Thursday, April 21, 2011

Setaraf Jin Ifrit Pada Zaman Sulaiman

Seorang sahabat menghantar SMS, “Nak minta pandangan tentang jawatan **** untuk pemilihan **** ini. Ana rasa agak padat jadual dengan *** dan bisnes lain. Khuatir tak terbawa. Setakat ini ana dapat pencalonan tertinggi. Rasa terpanggil pula untuk pertahankan jawatan. Macam mana ye”?

Saya jawab, “Elok teruskan sumbangan secara langsung kepada jamaah. Jangan jadi macam ana, tidak dapat menyumbang secara langsung lagi kerana pelbagai kekangan. Selamat berjuang.”

Rasanya, saya telah memberikan jawapan yang tepat kepada persoalan yang dibangkitkan sahabat tadi. Beliau berkeupayaan dari sudut penguasaan ilmu, tenaga dan kewangan. Tidak ada alasan untuk beliau berundur daripada memegang amanah jawatan.

Bagi saya pemimpin PAS perlu memiliki tiga keupayaan asas itu iaitu ilmu, tenaga dan kewangan. Keupayaan ilmu termasuk ilmu politik semasa dan perkara-perkara yang berkait rapat dengannya. Keupayaan itu pula hendaklah boleh dibuktikan.

Pembuktian itu berlaku dengan keupayaan mempertahankan prinsip perjuangan, keupayaan berhujah berdasarkan prinsip itu dan keupayaan menterjemahkan prinsip itu dalam realiti politik semasa. Semua itu memerlukan bukan sekadar ilmu yang dicedok bulat-bulat daripada kitab tetapi dicanai dengan pengalaman yang luas yang melangkaui sempadan geografi.

Pemimpin perlu bertenaga. Besedia berkelana kemana sahaja demi tuntutan perjuangan. Tidak mudah terlelap ketika acara penting dan berupaya mengeluarkan pandangan dengan pantas dan tepat dalam situasi genting.

Orang yang tidak memiliki tentu tidak berupaya memberi. Perjuangan menagih pembiayaan. Tidak mungkin tuntutan perjuangan terlaksana tanpa kedudukan kewangan yang stabil.

Kepada sahabat yang bertanya tadi, tumpang Allah mengurniakan kepada kita keupayaan itu, teruskan khidmat secara langsung. Jangan lepaskan peluang yang berharga ini. Sudah pasti apabila usia semakin meningkat, keupayaan ilmu semakin menurun, kedudukan kewangan semakin kurang stabil, pada ketika itu keinginan untuk menyumbang kepada perjuangan secara langsung hanya menjadi igauan.

Kepada pemimpin PAS, telek-teleklah diri masing-masing. Jika berasa diri berilmu tetapi tidak punya tenaga, jadilah penasihat bukan pemegang jawatan utama. Kepada yang bertenaga tetapi tidak berilmu, jadilah pengikut bukan pemimpin. Begitu juga bagi merasa diri berduit tetapi lemah dan jahil, mengikutlah bukan memimpin.

Bagi yang bertenaga dan berduit, tetapi tidak berilmu, anda hanya setaraf jin ifrit di zaman Sulaiman. Jin ifrit tewas di tangan seorang lelaki berilmu dalam pertarungan menampilkan singgahsana Balqais di hadapan Sulaiman.

Jika anda jahil, siapa pun anda, anda tetap akan tewas. Paling ketara, anda akan tewas dengan hawa nafsu anda sendiri.

Bilakah pemimpin menjadi liabiliti? Bila pemimpin tersebut jahil, lemah dan tidak berduit. Kejahilan mengundang kerosakan, kelemahan mengundang ketertundaan dan ketidakberduitan mengundang ketidakhormatan orang.

Buat Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, PAS masih memerlukan pimpinan tuan guru. Seeruu ala barakatillah...

----------------------------------------------------------------

Selepas terlepas penerbangan ke Johor Bharu. Nasib badan....

8 comments:

dimme said...

Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakr, Umar Abd Aziz, Mahatma Gandhi banyak duit ke? Saya setuju dengan syarat ilmu dan tenaga.. tetapi kewangan tidak semestinya.. kalau ada dikalangan pimpinan yang tidak berduit seperti Ketua Pemuda PAS sekarang, adalah menjadi tanggungjawap jamaah membantunya.. bukankan salah satu rukun usrah itu takaful (saling tolong menolong).. malangnya roh usrah itu dah semakin jauh dari pimpinan apetah lagi pengikut PAS..

Zolkharnain Abidin said...

dimme,
1. saya tidak tahu dimme pernah menjadi pemimpin pas atau tidak, terutama pemimpin di peringkat negeri atau pusat. kalau tidak pernah, tuan sukar memahaminya.

2. era para sahabat dan mahatma gandhi berbeza dengan era kini. memelihara unta sebagai kenderaan tidak sama dengan menggunakan kereta.

3. pas tidak mampu menanggung semua pemimpin pas. pemimpin pas yang jadi wakil rakyat dan ada bisnes sendiri dan berpendapatan lumayan boleh memberi sumbangan dengan berkesan kepada jamaah berbanding pemimpin yang tidak punya pendapatan yang bagus.

4. dimme, tuan harus realistik dan jangan terlalu idealistik.

hussin said...

ustaz,

n3 ini ustaz tulis "Selepas terlepas penerbangan ke Johor Bharu. Nasib badan...."

nasib badan atau tidak ada perancangan pergerakan untuk memastikan tidak terlepas penerbangan?

ia seakan sama dengan pas selepas pru12. bertindak tanpa perancangan dan mengenepikan 'musyawarah'. ia menjadi liabilti kepada pas.

wallahu'alam.

dimme said...

1. jawatan saya dalam PAS ada kaitan dengan duit
2. contohilah perjuangan orang2 yang berjaya. sikap mereka, keazaman, kepimpinan, etc. perbandingan unta dengan kereta tak relevan.
3. skrg ni PAS memang tak mampu. kesian saya tengok sahabat2 yg bekerja sepenuh masa dengan PAS, gaji ciput. tapi takkan nak selamanya macam ni? mungkin hidupkan balik kohilal salah satu cara.
tuan kata pimpinan yang jadi wakil rakyat dan berpendapatan lumayan boleh memberi sumbangan dengan lebih berkesan, jawapan saya tak payah tunggu jadi pemimpin, kalau nak bagi, bagi sajalah. wakil rakyat pula jangan dibebankan mereka, bebankan dengan rakyat kawasan mereka saja. kalau ikut saranan tuan, orang macam Salahuddin Ayub tak ada can la jadi Ahli Parlimen dan Naib Presiden PAS kerana dulu dia orang susah.
4. ya, saya sentiasa bersikap realistik.. kerana secara realistiknya berapa ramai orang berduit yang sanggup memimpin PAS? yg sanggup melihat client lari satu persatu macam Datuk Hassan Ali..

dimme said...

saya tidak lah membantah sepenuhnya syarat berduit, ada duit lagi bagus cuma bukanlah wajib

azhartito said...

correct..correct...correct
kalau pemimpin takde duit jangan berani singgah dikedai kopi nanti kena cuci pinggan..ha.ha.ah

sokongpr said...

orang jawa kata - syarat kahwin ialah waras, keras dan beras. Lebih kurang sama dengan ilmu, tenaga dan wang, seperti ulasan tuan ini agaknya ya. Ha ha

mdsaf_kyo said...

kalau tak silap aku, zaman Nabi dulu pemimpin berhabis duit...Siti Khadijah isteri Nabi juga, dari kaya raya habis hartanya kejalan Allah...

adakah pemimpin sekarang bersikap demikian?

apa yg saya lihat, pemimpin mengumpul kekayaan...kalau pemimpin PAS tak berduit, memang saya tidak hairan, kerana tentunya hartanya disalurkan kejalan Allah...

tetapi kepada kita sebagai rakyat, adakah kita salurkan harta kita kejalan Allah?...contohnya kalau sahabat Rasullullah dahulu, mengeluarkan harta demi mencapai matlamat menegakkan agama islam...!? siapa yg sanggup? katakan 10% pendapatan kita, kita salurkan ke tabung masjid(contoh)...kira % tak nampak...kalau saudara/i bergaji RM1,000, sanggupkah saudara2 keluar RM100 ke jalan Allah?