Saturday, March 12, 2011

Mengapa PAS Kalah?

PAS kalah kerana pemimpin PAS masih belum memahami hakikat perjuangan PAS dan tidak menghayatinya. Mereka tidak berpijak di bumi nyata. Mereka bukan menjadi pemimpin di bumi. Mereka memimpin di awang-awangan. Terlalu idealistik.

Ringkasnya, PAS kalah kerana pemimpina PAS tidak tahu menghayati kekalahan dan tidak tahu kerja sebenar, tugas hakiki PAS. Inilah padangan saya buat pemimpin PAS yang sebegitu.

SATU – MENIKMATI KEKALAHAN

Suatu benda boleh dikatakan besar atau kecil jika dipandang dari sudut yang berlainan. Sepinggan nasi boleh mengenyangkan dan sebaliknya jika dimakan pada waktu yang berbeza. Demikianlah persepsi sama ada PAS ‘kalah’ atau ‘belum menang’ apabila ‘kalah’ dalam PRK atau PRU.

Itu saya faham. Namun untuk menafikan kekalahan PAS dengan ungkapan ‘belum menang’, dengan tujuan yang tidak pasti adalah tidak bijak. Lebih baik kita merasai kekalahan dan menikmatinya daripada kita tidak menerima hakikat kekalahan dengan gula-gula belum menang.

“Jangan sebut PAS kalah, sebab PAS cuma belum menang!” Ya, belum menang maksudnya adalah kalah. Bukankah al-Quran menyebutkan bahawa ‘bumi yang luas menjadi sempit’ dan ‘kamu berpaling lari’ ketika memperihalkan peperangan Hunain.

Bukankah kedua-dua ungkapan itu adalah ungkapan yang membawa maksud kekalahan? Justeru, kita tidak perlu takut kepada ungkapan kekalahan. PAS kalah dalam tiga PRK kebelakangan ini. PAS kalah dalam PRU di Perlis, di Pahang, di Johor, di Melaka, di bla, bla dan bla.

Katakan PAS kalah, rasai kekalahan itu, hayatinya, kemudian bangkit dan tebuslah kekalahan itu. Bukankah itu lebih baik daripada kita kalah tetapi tidak berani berkata kalah, tidak berani merasai kekalahan kemudian tidak bangkit menebusnya kerana berasa tidak pernah kalah?

DUA – SATU-SATUNYA KERJA PAS ADALAH MASUK PILIHANRAYA

Satu lagi ungkapan yang saya tidak suka ialah, “Kerja PAS bukan berpilihanraya saja, kita ada banyak kerja lain.” Membahagikan masa kepada, ‘ini masa pilihanraya dan ini bukan masa pilihanraya’ juga agak mengelirukan.

Katakan pilihanraya dihapuskan atau PAS tidak masuk pilihanraya, apa kerja PAS? Ziarah rumah ke rumah ajak orang solat di masjid? Atau, buat kem remaja pada musim cuti sekolah? Atau, masuk hutan ajak orang asli masuk Islam?

Rasanya buat masa ini, adalah mustahil pilihanraya akan dihapuskan ketika banyak negara yang mengamalkan sistem beraja sedang menuju sistem pilihanraya. Negara Brunei juga sudah wujud parti politik, dan tidak mustahil dalam beberapa dekad pilihanaraya akan diadakan untuk memilih para menteri, misalnya.

Kalau PAS tidak masuk pilihanraya pula, apa PAS nak buat? Kalau ada masanya PAS tidak masuk pilihanraya, itu bukan dasar tetapi cuma strategi. Dan, tidak masuk pilihanraya tertentu itu sebenarnya sebagai langkah untuk membakar semangat masyarakat supaya membuat lonjakan perubahan untuk pilihanraya berikutnya.

Bukan tidak masuk pilihanraya kerana dasar PAS tidak mahu masuk pilihanraya.

Masuk pilihanraya adalah kerja PAS, bahkan bagi saya adalah satu-satunnya kerja PAS. Disebabkan mahu masuk pilihanraya PAS mengadakan usrah, mewujudkan sekolah, mendirikan markas, melatih para pekerja sepenuh masa dan banyak lagi kerja-kerja lain.

Jika PAS tidak mahu masuk pilihanraya, untuk apa PAS buat usrah, buat sekolah, buat markas? Dan, kalau pilihanraya bukan kerja PAS, bahkan satu-satunnya kerja PAS, PAS tidak akan jadi PAS. Bahkan PAS tidak akan bernama PAS.

PAS jadi seperti PAS sekarang, PAS bernama PAS, PAS ada ahli seperti sekarang… adalah kerana kerja PAS, bahkan satu-satunya kerja PAS adalah masuk pilihanraya. Bahkan, saya katakan bahawa PAS wujud kerana ingin masuk pilihanraya.

Mengapa JIM wujud, ABIM wujud, PUM wujud, bukankah kewujudan mereka adalah sebagai badan sokongan kepada PAS untuk masuk pilihanraya? Hari ini bekas pemimpin JIM, ABIM, PUM ada di dalam PAS dan masuk pilihanraya. Kalau bukan pilihanraya, untuk apa mereka masuk PAS?

Buat pemimpin PAS, terutamanya pemimpin yang kanan-kanan, senior kata orang putih, tolonglah terimalah dua hakikat. Pertama, PAS kalah. Kedua, satu-satunya kerja PAS adalah masuk pilihanraya. Kalau tidak berupaya berkata sebegitu, saya katakan bahawa anda pemimpin yang tidak menghayati perjuangan PAS.

Tolonglah berpijak di bumi nyata. Pijaklah bumi dengan telapak kaki tuan-tuan bukan dengan telapak kasut Belly atau Crocodile. Pemimpin hendaklah realistik bukan sepanjang masa idealistik.

10 comments:

Anonymous said...

PAS kalah bukan sebab kurang semangat,bukan sebab tak cukup dana,bukan sebab ahli-ahli lembek atau kurang cawangan.PAS kalah pada 5 PRK yang lalu sebab fakta kepimpinan diperingkat tertinggi.Ibu Pejabat PAS diKuala Lumpur dipenuhi oleh kuda-kuda tua yang sudah tidak mampu lagi berjuang dan hilang daya saing.Gulungan inilah yang selalu berkata: "Biar PAS kalah asalkan Islam menang", "PAS bukan nak menang pilihanraya saja tapi parti dakwah"."Pilihyanraya bukan keutamaan PAS".Kata-kata macam ini kerap dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS bila kalah pilihanraya.Sudah berapa kali PAS kalah dalam PRK,mana laporan post-mortemnya untuk dikaji untuk memperbaiki keadaan.Pemimpin-pemimpin yang dah hilang daya saing ni tidak lagi berminat untuk muhasabah diri membetulkan dan memperbaiki keadaan.Presiden dan Tim.Presiden asyik keluar negara buat lawatan yang tidak mendatangkan faedah kepada PAS.Walau pun khabar angin bertiup kencang PRU ke13 tidak lama lagi,setakad ini PAS belum kelihatan membuat persediaan yang rapi dan mantap untuk menghadapi PRU ke13.

Gedung Akal said...

Tuan,
1.Masuk pilihanraya adalah strategi manakala kerja dakwah dan jihad fi sabilillah adalah kerja utama PAS atas sifatnya sebagai gerakan Islam.

2. Jika PAS kerjanya hanya masuk Pilihanraya maka itu sia-sia sahaja -biar pun niatnya lillahitaala. Masuk pilihanraya untuk menang dan memerintah negara boleh masuk ke dalam jebak sekular jika itu jadi dasar utama.

3. Maka untuk itu tugas dakwah PAS adalah kepada Muslim dan bukan Muslim hendaklah berjalan dengan cekap dan berkesan. Efficiency & Efective inilah yang PAS tidak ada sekarang! Percayalah...

Zolkharnain Abidin said...

Gedung akal, pilihanraya adalah strategi? Dakwah tu apa dan jihad tu pula apa? Masuk pilihanraya bukan jihad?

Tuan, masuk pilihanraya adalah jihad. Strategi untuk menang pilihanraya adalah strategi jihad.

Kalah dalam pilihanraya adalah kalah dalam medan peperangan. Fahamkah tuan perkara itu?

azman kamarul said...

N28 DUN Kerdau dimenangi dengan selesa oleh umno....kalah atau menang adalah adat bertanding.PAS pernah hilang wang deposit.Atas nama perjuangan yang bertunjangkan perjuangan Islam PAS akan terus mara.Paling menyayat hati bila perayu undi PAS dikejutkan dengan kenyataan seorang pendokong karat biru dengan ayat "MAKCIK TAK KISAH MASUK NERAKA".Itu adalah satu lagi rintangan yang PAS perlu hadapi.KERANA UMNO MEREKA SANGGUP BERKATA DEMIKINA, PAS PERLU PERBETULKAN.Mungkin bukan seorang mungkin ramai orang yang begitu!

Waris said...

Perpijak di bumi nyata. Kita sedang duduk di dalam negara sekular. Nak tak nak terpaksa ambil alih kuasa melalui pilihanraya. Cara lain mungkin dengan tunjuk perasaan macam di mesir tapi perlu diingat... melayu ramai di malaysia. Sikap melayu tak sama dengan bangsa lain. Melayu terlalu mudah ditipu dan terlalu mudah digula-gulakan. Itu memang sifat semulajadi melayu yg lemah lembut, lemah gemalai serta LAYU. Perlu disuap ke mulut baru boleh bertindak. Tiada langsung sikap proaktif atau berfikir di luar kotak pemikiran biasa. Alhamdulillah kebanyakan melayu dilahirkan sebagai Islam (dalam surat beranak). Setidak2nya masih ada secebis iman di dada. Jika tidak mungkin melayu langsung tak ada pegangan. Itulah sifat yg ada pada kebanyakan pemimpin pas yg selalu berkata pas hanya mengutamakan dakwah walaupun kalah pilihanraya. Sebabnya ialah mereka melayu seperti yg diterangkan di atas. Jika begitu selepas melebihi 50 tahun pas berdakwah adakah melayu makin elok atau makin teruk di malaysia? Jika melayu atau Islam makin teruk di malaysia bermakna itulah hasil dakwah pas tanpa kuasa? Jadi pembangkang sepanjang masa dan berdakwah disekitar ahli2 pas sahaja? Tanpa kuasa yg mencukupi pas tak akan dapat berdakwah secara efektif. Hanya berserah pada Allah SWT agar seluruh rakyat malaysia diberikan hidayah tanpa usaha yg gigih serta bijaksana? Benar... Allah mampu lakukan apa saja atas kehendakNya tetapi hukum akal perlu diambil kira juga. Usaha dan kebijaksanaan pemimpin juga penting dalam menggerakkan usaha dakwah secara lebih efektif. Masih terlalu ramai rakyat malaysia yg memerlukan dakwah dari pas termasuk diri saya sendiri. Hanya segelintir saja yg menerima hidayah secara terus dari Allah SWT. Cubalah berfikir dan bertindak seperti bangsa maju yg lain serta diperkuatkan lagi dengan roh Islam nescaya melayu akan menjadi bangsa no 1 di alam ini. Insya-Allah...

Waris said...

Lagi satu... jangan jadikan teriakan "Allahuakbar" sama taraf dengan teriakan "hidup melayu". Hanya kuat berteriak tapi tidak menghayati erti kata sebenar serta tiada arah tuju.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Pas juga masih mengekalkan perlembagaan ciptaan manusia .

Itu pun sekular .

"Tiada Tuhan Melainkan Allah juga membawa maksud bahawa tiada perlembagaan melainkan perlembagaan Allah ".

Betul macam kata Waris :

.... jangan jadikan teriakan "Allahuakbar" sama taraf dengan teriakan "hidup melayu". Hanya kuat berteriak tapi tidak menghayati erti kata sebenar serta tiada arah tuju.

hussin said...

pas adalah sebuah "gerakan islam" dan "parti politik". penubuhan pas sebagai "parti politik" adalah kerana untuk mendapatkan kuasa melalui pilihanraya. hanya dengan kuasa cita2 pas dapat direalisasikan.

lawan pas adalah umno. sasaran pas dan umno sama - pengundi melayu. kekalahan pas di prk bagan pinang, galas, tenang, kerdau dan merlimau membuktikan bahawa majoriti pengundi melayu meletakkan melayu lebih tinggi dari islam. umno berjaya mempopularkan melayu manakala pas gagal mempopularkan islam. ini menunjukkan bahawa pas gagal berperanan sebagai "gerakan islam".

pas tidak mampu menyelaraskan kerja2 "gerakan islam" untuk memperkukuhkan "parti politik". sedangkan kerja2 itu merupakan aset bagi pas memperkasakan diri sebagai "parti politik". pas seolah2 tidak nampak akan hubung kait di antara "gerakan islam" dan "parti politik" yang pas agong2kan justeru menumpukan masa dengan isu2 apabila ada prk. sehingga bertindak melaksanakan 'perangsaraf' yang tidak sepatutnya. perangsaraf adalah penggunaan dakyah yang diada2kan. bukankah ini tergolong dalam "tujuan menghalalkan cara"? tidak dapat dibayangkan bagaimana pas sebagai "gerakan islam" boleh memilih ajaran machiavelli ini! lebih malang lagi apabila pengarah geraksaraf pas adalah seorang ustaz!

wallahu'alam.

Anonymous said...

kalau nak cakap kasaq lah... 'apa guna perjuangan pas, kalau x dpt buat apa2 untuk bela rakyat kerana tak ada kuasa', macamnana nak ada kuasa kalau asyik kalah pilihanraya, manjang kena buli'.

lebih teruk, segala kekejaman, penindasan, tipudaya, rompakan wang negara dan segala macam kejahatan x dpt dibendung oleh pas kerana macam tu lah... tak ada kuasa, dpt bercakap dgn air liur ja, apa pun x menjadi sampaikan pembangkang difitnah teruk2 pun x dpt buat apa2.

lama2 rakyat fed-up, kesabaran pun ada batasnya, pemimpin yg x boleh perform, yg lembab otak tak tau tektik melawan, elok undur diri, peluang nak memang ada, gunakanlah sebaik-baiknya.

pewakilan pas jgn lah dok pilih pemimpin yg lembab atau lurus bendul atau bodoh sombong atau yg x tau tektik nak tumbangkan lwn atau warak x kena tempat. pilihlah yg beragama di samping pandai mengatur stategi perjuangan juga sedia mendengar pandangan org lain.