Wednesday, May 5, 2010

Marak Api Jiwa Politik Yang Tidak Pernah Padam

Hampir sebulan blog ini tidak ter’update’. Bukan sengaja, bukan tidak teringat, bukan tidak ingin, bukan tidak punya kemudahan, tetapi ada halangan lain.

Marak api jiwa politik saya tidak pernah padam, walau pun kini agak ‘tersisih’. Masih punya jawatan di dalam parti, tetapi tidak lagi punya ‘semangat’ untuk beri komitmen. Semangat itu tidak padam, tetapi tidak semarak dan sehangat suatu ketika dulu.

Semangat itu bukan sengaja dipudarkan tetapi faktor sekeliling yang memudarkannya. Ibarat unggun api, bahan bakarnya masih banyak, cuma ada orang menyiramnya dengan air. Unggun itu tidak padam sebab siraman air itu pun tidak sebanyak mana, tetapi siraman itu merencatkan kemarakannya.

Apabila tiba masanya api itu akan marak kembali, insya-Allah. Apabila orang yang merenjiskan air itu kehabisan air, atau dia tidak punya kudrat lagi untuk terus merenjis, atau apabila sampai masa dia memerlukan unggun api untuk sekurang-kurangnya untuk memanaskan badan.

Saya tidak akan membiarkan marak api jiwa politik saya terus malap, malap, malap dan padam. Tidak, ia mungkin malap, tetapi tidak padam. Ia sedang marak semula bahkan dengan bahan bakar yang lebih baik daripada sebelumnya.

Benar, ‘penyisihan’ secara terhormat ini agak melukakan. ‘Dokumen-dokumen’ penyisihan terhormat ini masih disimpan rapi samada dokumen berwajah atau dokumen ‘layang’.

Suara-suara, kerlingan-kerlingan dan pandangan-pandangan ‘penyisihan terhormat’ ini masih tersimpan di rak-rak ingatan. Semua itu menjadi saksi bahawa saya tidak pernah menyisih diri, tetapi disisihkan.

Syukur, masih ada kawan-kawan yang memahami. Tersisih dari daerah A, tersedia pula ruang di daerah B. Daerah B pula nampaknya subur dan berpotensi. Ruangnya lebih luas, udaranya lebih nyaman, tidak ternafi juga beban komitmennya juga lebih besar.

Masa depan sukar diramal walau pun boleh dirancang. Perancangan Allah lebih tepat. Kini, yang terdengar, yang ternampak hanyalah suara-suara dan pemandangan-pemandangan ‘memperbaiki kerosakan’ yang sengaja dilakukan.

Bolehkah kerosakan itu dibaiki? Banyak benar faktor yang perlu diambil kira. Kalau ibarat kereta, mekanik yang sedia ada tidak mampu lagi membaikinya. Kerosakan itu memerlukan sentuhan mekanik baru yang lebih kuat dan berupaya.

Adakah Pakatan Rakyat boleh menang di Perlis dalam PRU akan datang? Entah..., ada yang sudah mula syok bahawa PR akan menang di Perlis dan turut pasang angan-angan. Tak apa, angan-angan tidak salah cuma jangan tiru Mat Jenin sudah.

Tapi jangan lupa, ada juga yang sinis. Betulkah PR boleh menang di Perlis jika begini keadaannya?

5 comments:

Anonymous said...

bahan bakar kalau banyakpun tapi basah tak guna juga ostad.
jangan disalahkan org yg merenjis air saja...bahan bakar yang tak berfungsi lagi banyak.

Zolkharnain Abidin said...

Betul, saya setuju. Memang banyak bahan bakar basah. Masalahnya pula, bahan bakar basah inilah yang ditampilkan untuk menyalakan api. Sampai bila pun memang tak menyala punya.

LENSA PR said...

berjuang terus berjuang. Carilah ruang untuk berbakti. teringat hadis nabi - hati hati dengan mukmin yang hasad. Why "mukmin" ada "hasad". Tuan lebih tahu!!!!

Paksu Ki said...

Amat rugi kalau ustaz bersikap macam ni, usah rajuk dengan sekeliling, lebih utama eratkan hubungan sesama jemaah. Mungkin sekarang orang tak menerima, mana tahu di masa depan jemaah akan pandang ustaz dengan 2 biji mata.

Zolkharnain Abidin said...

Pak Su Ki,
Pokok kalau tidak berdaun, biar seteguh mana pun batang dan perdunya tidak berguna juga. Pokok itu akan mati sudahnya. Biarlah saya jadi daun.