya. Mudah-mudahan menjadi renungan semua.

AnonymousWaris said...

Pemimpin pas tak belajar tentang human behaviour. Dia org hanya syok sendiri bila TERmenang secara tak sengaja dlm pru12 dulu. Pemimpin kena ingat... Kemenangan bukan satu perkara mudah. Untuk mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar. Pemimpin pas perlu mengubah cara berfikir sesuai dgn zaman. Memang benar Islam itu sesuai utk semua zaman. Tetapi ada pemimpin yg tak sesuai utk semua zaman. Pas perlu menukar pemimpin yg berotak lama sesuai dgn zaman. Kalau masih mengekalkan pemimpin jenis ini maka pas akan kekal sebagai pembangkang walau 100 tahun lg. Bagaimana Islam nak ditegakkan jika begitu? Nak harap undi ahli pas? Berapa kerat sangat ahli pas yg ada?

9 comments:

MR AUTA said...

AKU AKUI BLOGGER NI PEMUJA PAS TAPI JAWAPAN KAU LANGSUNG TAK RELEVAN DENGAN KOMEN PENULIS, KAU HANYA MENJAWAB SECARA UMUM SAHAJA

KESIMPULANNYA PAS TIDAK LAGI SEGAGAH DULU DALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM...

2 CONTOH BESAR

KP PAS LANGSUNG TAK BERANI BERCAKAP BAB VALENTINE BILA DITEGUR DAP

PAS DAH TERDIAM DALAM BAB PEMERINTAHAN ISLAM. PEMIMPIN HANYA BERANI BERCAKAP DEPAN ORANG ISLAM SAHAJA TAPI TAK BERANI DECLARE PADA DAP PUN

Anonymous said...

Tanpa Nama berkata...
9 Mac 2011 7:40 AM
Kalau pas kalah di galas kerana faktor Ku Li, kalah di bukit pinang kerana isa samad , kalah di Tenang kerana banjir, kalah di kerdau dan merlimau kerana 'bertanding dipadang tidak rata'.....inilah alasan demi alasan yg keluar dari mulut pemimpin pemimpin pas yg sangat beriman dan iman mereka yg sgt tinggi dan melebehi iman dari mana mana individu individu mana mana muslm dimalaysia....tiada satu pun kekalahan pas disebabkan oleh kelemahan pas sendiri malah kemenangan BN itu tidak diredhai dan dihalalkan oleh pemimpin pas ... Inilah pas hari ini....pas yg sempurna dan maasum....pas yg lebih islam dari mana mana org islam yg lain dimsia....dan tidak akan masuk syurga seseorang muslim itu kiranya idak menyokong dan menjadi ahli parti islam ...Sesemalaysia....fikir fikirkan lah.....kalau nak taubat dterima mcm bob lokman...jom masuk pas....nak cuci dosa ...jom masuk pas...senangkan....bila kalah pilihanraya.....allah dan aturkan segalanya tapi mereka tetap tolak ketentuan takdir qada dan qadarnya....mereka terus mencipta excuses tanpa mereka muhasabah diri dan melihat kelemahan sendiri.....itulah pas bila fikir diri mereka sempurna....oh jelik dan jumudnya pas...bersyukur msia menolak pas ...pas oh pas....BERUBaHLAH

hussin said...

“pertemuan dalam gelap (pdg)” dan “kerajaan perpaduan (kp)” telah mengakibatkan pertembungan fikrah di antara mursyidul am dan presiden. Sejak dari selepas pru 12 kita dapat saksikan pertembungan ini melalui ucapan2 mereka. Keputusan muktamar “memperkasakan pakatan rakyat” dicemari dengan penambahan “berbincang dengan sesiapa sahaja termasuk umno” dalam ucapan penggulungan presiden. Penambahan tersebut memperlihatkan bagaimana presiden begitu “terantai” dengan “pdg” dan idea “kp”. sepertimana pertemuan di istana terengganu pada 23 dis 2010 diatur oleh ‘bukan politik’ dan ‘bukan ngo’, “pdg” dan “kp” juga adalah usaha ‘bukan politik’ dan ‘bukan ngo’. terdapatnya penerusan ucapan2 yang lunak “kp” dari presiden, bertentangan sekali dengan ucapan mursyidul am, memungkinkan ‘bukan politik dan ‘bukan ngo’ ini adalah individu/kumpulan yang sama. yang anihnya, “pdg” kononnya untuk menyelamatkan piem paklah. sejak bila pas berjuang untuk menyelamatkan presiden umno? dan bukankah “kp” pula untuk menyelamatkan umno? begitulah hebatnya wawasan presiden pas!

kita telah saksikan bagaimana masa selepas pru12 tidak dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan pas sekali gus pakatan rakyat kerana polemik “pdg” dan “kp”. bayangkan seminar “pas ganti umno” dibuat sebaik sahaja selepas pru12 dan bukan menghampiri pru13, akan kehebatan gerak kerja memperkasakan parti terlaksana. semua gerak kerja akan ‘terfokaskan’. bayangkan himpuan 30 ribu pemuda dibuat sebaik sahaja selepas pru12, akan kehebatan gerak kerja pemuda yang terfokas. kehebatan gerak kerja prk bagan pinang, galas, tenang, kerdau dan merlimau akan menjadi lebih perkasa kerana semuanya berlaku mengikut perancangan yang teratur, terancang secara tersusun. kekentalan mursyidul am adalah kerana beliau ‘fokas’ dalam perjuangan. kecelaruan dalam pas timbul akibat dari kehilangan ‘fokas’.

“biar pas kalah asal islam menang” memberi gambaran bahawa bukan sahaja pas parti yang memperjuangkan islam. di dalam pilihanraya pas berlawan dengan umno. sama2 mahu memenangi sokongan pengundi orang melayu yang juga beragama islam. dasar pas islam. dasar umno melayu. dua perkara yang tidak sama apa tah lagi serupa. realiti telah menunjukkan bahawa di kalangan majoriti pengundi melayu, melayu lebih popular dari islam. pas gagal mempopularkan islam, manakala umno berjaya mempopularkan melayu. terakhir dibuktikan dalam prk bagan pinang, galas, tenang, kerdau dan merlimau. di manakah peranan pas sebagai gerakan islam yang dilaung2kan? pas kalah kesemua prk tersebut. umno pula menang bergaya. dengan kemenganan umno dalam kelima2 prk tersebut, apakah islam telah menang? terpakaikah “biar pas kalah asal islam menang”?

tolong fikir2kan apa kata sdra kita:

“Kemenangan bukan satu perkara mudah. Untuk mempertahankan kemenangan adalah lebih sukar. Pemimpin pas perlu mengubah cara berfikir sesuai dgn zaman. Memang benar Islam itu sesuai utk semua zaman. Tetapi ada pemimpin yg tak sesuai utk semua zaman. Pas perlu menukar pemimpin yg berotak lama sesuai dgn zaman. Kalau masih mengekalkan pemimpin jenis ini maka pas akan kekal sebagai pembangkang walau 100 tahun lg. Bagaimana Islam nak ditegakkan jika begitu? Nak harap undi ahli pas? Berapa kerat sangat ahli pas yg ada?”

wallahu’alam.

Anonymous said...

Tengokkan Pemuda dan sejarah pas menerajang badai tu, aku agak lambat lagi pas nak paham politik ni kalau pemuda pun benok begitu. Kalau sekadar nak berdakwah saja, masuk tabligh lagi baik. Tak le susah-susah rakyat nak minta tolong.

anak aie said...

dah lama dah usz zul oi..anta baru perasan ka

Anonymous said...

ulasan menarik

Anonymous said...

Ana setuju 100% pandangan saudara hussin..nukilan yang tepat dan real dengan situasi masa kini..perlu perubahan dengan kadar segera..masa masih ada..

Unknown said...

islam akan naik dan dibantu oleh orang baik dan jahat seperti anda semua..teruskan berkarya..pimpinan pas semakin pandai berpolitik dan itu tanda kemenangan sudah semakin hampir.

zizie said...

alahai PAS..,,ape nk jadi jadi dengan PAs yg memperjuangkan Islam..,,udah lah Ahli2 PAS..,,org melayu Islam dah muak dengan Dakyah PAS ini..,,.

sebrnarnya PAs dah hilang originality dia..sbb pemimpin PAS selalu mengeluarkan FATWA2 songsang semata-mata nk meraih Undi..,,ini salah.

apakah PAS bersih dari Rasuah??..,nk tuduh pemimpin umno rasuah??..,,tunjukkan bukti klu najib..Hishamudin rasuah??.,,


Umno bukan sahaja memperjuangkan Islam tapi bangsa Melayu sendiri..
Umno BN bukan tamakkan Kuasa..,tapi mahu jaga keamanan kestabilan negara..,,