Khabarnya TG juga jarang lekang dengan komputer. Beliau juga pengguna Maktabah Syamilah, sebuah perisian yang menyediakan ribuan kitab untuk rujukan melalui komputer. Program ini boleh diinstall terus ke dalam laptop, boleh dirujuk pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Beliau turut menasihatkan ahli PAS supaya membudayakan ICT khususnya para ulama dan pemimpin PAS. Jika mereka lambat, tentu akan ketinggalan.
TG Hj Hadi adalah orang PAS paling sibuk, tetapi beliau punya masa untuk menulis dan membaca termasuk membuka beberapa laman web kesukaannya seperti al-Jazeerah dan sebagainya.
Mengapa saya timbulkan perkara ini?
Peperangan zaman dahulu menggunakan kuda dan panah. Seseorang takkan terpilih sebagai tentera sehingga dia pandai menunggang kuda dan memanah. Jika dia tidak pandai dia perlu berlatih sehingga pandai.
Peperangan zaman ini adalah peperangan maklumat. Semua itu berada di layar komputer. Jika seseorang itu tidak pandai komputer, bagaimana dia ingin menyertai peperangan zaman ini. Sekarang, orang meletupkan bom pun menggunakan komputer.
Belajar komputer bukan sukar, anak-anak Pasti pun sudah boleh menguasainya. Jika Najib ada laman facebook, twitter dan blog, bolehkah pemimpin PAS, termasuk pemimpin kanan, ada yang masih ‘belum’ tahu untuk membuka kotak SMS?
Ada pemimpin yang beralasan begini, “Ini bukan dunia saya! Cukuplah orang-orang muda yang menguasainya, saya sudah tua!” Atau ada pula yang berkata, “Tak sempatlah nak belajar…!”
Kepada pemimpin yang beralasan begitu, kita tanyakan soalan ini, “Adakah TG Hj Hadi masih muda? Mengapa TG Hj Hadi masih sempat belajar?”
Tidak perlu semua pemimpin PAS menjadi seperti Ust Abdul Ghani Shamsuddin, tetapi memadailah dengan ada email dan tahu membuka laman-laman web utama untuk mendapat maklumat segera. Kalau ada FB, twit dan blog, tentu itu lebih bagus.
Pemimpin PAS memang pandai berceramah dan berkuliah. Cuma, pendengar ceramah dan kuliah adalah orang yang sama dan kuat PAS pula. Bahkan, semenjak akhir-akhir ini, ceramah PAS semakin kurang, kalau ada ceramah pun pendengarnya tidak seramai dahulu.
Mengapa? Tentu kerana maklumat di layar komputer lebih pantas daripada maklumat penceramah. Kadang-kadang analisis sesuatu isu di laman sesawang lebih menarik, pedas dan terkini daripada analisis yang dibuat oleh penceramah.
Justeru, apa perlunya dengar ceramah.
Situasi sebegitu menjadi hujah kuat supaya pemimpin PAS menguasai ICT. Bukan bermakna kalau pemimpin PAS tidak tahu ICT tidak boleh menjadi pemimpin. Boleh, tiada masalah.
Cuma, dia tidak boleh memimpin PAS pada zaman ini. Dia boleh menjadi pemimpin PAS tahun 70 an. Kalau dia mahu menjadi pemimpin zaman ini, dia wajib menguasai ilmu ICT.
Ini adalah ‘Wajibul Waqti’ – kewajipan semasa.
6 comments:
kalu buat ceramah online/streaming ikut internet..takkan ada org derma.semua org tengok free jer...hahahaha
teknologi di hujung jari :-)
Sheikh, ana sokong 1000 peratus.
dulu saya ada buat usul untuk cawangan supaya diadakan kemudahan multimedia/internet untuk menarik golongan muda..akhirnya usul tu depa suruh tulis sendiri dan hantar sendiri kat kawasan..ha..ha.ha
Salam Ustaz,
Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah belajar mengunakan komputer sejak awal 80an. Salah seorang yang paling kedepan mengajar TGHAH, ialah saorang siswasah yang baru pulang dari U.S iaiatu Saudara Abdul Halim . Beliau berasal dari Terengganu. Dia pernah bekerja di Bank Islam. Sekarang dengar cerita kerja dengan syarikat korporat lain.
Kalau dulu memang sukar untuk belajar komputer dan perisian yang mudah. Tetapi zaman internet ini, budak kecil yang baru masuk PASTI pun boleh belajar ilmu teknologi maklumat ini. Tidak ada alasan pemimpin Pas yang tak tahu menggunakannya sekarang ini, betapapun umur mereka. Syaratnya, ada kemahuan dan merasa kebolehan mengunakan ilmu ini amat bergunakan untuk berinteraksi dengan rakyat dan juga mempelajari ilmu-ilmu baru yang tidak termasuk dalam subjek-subjek yang diambil di Universiti dulu atau di Kolej.
Bagus tulisan Ustaz ini.Tahniah. Takbir!!!
Ahli Pas Lama.
eh eh..org negeri mana tu ustaz...negeri ustaz ka..dia bkn xtau tpi mata kelabu kot..tulisan halus halus..sakit mata agaknya...
Post a Comment