Friday, May 28, 2010

Kita Punya Tongkat Sakti?

SATU - Ada yang sawan apabila saya menulis beberapa perkara yang dikategorikan ‘tidak memuji’ PAS Perlis. Saya diserang dengan keras. Seorang sahabat bagi tahu, “Orang marah dengan tulisan enta itu.” Saya diam sahaja.

Sebenarnya memuji tidak payah. Saya boleh menulis berjela-jela untuk memuji-muji mereka. Bahkan, saya boleh menulis untuk memberi gambaran kepada orang KL, orang Ipoh, orang JB bahkan orang di London, Afrika Selatan atau di Dubai bahawa PAS Perlis memang kuat, atau sangat kuat. PAS Perlis bakal memerintah Perlis selepas PRU 13 akan datang.

Jentera pilihanraya PAS Perlis mantap, siap-siaga, menunggu tiupan nafiri sahaja. Kewangan juga kuat, menunggu laci dibuka sahaja. Prasarana pilihanraya juga sudah sedia, menunggu di keluarkan dari stor sahaja. Bakal MB dan barisan exco juga sudah menempah baju Melayu, menunggu untuk disarung sahaja.

Adakah begitu yang dimahukan? Saya yakin pimpinan PAS Perlis juga tidak suka dengan pujian melampaui dos sebegitu. Apa ertinya pujian begitu, jika realitinya nil. Perlukah kita menjadi gendang, berdegar bunyinya tetapi hampa di belakang?

DUA - Saya menulis berdasarkan maklumat benar. Mengapa kita perlu takut dengan sesuatu yang benar? Mengapa kita perlu menganggap maklumat itu sebagai pekung? Mengapa kita perlu takut maklumat itu diketahui orang?

Adakah kita ingin menipu pengundi dengan maklumat palsu? Sampai bila kita mampu menyembunyikan kelemahan itu?

Dua DUN tidak menghantar langsung wakil ke program pelancaran jentera PRU 13 PAS Perlis baru-baru ini bukan rahsia. Saya mendapat tahu perkara ini daripada wartawan (bukan Malaysiakini), bahkan orang Umno pun tahu.

Bila diumumkan bahawa PAS Perlis sasar lapan kerusi dan berkeyakinan boleh menang di kerusi yang diwakili majoriti pengundi bukan Melayu jika mereka beralih angin sebanyak 70 peratus, saya yakin pemimpin dan ahli PAS yang hadir dalam majlis itu pun tidak konfiden dengan sasaran itu.

Kenapa? Kerana sasaran itu dibuat berdasarkan angka dalam keputusan pilihanraya yang lalu. Acuannya juga adalah acuan PAS negeri lain. Sasaran itu bukan dibuat berdasarkan realiti kekuatan PAS Perlis. Kekuatan PAS di negeri yang dijadikan acuan itu jauh bagai Kuala Lumpur dengan Kangar jika dibandingkan dengan Perlis.

Sebab itu saya katakan, PAS Perlis boleh menang dengan ‘miracle’.

TIGA - PAS parti masyarakat bukan parti ‘Tupperware’. Menguruskan manusia bukan macam menguruskan besen atau mangkuk plastik. PAS menguruskan pengundi dan pengundi adalah manusia bukan ‘makhluk berkaki empat’.

Bila PAS parti manusia maka PAS mesti punya kekuatan untuk menguruskan manusia. Bersedia mendengar suara manusia, bahkan bersedia untuk menangani apa jua kerenah manusia.

Kalau mendengar kritikan ahli sendiri pun PAS tidak sanggup, kritikan di dunia siber dianggap mendedah pekung, kritikan dalam muktamar dianggap biadap, kritikan di dalam usrah dianggap tidak wala’, lebih baik PAS jadi parti ‘Tupperware’. Mangkuk dan besen plastik sahih tidak akan mengkritik.

Kita beria-ia, bergembira, begitu teruja menerima sokongan bukan Melayu yang melimpah-limpah, itu bagus. Soalnya, adakah kita benar-benar bersedia (khususnya PAS Perlis) untuk menguruskan mereka? Bersediakah kita mendengar kritikan mereka, komen mereka, pandangan mereka? Atau, kita katakan saja kepada mereka, “Jangan kritik, kritik dikira buka pekung…” Begitu?

EMPAT - Saya katakan bahawa PAS Perlis perlukan figura awam, itu pekungkah? Selain YDP Kawasan Padang Besar (sekadar contoh), siapa lagi figura awam di Perlis?

Figura awam maksudnya mereka yang dikenali umum, bukan sahaja oleh aktivis PAS tetapi oleh segenap lapisan masyarakat. Dan, bukan sekadar dikenali kerana pandai ‘hemoi’ saja atau kerana kelainan bentuk fizikal, tetapi dikenali kerana kewibawaan ilmu dan kecekapan pengurusan peringkat tinggi.

Mengapa ini penting? Sebab kita uar-uarkan kepada umum bahawa kita akan menjadi kerajaan menggantikan Umno / BN.

PAS Perlis tidak boleh bergantung kepada momentum nasional semata-mata. PAS Perlis perlu membentuk momentu sendiri. Bergantung kepada momentum orang lain tidak kemana, tidak mampu bertahan lama.

Ingat, terutamanya pengundi bukan Melayu, mereka tidak semata-mata mengundi parti, mereka juga mengundi orang.

LIMA - Mahu saya puji? Aaah, tak perlulah. Kalau kita kuat, orang tak kata kita kuat pun kita tetap kuat. Tetapi kalau kita lemah, seratus orang memuji bahawa kita kuat, kelemahan akan terserlah jua. Kalau kita adalah pemimpin hebat, seburuk mana pun gambaran yang dibuat, kehebatan terserlah jua.

Kepada yang mengutuk saya, yang menggunakan perkataan ‘b****’, saya sangat berharap bahawa anda ‘bukan pemimpin PAS Perlis’. Kerana, kalau anda salah seorang daripada mereka, apatah lagi kalau nama anda tersenarai sebagai salah seorang calon PAS Perlis dalam PRU akan datang, saya boleh menjangka apa doa orang kepada anda.

Di bawah ini saya siarkan salah satu komen daripada pengunjung blog ini untuk tatapan semua.

* * * * * * * * *

Zaman mengkritik dalam usrah ke, dalam mesyuarat ke atau secara dalaman ke, saya rasa zaman itu sudah berlalu... (jgn pula menganggap saya tidak setuju dgn cara dalaman. Dalaman pun kena tegur, luaran pun kena buat juga kalau dah tak mau berubah!) Pimpinan PAS perlu berubah untuk menerima teguran walau dari sesiapa jua hatta daripada pihak musuh sekalipun! Kebenaran itu wajar diterima walaupun datang dari musuh dan kejahatan itu wajar ditolak walaupun ianya datang dari kawan yg sangat rapat. Bukankah itu yg diajar dlm Islam? Merujuk dalam sirah pun, kita akan dapat melihat kebanyakan teguran kepada khalifah hatta kpd rasulullah sendiripun dibuat di depan umum. Ini bukannya utk memalukan, bahkan inilah yg menjadi kekuatan kepada jemaah Islam ketika itu. Ini bukannya utk mendedahkan pekung, tetapi untuk menghilangkan pekung yg tumbuh disana sini agar tidak merebak dan menjangkiti orang lain. Kalau di zaman saidina Umar beliau sgt menghormati, menyanjungi dan berterima kasih kepada org yg sanggup membetulkannya dgn pedang (dikhalayak ramai pulak tu... kalau zaman skrg ni internet/blog/dsbnyalah...) masih adakah pemimpin PAS mcm tu skrg ini? Cuba muhasabah diri, jgn asyik meminta ahli sahaja bermuhasabah. Ust zol bercerita tentang kelemahan parti... beliau bukannya menceritakan tentang rahsia parti. Kalau dok cerita kita kuat, hakikatnya tidak... itu pun tak betul juga. Asyik mengharapkan kelemahan musuh, tetapi lupa kelemahan sendiri... itu lagi teruk. Apa program merakyatkan Pakatan Rakyat di Perlis?... ceramah je ke? Kuliah je ke? itu je modal yg ada? Mana pendekatan PAS dgn Keadilan dan DAP? PAS boleh menang sorang-sorang je ke? Mana dia program pendekatan PAS dengan org Melayu, Cina, India, Siam dsb? Itu yg sewajarnya pimpinan Perlis fikirkan. Jgn mengharapkan kemenangan dgn mencula seorang diri di rumah. Ramai ustaz2, profesional2 dr Perlis... tapi kemana mereka sekarang ini? Mana perginya Utz Abdul Aziz Hanafi? Utz Hassan Mahmud Alhafiz, Ust Hassan Din, Utz Hashim Yahya dll? Kenapa PAS Perlis tak manfaatkan tenaga-tenaga seperti ini? Sewajarnya Ust Hashim selaku Pesuruhjaya memikirkan sesuatu tentang mereka ini. Apa yg saya lihat seorang demi seorang menjauhikan diri dari saf pimpinan Perlis. Kenapa terjadi sedemikian rupa? Adakah mereka tidak sudi atau pimpinan yg ada tidak mau berundur memberikan laluan kepada yg lebih layak. Asyik2 muka lama yg jadi calon dgn alasan tak ada orang dsb. Alasan yg sangat dangkal! Bukan MARAH... NASIHAT...

May 27, 2010 5:58 PM

16 comments:

Anonymous said...

Adakah sumber yang saudara perolehi adalah benar bahawa 2 DUN tidak menghantar wakil dalam taklimat pilihanraya ataupun dalam program penyerahan bata untuk kompleks PAS Perlis?

Terima kasih.

Anonymous said...

BODOH 1 : Siapa yg suruh puji? Kerja anda sbg pendakwah ialah berdakwah, beri ilmu kpd masyarakat, guna blog utk meyakinkan masyarakat kpd perjuangan Islam. Bukannya setakat pandai mengkritik di dlm blog. Nak jaga DUN santan pun tak pandai!

BODOH 2 : Allah suruh kita bersiap sedia utk berperang termasuk dgn tektik dan strategi. Sebab tu dlm perang khandak walaupun jumlah tentera Islam sedikit - dibina parit dan tidak pula ada yg pergi jerit kat tentera musuh ... woi! kami ada sikit ja org, mai la serang gerenti boleh menang. Kami ni sikit pastu berpecah plak tu....

kah..kah..kah... bodoh la namanya tu.

kalau dpt maklumat pun bukannya utk dicerita satu dunia!
tidak akan bertambah kekuatan kalau setakat dok jerit kat blog bila dpt sebarang maklumat.

"kelemahan" memang perlu disembunyikan terutamanya drp musuh, cukup hanya sesama kita utk diperbetulkan dan dibaiki - bukannya utk satu dunia spt yang anda sedang lakukan.

saya bagi contoh - anda lemah di atas katil, isteri anda pegi cerita kat jiran anda.....takkanla anda suka....walaupun dia boleh kata dia pegi cerita tu sebab supaya anda boleh memperbaiki diri anda.


BODOH 3 : Memang anda bodoh! Buta perut!

anti ampusiniwaampusana said...

Pada pandangan saya apa nama program pun tak kisah... 2 DUN tidak menghantar wakil dalam taklimat pilihanrayaatau ke program penyerahan bata bukanlah isunya... Ketidakhadiran itulah wakil DUN dalam program2 PAS itulah isu sebenarnya. Komitmen DUN tsb cukup memalukan. Kalau mcm inilah keadaannya bolehkah kita mendabik dada bahawa kita akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya?

Nizam said...

Wahai ahli dan pemimpin pas sekalian, bukalah minda anda. Jangan hanya suka mengkritik musuh tapi tak suka dikritik. Kepada Ust Zol, teruskan usaha untuk menaikkan imej pas dengan cara ini. Ini merupakan salah satu kaedah SWOT analysis yang saya kira kebanyakan ahli pas tidak mengetahuinya. Jika pas jatuh dengan cara ini, itu bukan salah anda. Tapi salah ahli dan pemimpin yang angkuh serta ego. Tidak mahu belajar dari kesilapan. Leka dibuai kemenangan yang belum tentu kekal. Saya percaya bahawa hati kita sama, cuma yang membezakan kita ialah ego kita. Kita sama-sama sayangkan pas tapi cara berfikir tak sama. Ego kita tak sama.

Apa yang mereka tahu? Yang mereka tahu ialah HALAL, HARAM, ANA & ANTE. Bagaimana menguruskan keadaan mereka tidak tahu. Kalau orang buat kerja haram, maka orang itu akan dicop jahat buat selama-lamanya. Kalau ahli pas yang mendakwa buat kerja halal selama ni tiba-tiba dapat kuasa/menang dah mula dekatkan diri dengan rasuah tapi tak perasan benda tu haram pulak. Ahli pas kena ingat, dunia ni berputar. Yang jahat boleh jadi baik dan yang baik juga boleh bertukar jadi jahat. Segalanya bergantung pada iman dan persekitaran.

Pemimpin pas pun serupa juga... dulu masa belum berkuasa masing-masing boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat. Tapi bila dah dapat kuasa yang sedikit Allah uji, dah dapat gelaran dato, dato seri, dah mula rasa diri lebih tinggi, tak nak duduk bersila lagi dengan rakyat, dah macam-macam protokol diujudkan. Adakah ini yang Islam ajar? Masing-masing ada ilmu agama yang cukup tinggi. Masing-masing hafal ayat itu ayat ini serta bermacam-macam hadis. Tapi hadis dan ayat-ayat tersebut hanya digunakan untuk mempertahankan diri sendiri. Dah nak sama dengan umno kalau macam tu.

Ingatlah... Allah boleh tarik nikmat ini bila-bila masa. Itu yang selalu diingatkan oleh mereka ni dalam ceramah. Itu ketika mereka bergelar ustaz. Tak kan mereka lupa ilmu ni bila dah bergelar YB, dato, dato, seri dan macam-macam lagi?

Komen ini bukan untuk pas perlis saja tapi untuk pas keseluruhan. Saya rakyat biasa tak nampak apa yang berlaku di perlis. Tapi nampak perubahan kata-kata yang berbelit-belit dari pemimpin pas yang menang dari hari pertama kemenangan dikecapi sampai sekarang tak habis.

Akhir kata... kalau rasa nak berubah... berubahlah. Kalau rasa tak nak berubah dan masih nak berpeluk dengan umno sebagai abang adik dan berperangai umno, itu kamu semua punya pasal. Siapa saya nak mengubah kamu semua? Saya akan teruskan hidup saya seperti biasa walau tanpa pas, umno, pkr, dap, dsb.

Wassalam...

Nizam said...

Wahai anon 8:33, saya berharap anda bukanlah dari golongan pemimpin parti dan bukan juga datang dari golongan ustaz atau ulama yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Saya cuma berharap anda adalah seorang penyokong tegar pas yang cetek ilmu agama serta cetek ilmu politik, sama taraf dengan penyokong tegar umno yang percaya bahawa saifool dil*wat. Amat malang jika pas dipenuhi oleh ahli serta pemimpin yang pendek akal seperti beliau. Benar... ust zol bukanlah seorang yang sempurna tetapi kita boleh berbahas untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Kelemahan atau dengan kata mudah, kebodohan pemimpin tidak boleh disamakan dengan kelemahan suami isteri diranjang. Kelemahan suami isteri hanya melibatkan suami isteri tersebut sahaja. Hanya dua orang yang terlibat. Tetapi kebodohan pemimpin pas melibatkan berjuta-juta rakyat yang menanggung sengsara sepertimana rakyat sedang sengsara di bawah kepimpinan umno sekarang. Adakah rakyat akan terus sengsara jika memberi mandat kepada pas yang dipimpin oleh pemimpin yang tidak pandai mentadbir? Hanya tahu hukum HALAL & HARAM tetapi tidak tahu menangani masalah tersebut.

Terpulanglah... kalau rasa kamu semua betul belaka, tak perlu berubah. Kami sebagai rakyat biasa nak kata apa kalau kamu semua tak nak berubah.

Anonymous said...

kalau anda seorang ahli umno, atau ahli PKR atau DAP atau bukan ahli mana2 parti - takde sapa nak kisah.
kritiklah, dedahlah, hentamlah.
tapi kalau anda ahli jamaah...pimpinan plak tu - belajarlah mengenal ADAB.

kita tak pernah dengar saidina Ali atau mana-mana sahabat besar mengkritik khalifah secara terbuka - yg ada cuma mereka yg bukan dikalangan pimpinan.

Anonymous said...

betol tu, kalau ust zol ni setaraf si NIZAM yg dok komen kat sini...tak ada siapa yang nak kisah. komen dan kritiklah sepuasnya.

Anonymous said...

‘Cawangan PAS di Perlis tidak bertambah. Pertambahan ahli berlaku dengan perlahan. Ada cawangan PAS yang semakin tidak aktif…dan lagi.. dan lagi…’

nta duk buat apa?...
duk depan laptop menulis mengikut nafsu nta?

nta duk rasa nta ja btui kesemua? & PAS Perlis xbetui?

atau masih berbekas luka2 lama akibat keputusan2 Jemaah yang sukar enta terima? (sudah tentu rasanya...)

Nta nak puaskan hati nta melalui cara begini? kerana apa yang berlaku semuanya salah PAS Perlis kerana berlaku tidak adil dengan nta?

"TINDAK TANDUK SEOLAH-OLAH INGIN MENJAHANAMKAN ISLAM DI BUMI PERLIS!"

‘Ya akhi, akhzantani…(anta mendukacitakan saya)’, begitu responnya kepada jawapan yang saya berikan. Saya bercakap benar dan jawapan saya mengenai situasi PAS Perlis mendukacitakannya.-Ingat tulisan ini?

Pernah nta menghubungi Ustaz Hashim & ucap terima kasih, kerana atas belas kasihan & ehsan beliau, nta "ditawarkan" posisi di syarikat itu...

Anonymous said...

ada kot dekat seribu orang mai program pelancaran gerakerja pru 13 tuh...yg dikatakan ada wakil dun tak mai tu ngarut ssangat la... yg tak mai mungkin malam tu masa serah duit kat haron din utk buat komplek pas...tp yg saya tau wakil dun tu bagi jugak lepas tu... satu lg mungkin wakil dun tu tak mai ambik bendera masa majlis serah bendera..saya pun tak pasti pasai dok di baris belakang... tapi saya pun dok tengok jugak masa pendaftaran pagi tu.. semua dun ada wakil..cuma kot tak dak wakil nak pi terima bendera.. Kena pebetui la kata tak dak wakil Dun mai program... Saya AJK Kawasan & MTD)

Nizam said...

Salam... betul tu. Komen saya boleh dianggap sampah sebab saya bukan dari golongan kamu yang sering kamu semua dakwa bahawa kamulah yang terbaik. Saya bukan ahli jamaah tetapi cuma rakyat biasa yang dah 4 kali mengundi pas. Kami mengundi pas kerana nilai-nilai Islam yang dibawa oleh pas. Tanpa orang yang seperti Ust Zol, kami tidak akan tahu perkembangan dalaman serta kepincangan kepimpinan. Maka jadilah kami seperti rakyat biasa yang lain yang sentiasa diperbodohkan oleh umno lebih 50 tahun walak pada pemimpin walaupun berlaku kepincangan.

Adakah pas & umno sama? Di mana kelainannya? Pemimpin umno yang kamu sering kata bodoh ada penyokongnya. Pemimpin pas yang lebih kurang bodoh serupa umno juga ada penyokongnya. Maaf... kami rakyat yang bertamadun tak akan mengikuti jejak langkah primitif kamu semua. Kamu semua boleh hidup mati bersama umno atau hidup mati bersama pas. Kami bukan sepeti itu. Sekarang kita berada di tahun 2010, bukan 1980. Jika memilih umno adalah satu kezaliman maka rakyat akan berfikir memilih pas juga satu kezaliman atas kebodohan pemimpinnya kerana memilih pemimpin yang bodoh adalah satu kezaliman juga.

Apa pun saya masih belum nampak pengganti TGNA yang tinggi ilmu agamanya serta tinggi ilmu politiknya walaupun beliau kadang-kadang tersasar sedikit percaturan politiknya. TGNA hampir sempurna dunia dan akhirat. Belum nampak bayang lagi ada pemimpin pelapis yang sesempurna beliau. Yang ada sekarang cuma tinggi ilmu agama tapi cetek ilmu politik, juga sebaliknya.

Wallahualam...

anti amfusiniwaamfusana said...

Belas kasihan dan ehsan yg diberikan bukannya sehingga menyebabkan kita sebagai ahli tak boleh menegur pimpinan. Ini bukan soal malu alah @ alah kerana malu. Ini soal kepimpinan yg sewajarnya diambil berat oleh pimpinan. Inilah masalahnya kalau ada segelintir kita takut untuk menegur pimpinan kerana termakan budi dsb...

Anonymous said...

salam.., nk tanya sikit, semasa anta berada dlm pimpinan @ ADUN apa yg anta bt (Transformasi) ?
kejatuhan PAS di SANTAN adakah di sebabkan pimpinan Negeri @ ADUN itu sendiri..,

Gedung Akal said...

Kata Anonnymous..12:20 PM....
betol tu, kalau ust zol ni setaraf si NIZAM yg dok komen kat sini...tak ada siapa yang nak kisah. komen dan kritiklah sepuasnya.

May 29, 2010 12:20 PM

Soalan
1. Ustaz Zol tu taraf apa? Ulama? Ustaz? manakala NIZAM tu taraf apa?
2. Kalau Dr. M yang juga tidak setaraf Ust Zol komen ada kau kisah?
3. Kalau Azwan Ali bagi komen ada kau kisah?

Adakah kita melayan orang berdasarkan ilmu, bakat ketokohan dan taraf glamournya?
Melihat isi akal yang jernih atau isi akal orang popular sahaja? Itu sebabnya ada ahli PAS (mungkin pemimpin juga) yang beku jalan fikirnya. Tidak melihat dengan minda dan hati terbuka.

Janagn harap PAS akan menang di Perlis andainya akal pendokong dan penyokog masih di tahap lebih rendah dari Ibtrahim Ally

hussin said...

memang senang nak kata orang 'BODOH'. yang ngata BODOH 1, BODOH 2 dan BODOH 3, lagi BODOH.

nizam dah pun komen bab kebodohannya pasal banding kelemahan suami di ranjang dengan kelemahan kepimpinan. itu pun tak boleh fathom?

"kita tak pernah dengar saidina Ali atau mana-mana sahabat besar mengkritik khalifah secara terbuka - yg ada cuma mereka yg bukan dikalangan pimpinan."

janganlah samatarafkan pemimpin pas hari ini dengan para sahabat ra. besar kepala nanti depa, memang dah besar kepala pun. dah dapat steering asyik terbabas sahaja, bila tegur, melenting. hei, kami penumpang, kalau kemalangan, bukan yang di steering je sakit, penumpang pun ikut sama sakit! penumpang tak leh tegur ke yang di steering demi keselamatan semua?

perlis ni pun dah dijangkiti virus perpaduan. kata ulama pemimpin pas. nampak yang gah ustaz stopa ali je.

pikiaq laa

wallahu'alam.

Anonymous said...

Sdra. Zol fikirlah, adakah dengan cara anda ini mampu membuatkan PAS atau Islam dapat kuasai Perlis PRU13 nanti??

Dengarnya sdra. Zol sudah meletakkan semua jawatan dalam parti di Perlis, ke mana arah tujuan anda selepas ini? Adakah akan terus berada di posisi pengkritik di blog sahaja?

kepalabotolcocacola said...

anonymous may 28 & anonymous may 29.. hang mmg bodoh..org dedah smua ni nk suruh ambik iktibar, nk suruh pebetoi, nk baiki smua ksilapan dan kelemahan pas, bukannya nk habaq kat musuh kata pas ni lemah.. memang bengong laa tak reti pikiaq sampai tara tuu.. saya berani cakap bahawa pas perlis TAK AKAN menang kalau mentaliti pimpinan pas perlis masih sama walaupun depa dh sedar kelemahan2 dan kesilapan2 depa.. us zol dedah smua ni semata2 untuk pas perlis laa, takkan dia nak bagi UMNO take advantage kat pas perlis yang lemah ni.. sebelum UMNO take advantage dgn kelemahan2 pas perlis, baik pas perlis bersiap sedia dengan reformasi dan transformasi yg baru dan pimpinan Pas perlis yang lebih berintegriti sebelum PRU 13 nanti.. kalau tidak, habislaa Pas perlis...

teruskan usaha ini Us Zol.. saya tetap sokong anda walaupun saya ni silent reader ustaz...