Semasa sedang memandu menuju ke Merlimau, Melaka, pada hari Sabtu yang lalu (bukan urusan politik tetapi urusan kerja), telefon berdenting.
“Sebenarnya surat layang yang anta siarkan dalam blog anta tu ada lagi dua keping. Semuanya empat keping. Dua ditujukan kepada YDP Padang Besar, satu untuk anta dan satu lagi untuk bekas Ketua Dewan Ulama PAS Perlis.” Beritahu suara itu.
“Orang Umno ke yang buat kerja macam tu?.” Saya menyoal.
“Bukan, cuba anta tengok modus operandinya. Ini kerja orang PAS. Orang yang buat kerja itu ada masalah dengan YDP PAS Kawasan.” Jawab suara itu.
“Begini klunya… bla… bla… bla.” Sambung suara itu lagi.
“Ok, ana tahu, ana tahu…” Saya jawab.
Akhirnya, berdasarkan klu yang diberi itu, dan beberapa sumber lain yang dihubungi selepas itu, saya boleh mengagak orang yang melakukan kerja tak masuk akal ini.
Sesampai sahaja di Merlimau, bendera dacing sudah bergayutan di merata-rata tempat. Sayang tak sempat ambil gambar, letih benar.
Menariknya, markas PAS juga sudah mula terpacak dengan bendera yang khemah yang tersusun kemas. Dijangkakan pertarungan di Merlimau juga sengit dan menarik.
Sambung cerita tadi. Saya tidak kisah jika saya diaibkan. Ini bukan kali pertama, tetapi entah kali ke berapa.
Cuma, satu sahaja yang dikesalkan, orang yang melakukan kerja itu adalah pemimpin PAS peringkat negeri dan kawasan.
Mengapa saya berani berkata begitu? Kerana apa yang ditulisnya adalah perkara yang dibincangkan di peringkat tertinggi parti. Kalau dia bukan ahlinya, macam mana dia boleh tahu dan tulis begitu.
Jangan salahkan saya kerana mendedahkan perkara ini di sini. Inilah sahaja saluran yang saya ada. Saluran lain semuanya sudah tersumbat dan disumbat.
Tidak mustahil, blog ini akan mendedahkan pelaku perbuatan ini jika itu membawa kebaikan kepada jamaah.
Tungggguuuuuu…….Namanya bermula dengan abjad… ehem… ehem…!
12 comments:
dedahkan je ustaz nama orang yang dok buat kerja macam ni. ni lah kerang busuk dalam pas perlis. bukan buleh simpan orang macam ni.hanya merosakkan jemaah saja kalau simpan orang macam ni usatz.
ust zol, bertaubatlah sebelum terlambat.
blog ini dan tulisan seperti ini hanya mengundang perpecahan, serangan peribadi dan perbalahan sesama sendiri.
apa yg mereka buat kat ust zol itu saya percaya bermula di blog ini sendiri.
sedih melihat musuh Islam sedang mentertawakan kita.
sedarlah, fitnah dajjal sedang melanda kita.
sebelum ni bila baca blog ni memang tertarik dengan penulisan yang ditulis.. tetapi akhir2 ini rasa bosan dengan penulisan yg ditulis sebab balik2 isu yg sama.. isunya PAS Perlis... balik2 isu PAS Perlis lagi.. tulis la isu2 semasa yg lain pulak.. isu2 dakwah ka...
Salam ustaz,
agak2 orang tu duduk di kawasan DUN mana?
atau solat Jumat di masjid mana?
bagitau klu dah la.
tak bagitau abjad awal pun takpa.
Org yg tulis tu ustaz mmg org yg bacul,setahu saya pendidikannya pun tak setara mana. Pekerjaannya pun, erm klu jamaah tak bagi ruang mungkin dia tak ada punca pendapatan. Pendekkata dia mmg melobi jamaah agar dia terus di terima dan terus makan budi jamaah. tp yg bestnya org ni ustaz, dia ada 'bela' sorang yg akan cover dia klu ada yg cuba memperbaiki kesilapannya,alah mcm kasim patolan (penasihat 25%) Hahahaha "telahan ku benar belaka" tapi nasihat saya, ustaz relax and cool.kita tgk dia menari macam mana,klu dia canggung kita pancung,klu dia inang kita teniang. lambat laun dia sendiri akan tinggalkan negeri Perlis ni bila dia dah tak laku di sini.
Ahli PAS kaw Padang Besaq.
Anonymous February 21, 2011 10:51 PM,
Kalau dah bosan dengan isi blog ni senang je, tak payah dok baca dan dok buka.
Elektrik pun tak habis... tak gitu?
Anonymuos February 21, 2011 10:53 AM,
1.Sepatutnya awak suruh orang yang buat kerja surat layang tu yang bertaubat. Bukan suruh saya.
2. Perpecahan dalam jemaah? Adakah saya yang memulakan? Ho Ho Ho...Jawab saja apa yang saya bangkitkan, jangan main sorok-sorok macam budak-budak sekolah rendah. Kalau berani jangan berlindung di sebalik anony.
3. Kalau betul sayangkan jemaah, buatlah sesuatu untuk memperbaiki jamaah. Jangan simpan dalam jamaah kaki bodek, kaki buat surat layang, kaki buat fitnah... ada faham?
Anonymous February 22, 2011 11:45 AM,
Orang tu duduk dalam kaw padang besar. DUN mana? Tunggu dulu... kalau dia buat lagi kerja terkutuk ini.... kita londeh jelah... kita kenal semua orang yang buat kerja macam ni... Mereka selamat sebab mereka berlindung di balik tembok batu yang kukuh....
Ahli PAS kaw Padang Besaq. Sebenarnya kita sayangkan PAS. Pemimpin boleh datang dan pergi, boleh naik dan turun tetapi PAS tidak boleh dibiarkan tersisih daripada arus yang diinginkan oleh masa=yarakat. Semua ahli PAS tidak pernah minta dilayan tetapi semua ahli PAS hendaklah diberi peluang untuk menyumbang kepada jamaah selagi terdaya. Tidak mengapa, saya tidak kisah sangat dengan kedudukan saya, berjawatan atau tidak, apa yang penting ialah PAS tidak boleh dibiarkan dikuasai oleh mereka yang berkepentingan peribadi. Itu sahaja.
inilah tulisan org yg dah tak laku di perlis.
mcm gila talak a.k.a meroyan.
inilah jadahnya bila tak duduk dalam jamaah....setan senang hasut.
ha3.. hebat r pembuat surt layang dan penyebar fitnah tuu.. depa ni pn berorganisasi rupanya.. siap ada "cover" lg.. ha3.. takot ter'kantoi' laa tu buat benda x elok... haih, apa laa nk jd kat depa tuu..
anonymous february 24: ha3.. hang takot laa tu.. org dh tau sapa hampa.. tu laa, buat kerja keji dan terkutuk mcm ni sapa suruh..
jgn risau anonymous february 24, just wait n see.. it's just a matter of time that'll expose all this deeds... the truth will be known..
Kalau dah bosan dengan isi blog ni senang je, tak payah dok baca dan dok buka.
Elektrik pun tak habis... tak gitu?
inikah reaksi ustaz??? hampa betul saya bila diberi jawapan sebegini...
Post a Comment