Tak tahu macam mana nak jawab bila ditanya, “Mengapa TGHH peluk Najib di Sarawak?” Bukan tidak ada jawapan tetapi jawapan itu akan memungkinkan seribu andaian lain. Akhirnya, ambil keputusan diam sahaja.
Berpeluk bukan tidak boleh. Cuma ketika TGHH belum terlepas daripada dibelit dengan isu-isu sensitif sebelum ini, tindakan TGHH itu terus mengundang polemik.
Dipercayai, kalau TGHH peluk Lim Guan Eng atau peluk Khalid Ibrahim, tentu itu tidak membawa apa-apa masalah. Bahkan orang PAS dan PKR akan gembira dengan tindakan itu kerana peluk melambangkan keakraban.
Tetapi apabila TGHH peluk Najib, itu melambangkan apa? Keakraban juga? Atau, bagaimana? Ini yang menjadikan orang PAS kadang-kadang sesak nafas.
Orang PAS sayangkan TGHH dan mereka tidak rela sebarang keadaan yang menjatuhkan wibawa TGHH. Diyakini orang PAS tidak akan rela sebarang perkara buruk menimpa TGHH dan mereka sentiasa mendoakan kesejahteraannya.
Namun, kadang-kadang tindakan spontan atau di luar jangkaan TGHH menjadikan mereka mengeluh sendirian. Mereka tidak menyangka buruk dengan apa yang dilakukan oleh TGHH, cuma tindakan spontan itu menjadikan mereka kelu lidah untuk membela TGHH dalam situasi tertentu.
Memeluk Najib tidak membatalkan wuduk apatah lagi berdosa. Cuma, dalam keadaan semua orang tahu Najib dalam keadaan kelemasan, pelukan TGHH itu memungkinkan pelbagai tafsiran. Lebih parah lagi jika ada yang menganggap pelukan itu adalah lanjutan kepada beberapa isu PAS – Umno yang membelit TGHH sebelum ini.
Walau bagaimana pun, mudah-mudahan pelukan TGHH itu tidak disensasikan oleh Umno atau sesiapa sahaja. Kalau disensasikan juga, tentu sukar bagi orang PAS untuk mencari jawapannya.
21 comments:
Jangan peluk Rosmah dah lah syeikh..
Alhamdulillah.. Tok Guru peluk musuh utama politiknya. Akhlak yg sangat besar. Tok Guru selalu sebut, kita lawan umno bukan kerana batang tubuh umno, tp kerana iktikad mereka yg salah...
Ini baru akhlak pejuang... moga kita sbg pejuang prebet pakat2 tiru akhlak mcm ni. Dakwah dalam persaudaaan.
ana pun terkejut bila tengok berita tv3 mlm tu.
TGHH yang nampak bersungguh-sungguh sangat nak peluk najib.
Mcm dah rapat sangat....
peluk ucap tak selamat jalan BN kot....
apa masalah? jangan memikirkan sesuatu yang negatif.
konpom si bayu senja ni anak murid idris ahmad, guru wala" sedunia
Ahklak emende ni?
Akhlak nak melingkup PAS lani.
biarlah PAk HAdi tu peluk Najib..,,kan bagus berbuat baik..,,islam sesama islam bukan kah tu terbaik..,adoyai..,,Najib org isam malah Tuan HAdi pun org Islam..,,Salah ke nk berbuat baik..,,dlm islam kan tak menolak,.,..
apa salahnya..... mereka ni kan sesama islam dan melayu, walaupun dari segi politik mereka berbeza idiologi. namum atas sebab islam apasalahnya... islam kan bersaudara....... org pas ke umno ke jangan la negatif sangat ngan isu peluk2 ni....... kan bagus Pas dan Umno bersatu membentu satu parti melayu islam terbesar di malaysia.... tinggalkan parti2 kafir. biar parti kafir menjadi pebangkang dan islam dan melayu menjadi peneraju negara bumi tercinta Malaysia !!!! AMIN !
What is the problem here?
Hadi cuma peluk najib and saling bertanya khabar bukan Hadi liwat Najib or Najib liwat Hadi
Takde issue pun ? - apa da.....bukak sikit minda..... bagus orang melayu begini walaupun berbeza fahaman politik bila berjumpa tetap tegur mesra. sekurang-kurannyanya memberi contoh kepada politician muda that politican yang dah berusia begitu profesional sekali.
once again APA DA! kicik punya hal! nak kasi sensasi...
p/s: nak kasi glamor blog ke?
utusan 13 apr 2011 kata, "menunggu saat perpaduan".
byk benda leh cita ustaz oi..lebih besar lagi..dok karuk benda yg org xgaduh pasai apa..
Alhamdulillah, shukur kepada Allah, biarkan mereka berpelok. kan tu bsgus..niat yang baik itu perlu disokong, janganlah pula diekploitasikan sehingga menjadi sensasi. Kita semua melayu dan islam...perlakuan dan perbuatan yang baik itu kita pakat-pakat sokong ramai-ramai ..dan yang lebih bagus tu kalau penyokong UMNO dan PAS berjumpa di mana-mana pun, di surau, di Masjid, diPekan Sari, di tempat kempen, di mana-mana sahaja, biarlah peluk-peluk, janganlah keji mengeji, jueh menjuueh...kan tak sedap mata memandang, tan enak telinga mendengar..tambahan lagi ramai mata yang memandang, terutama orang-orang yang bukan islam...inikah akhlak islam yang dema perjuangkan...!!!Bak kata adik Dr. Riduan Tee Abdullah dalam Radio IKIM..kalau dia lihat kelakuan dan tingkah laku orang-orang melayu...nampaknya tak masuk islamlah dia...Burok sangat, tapi Alham dulillah dia masuk islam kerana banyak membaca tentang apa itu islam yang sebenarnya. Jadi biarlah TGHH dan Dato'Najib Mulakan persatuan Ukhwah ini dengan peluk-peluk dulu kemudian kikta pakat sokonglah ramai-ramai, kemudian tu diusahakan pula dengan duduk semeja, cakap baik-baik, cakap ikhlas-ikhlas, mari kita bincang tentang bangsa dan umat melayu islam kita...apa ka hai ni....dok gadoh sama sendiri...saya rasa TGHH masih mempunyai rasa kasih sayang sesama islam di hatinya kepada Najib, sebab itu dia peluk...Najib pula tentulah juga mempunyai perasaan kasih sayang kepada sesama bangsa dan agama, sebab itu dia tidak menolak...Alangkah manisnya kelakuan saperti itu, kan nampak harmoni, kan nampak nur kasih sayang itu serupa saperti yang dituntut oleh islam ....betul tak.
Alangkah bagusnya sekiranya melayu UMNO dan Melayu PAS duduk dalam satu barisan, memperkemaskan pasukan sama-sama melawan dakyah zionis, dakyah kafir laknat yang membuat berbagai-bagai cara, helah, muslihat, tektik dan teknik bagi menghapuskan islam...? Wahai UMNO dan PAS...Tuhan kita adalah sama ia itu Allah, kitab kita adalah sama ia itu Al-Quran, Kiblat kita adalah sama, ia itu Kaabah, pengakuan kita adalah sama ia itu Syahadah....apa lagi yang berlainan antara kita....? tiada sebenarnya..tiada, yang ada tu sengaja diada-adakan, tetapi mengapa kita harus berpisah dan bermasam muka, memusnahkan antara satu sama lain....?Ya Allah ku memohon rahmatmu, ku memohon pertolonganmu, satukah kembali hati-hati kami Melayu islam, China Islam, India Islam dan bangsa-bangsa lain yang islam agar bersatu hati atas kalimah Lailahaillallah, MuhammadarraRasulullah...Satukanlahkami atas Kalimah islam agar kami dapat menegakkan islam atas bumimu ini......
Amin. 18 April 2011 12:20
Menanti detik perpaduan
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm0
apa la bro
“Peristiwa yang dikatakan mencuit perhatian ramai ketika kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 itu berlaku ketika kedua-duanya bertembung semasa berkempen di Pekan Pusa, Betong pada Rabu lalu. Beberapa hari sebelum itu, media juga menyiarkan gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Najib dalam majlis perasmian Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Industri Automotif Pekan, Pahang.
Di dalam politik sudah tentulah, dua senario ini mendapat perhatian apatah lagi apabila ia membabitkan pemimpin dari dua parti besar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas. Sememangnya sejak dulu lagi, ramai yang ingin melihat persengketaan antara dua parti besar tersebut berakhir.”
1. kehadiran tgna dalam majlis kompleks pemasaran setempat, taman industri automotif pekan, pahang adalah di atas kapasiti beliau sebagai mb kelantan.
2. kehadiran tghh dalam kempen prn Sarawak adalah di atas kapasiti beliau sebagai presiden pas yang menghormati najib sebagai pm.
kedua2nya cuba dijadikan alasan kononnya “ramai yang ingin melihat persengketaan antara dua parti besar tersebut berakhir.” zulkifli bakar adalah “pakar” perpaduan kerana beliau tidak ketandusan idea membuat liputan mengenai “perpaduan” pas-umno. dia pasti ada saham dalam “kerajaan perpaduan” ini.
hadi tidak mampu memperjelaskan secara mendalam berkenaan “kerajaan perpaduan” yang dilontarkannya. membaca tulisan2 zulkifli bakar menggambarkan bahawa beliau lebih tahu mengenai “kerajaan perpaduan” ini. seolah2 “kerajaan perpaduan” sinonim dengan zulkifli bakar. mungkin idea “kerajaan perpaduan” ini milik orang lain yang dipersembahkan kepada hadi yang terus menerima pakainya tanpa merujuk kepada ajk pas pusat bersandarkan nasihat dari penasihat2 beliau, setiausaha agong dan timbalan presiden. ketiga2 mereka inilah yang telah “membeli” idea untuk menyelamatkan paklah. semasa mempertahankan “pertemuan dalam gelap”, timbalan presiden pas berhujah bahawa ia bukan untuk membawa pas masuk umno (macamlah ahli2 pas semuanya bodoh!).
kehadiran tgna yang cuba dijadikan penyedap dan pelunak kek “perpaduan”, insya’ Allah mudah ditolak. namun pertemuan hadi-najib mampu memberi saham untuk menimbulkan rasa curiga pengundi terhadap pas. itulah matlamat sebenar yang mahu diraih umno menjelang pru13. ia bukan sangat pasal “perpaduan”. ia lebih kepada biar pas lingkup asal umno berjaya.
“a picture tells a thousand words.” perhatikan gaya hadi bersalam dengan najib serta air muka hadi. usahlah bercakap pasal dosa2 umno kepada negara dan rakyat kerana semuanya akan terhapus dengan “perpaduan” pas dan umno. jika tidak, kenapa hadi tidak berhati2 dengan tindak-tanduknya, membuka sebanyak mungkin ruang untuk ‘mainan’ media arus perdana? ya, the picture really tells a thousand words.
selamat bermuktamar pas.
wallahu’alam.
Bilamana hati dah lama gelap..
Dakwah berputik dengan kebencian..
Inilah jadinya..
tu lah hebatnya akhlak pemimpin kita..ustaz pun kena tiru mcm tu.. jgn dok ####### harap org ja tegur kita
Post a Comment