Monday, August 9, 2010

Tony Pua: Antara Nasruddin Dan Khalid

Baca sini untuk pandangan Nasruddin.

Bukan berhasrat untuk menjadi batu api tetapi untuk melihat jalur pemikiran dalam menangani isu yang dilihat cuba dimanipulasi oleh Umno untuk melaga-lagakan PAS dan DAP.

Cara berfikir akan mempengaruhi cara merancang dan bertindak. Tentulah atas semangat persahabatan di dalam Pakatan Rakyat, sebarang kenyataan yang melibatkan kepentingan kedua-dua parti atau entiti yang diwakili oleh parti itu hendaklah ditangani dengan bijaksana.

Saya dapati cara Nasruddin menyimpulkan isu pemansuhan diskaun untuk bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial yang dibangkitkan oleh Tony Pua seolah-olah ‘menyalahkan Tony Pua’.

Menurut Nasruddin, kenyataan Tony mendahului Majlis Pakatan Rakyat, mewakili peribadi sendiri dan agak tergesa-gesa tanpa kajian mendalam. Selanjutnya beliau menampilkan Islam sebagai penyelesai kepada isu itu secara umum dan mengaitkan apa yang dibangkitkan itu dengan peraturan ‘ihya’ al-mawat’.

Saya sedang berfikir dimana signifikannya peraturan ihya’ al-mawat itu dengan isu yang dibangkitkan oleh Tony Pua.

Ya, kesimpulan yang dibuat oleh Nasruddin itu benar tetapi menyimpulkan dengan cara menyalahkan rakan sendiri akan menimbulkan rasa kurang selesa. Saranannya juga benar tetapi menampilkan saranan secara umum begitu kurang menyerlahkan kewibawaan Islam yang sebenar.

Di sinilah kebijakan berpolitik ahli politik teruji. Kebimbangan kita ialah manipulasi saingan politik kita. BN tentu akan memanfaatkan sikap saling menyalahkan itu untuk melaga-lagakan PAS dan DAP.

Kalau Nasrudin tidak bersetuju dengan saranan Tony (dan orang lain juga begitu), tampilkan ketidaksetujuan itu dalam bentuk ‘penyelesaian pentadbiran’ (Siyasah Syariyyah). Itu tentu lebih lunak dan menutup pintu manipulasi musuh.

Sebab itu saya tertarik dengan pendekatan Khalid. Jalur berfikir Khalid menampilkan kematangan politiknya.

Baca sini untuk pandangan Khalid.

Apabila wujud ‘seolah-olah’ percanggahan kenyataan antara Presiden PAS dengan Tony Pua dalam isu ini, Khalid mengalihkannya kepada TPM. Khalid bersetuju dengan kenyataan Presiden PAS dan bersetuju juga dengan kenyataan Tony Pua.

Sikap sebegitu tidak memberi peluang manipulasi BN. Sikap bersetuju secara dasar kepada Presiden PAS dan Tony Pua membuahkan keselesaan kepada kedua-dua belah pihak.

Persepsi umum kepada hubungan PAS dan DAP juga tidak tercalar.

Apabila Khalid menghalakan isu ini kepada TPM pula, isu yang dibangkitkan oleh Tony dikitar menjadi peluru untuk menembak Umno. Inilah kebijakan politik Khalid.

Cara Khalid adalah benar iaitu mencipta persamaan dalam perbezaan. Perbezaannya ialah pemansuhan diskaun untuk bumiputera. Persamaannya ialah, pemansuhan diskaun untuk bumiputera yang kaya raya. Cantik sekali.

Dalam disiplin ilmu Islam pun ada pendekatan ini iaitu apabila wujud percanggahan antara dua perkara, perkara utama yang patut dilakukan ialah ‘kombinasi’.

Kombinasi Khalid terhadap pendirian Presiden PAS dan Tony Pua mewujudkan keselesaan kepada kedua-dua belah pihak.

Inilah kebijakan politik yang perlu dimiliki oleh pemimpin kita. Tanpa kebijakan sebegini, kita akan menjadi politikus ‘separuh masak’.

Moga nukilan ini bermanfaat untuk sahabat saya yang saya kasihi Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi. ‘Kalau mai Peghelih carilah ana…kita pekena ikan keli goreng. Selamat berjuang!’

9 comments:

bekas pemuda said...

sy bernasib baik sewaktu aktif di pemuda kaw dan negeri waktu mahfuz dan sallehuddin.mereka matang berpolitik tapi sorang ni sungguh susah untuk dimatangkan,
sudah terlalu banyak kali al tantowi ni buat kenyataan tidak bijak,walaupun sudah banyak kali juga di tegur namun dia masih begitu.
pada saya dia sesuai di perinkat kaw sahaja.
kenapa tiada tokoh pemuda sekarang?

Anonymous said...

elokla....syurga bagus, NERAKA pun bagus juga!!!!

Nizam said...

Lebai-lebai ni mana ada ilmu setinggi tu ustaz. Lebih sikit mengaji ilmu dunia buat bekalan di akhirat kelak.

Nizam said...

EGO... itulah punca sebenar seseorang itu tidak mahu berubah walaupun ditegur berkali-kali. Jawapan yang sering kali kita terima ialah "kami dipilih oleh perwakilan muktamar".

ALI MAIDIN said...

LURUS BENDUL KAWAN KITA TUUU

Pembantu Pejuang said...

bukan senang nak jadi pemimpin... kita bantu Ust Nasarudin.. masa Muktamar Pas Kawasan/Negeri-berhujahlah.. masa Muktamar Pusat, berilah teguran/pandangan.. macam agak berani dalam beri komen dalam internet sahaja? Usrah tuan2 ikut ka?
al-faqir ila Allah..

slmt berpuasa
mahkamah-akhirat.blogspot.com

Anonymous said...

Bukan lurun bendul tapi lebih kepada mengampu apa yang presiden cakap. Lebih kurang burung kakaktua yang ada dalam umno. Apa yang presiden cakap dia ulang balik tanpa berfikir. Walak sheih...

Anonymous said...

Ana setuju pandangan ustaz Zulkarnain ni. Semakin bergetah setelah tidak jadi pemuda. Harap-harap selalulah bagi nasihat dengan email terus sahaja pada dia. supaya lama-lama jadi elok lah. Maklumlah pengalaman politik tidak lama dilalui. Salehudin dan mahfuz duk dalam kepimpinan Pas selama 20 tahun sebelum jadi ketua pemuda. Jadi pengalamannya luas. Jadi buat ustaz Nasarudin ini, ustaz zulkarnain lah kena bantu.. elokj lah tu...

Anonymous said...

komen isu kritikan ini menampakkan orang lain salah tapi apabila masa kita semua cara kita betul..