PAS ditubuhkan untuk menyatupadukan orang Melayu kerana Umno tidak berupaya melakukannya. Umno tidak mampu menyatu-padukan ahlinya sendiri, jadi bagaimana parti itu mampu menyatupadukan rakyat.
Sikap pemimpin Umno pada hari ini juga menghalang perpaduan. PAS tetap dijadikan sasaran kritikan, kutukan dan tohmahan di media massa. Umno tidak pandai mengambil hati PAS.
Dalam isu royalti minyak Kelantan misalnya, MB Kelantan telah menghantar tiga pucuk surat kepada PM tetapi sehingga kini satu surat jawapan pun belum diterima.
Track record pemimpin yang tidak baik menjadikan PAS perlu mengasingkan diri daripada mereka. Namun begitu kerjasama PAS – Umno akan berjaya direalisasikan jika PAS mengambil alih pemerintahan negara.
Pada waktu itu Umno akan lebih bersungguh-sungguh untuk bersatu. Umno pada waktu itu mungkin akan lebih serius dengan agenda ini berbanding sekarang yang lebih banyak bersandiwara dan tidak serius.
Peranan orang tengah untuk menyatupadukan PAS – Umno juga tidak betul. Sikapnya lebih sudu daripada kuah, tidak menjaga rahsia dan tidak tenang dalam mengendalikan isu ini.
Walau pun PAS punya kekuata sendiri, PAS akan tetap berkawan dengan DAP dan PKR kerana PAS bukan sekadar berpolitik tetapi juga berdakwah. Berkawan dengan mereka membuka ruang dakwah yang lebih luas dan peluang Islam menyerlah lebih terbuka.
Kalau Umno pelik mengapa PAS boleh berkawan dengan DAP, Umno sepatutnya berfikir mengapa dia tidak boleh berkawan dengan DAP. Berkawan dengan DAP adalah keberanian politik PAS yang membuktikan kematangan dan keterbukaan.
Mengenai pilihanraya, sepatutnya tarikh pilihanraya diisyaratkan lebih awal untuk memberi peluang semua parti politik membuat persediaan patut.
Kalau negeri Sarawak boleh membuat pilihanraya berasingan, tidak mustahil Kelantan, Kedah, Selangor juga boleh melakukannya.
Berkaitan kedudukan Tok Guru Nik Aziz pada PRU akan datang, sepatutnya Tok Guru terus bertanding di peringkat parlimen. Beliau adalah ikon masyarakat yang patut terus berada di persada politik negara.
Kalau rajin baca sini.
----------------------------------------
Kampong Kubang Paya, 10.03 pm
5 comments:
eloklah...suruh tok guru betanding parlimen sebab dia nak betanding DUN - senang nak jadi MB.
Saya SETUJU sangat To Guru bertanding di parlimen tapi mungkin masalah kesihatan Tok Guru akan jadi penghalang. Apa kata kita cuba cari ikon yang setanding atau hampir sama dengan pemikiran Tok Guru yang lebih muda dan bertenaga, itu lebih efektif. Bukan hadi... hadi tiada dalam kamus kami untuk dinobatkan sebagai pemimpin hebat dan berkarisma. Mohon maaf pada penyokong tegar hadi. Saya bercakap atas kapasiti sebagai rakyat terbanyak bukan sebagai penyokong atau ahli PAS. Pemimpin flip flop hanya sesuai untuk penyokong flip flop juga seperti mana umno, najib dan penyokong mereka.
Saya SETUJU sangat To Guru bertanding di parlimen tapi mungkin masalah kesihatan Tok Guru akan jadi penghalang. Apa kata kita cuba cari ikon yang setanding atau hampir sama dengan pemikiran Tok Guru yang lebih muda dan bertenaga, itu lebih efektif. Bukan hadi... hadi tiada dalam kamus kami untuk dinobatkan sebagai pemimpin hebat dan berkarisma. Mohon maaf pada penyokong tegar hadi. Saya bercakap atas kapasiti sebagai rakyat terbanyak bukan sebagai penyokong atau ahli PAS. Pemimpin flip flop hanya sesuai untuk penyokong flip flop juga seperti mana umno, najib dan penyokong mereka.
kenapa takde blogger kutuk Husam? kalau org lain dah lama kena ...sebab masih dendangkan lagi penyatuan/perpaduan UMNO-PAS...berat sebelah...:-(
anon 11:11,
benci sungguh anda dengan husam! jika ikut logik anda, husam belum tentu dicalonkan, baik dun atau parlimen. bagaimana bencinya anda kepada husam, benci lagi yang berkepentingan serta rasa tercabar oleh dan meluat dengan husam. baik di kelantan mahupun di pusat.
kesihatan tgna menjadi perkiraan, baik bagi yang mahukan jawatan mb atau yang mendukung kerjasama dengan umno. dalam kedua2 keadaan husam berpotensi diketepikan. ini hanya sekadar bacaan politik saya mengikut perkiraan politik anda.
wallahu'alam.
Post a Comment