Tuesday, April 12, 2011

Monolog Omega

Namaku Omega. Aku bukan seperti orang lain seperti Casio, Tag Heuer, Rado, Rolex, Swatch, Chrocodile atau Puma. Aku sangat istimewa kerana khabarnya, Neil Armstrong memakaiku ketika menjejakkan kakinya ke bulan.

Aku juga disifatkan sebagai jam paling tepat waktunya. Kawan-kawanku yang lain kadang-kadang nyanyuk juga walau pun masih muda. Justeru, aku dikagumi dan sering dijadikan hadiah istimewa terutama kepada pembesar-pembesar.

Akhir-akhir ini, di sebuah negara ‘Islam’ yang ada kilang arak, namaku sering disebut. Pada mulanya aku kurang pasti sebabnya, bahkan aku merasa pelik. Wartawan sebut nama aku, blogger sebut nama aku, aku sering ditanya kepada Uncle Google.

Menariknya, Uncle Google tidak pernah mengecewakan mereka. Gambar aku dipaparkan. Semua orang puas kerana rupa aku memang menawan. Kebanggaanku bertambah. Kalau dulu aku hanya ditatap oleh orang-orang berada sahaja, kini aku ditatap oleh semua orang.

JKKK, tok penghulu, penarik beca, drebar teksi, tukang sapu, tukang bancuh simen, turut menyebut-nyebut namaku. Memang aku pelik, mengapa semua orang menyebut namaku? Walau pun hidungku kembang-kempis, namun kadang-kadang aku naik meluat kerana ada yang menyebut namaku itu tidak gosok gigi. Mulut busuk.

Sekarang aku menjadi bahan kontroversi. Aku dikatakan ditinggalkan oleh tuanku di bilik yang terpapar dalam video yang dipromosikan oleh ‘Tiga Boroi’. Tuanku menafikannya. Isterinya berkata, aku berada di tangannya.

Aku geram apabila wartawan meminta aku ditunjukkan kepada mereka kalau benar aku tidak ditinggalkan di dalam bilik video tiga boroi berkenaan. Tuanku berkata, buat apa ditunjukkan kepada mereka, itu bukan satu keperluan. Beliau hanya bersedia menyerahkan aku kepada polis, itu pun jika diminta.

Aku cuma jam. Aku boleh dipindahkan, dicuri atau disalah letak. Orang boleh curi aku, letak dalam bilik video tiga boroi tu dan macam-macam lagi. Aku tidak boleh buat apa-apa sebab aku tidak punya daya sendiri untuk bertindak.

Apakan dayaku, aku dihadiahkan kepada orang itu. Kalau aku dihadiahkan kepada PM negara ‘Islam’ sekarang tentu aku tidak berhadapan dengan situasi ini. Atau, setidak-tidaknya, aku dihadiahkan kepada ‘First Lady’, tentu aku tidak akan menghadapi semua ini.

Namun, kalau aku diberi pilihan, aku tidak mahu menjadi hadiah kepada PM negara ‘Islam’ itu. Aku tahu dia bukan bersih, cuma dia tidak disiasat. Kalau dia disiasat macam tuanku disiasat, aku percaya rakanku yang dipakai oleh PM itu akan menjadi mangsa seperti aku.

Aaaahh, aku faham mana orang berani siasat PM negara ‘Islam’ tu. Ya, dia ada kuasa walau pun aku tahu kuasanya akan hilang dalam tempoh terdekat. Aku dengar di Sarawak, PM itu sudah mula ketar lutut kerana sambutan orang ramai kepada tuanku dan rakan-rakannya.

Aku tidak mahu hidup bersama PM negara ‘Islam’ itu. Aku lebih rela hidup bersama tuanku yang difitnah dan ditohmah itu. Aku lebih rela hidup bersama keluarganya kerana bagiku, seteruk mana pun mereka ditohmah, difitnah, dinista, mereka tetap idolaku.

Aku yakin orang dalam video itu bukan tuanku. Aku kenal benar tuanku. Beliau memang tidak maksum, tetapi aku yakin beliau bukan seperti apa yang ditohmah oleh puak-puak PM negara ‘Islam’ itu.

Namun aku tetap Omega. Aku bukan siapa-siapa.

6 comments:

Anonymous said...

aku akan sembahyang hajat dan baca yasin minta perut pelakun tuanku pecah agar kebenaran tuanku terserlah. marilah kita pakat-pakat sembahyang hajat dan baca yasin minta pelakun sial tu mampus.

Anonymous said...

liwat dan video seks doh jadi agenda parti politik tertentu di negara islam paling maju didunia skrg ini.

Anonymous said...

salam,

beberapa soalan daripada rakyat marhaen,

1.adakah fahaman islam hadhari menghalalkan fitnah dan video lucah? kitab mana yang depa baca?

2. apakah si penzina seperti rahim tomboy cik terlepas daripada hukuman walaupun terbukti berzina disebabkan beliau penyokong manhaj islam hadhari?

3. jika paklah pengasas islam hadhari, siapa pulak pengasas arak dan judi hadhari?

mohon penjelasan para mufti dan "tok peti".

Black said...

http://www.tv3.com.my/beritatv3/ekslusif/Tak_Pernah_Tuduh_PM_Dan_Isteri_Terbabit_Kes_Altantuya_Raja_Petra.html


Banyak-banyakkan bersolat hajat lagi ye....

Black said...

Dari Sayyidina Ali ;
"Penghancur punggungku di dunia ini ada dua orang, iaitu orang yang pandai berbicara namun dirinya seorang yg fasik dan orang yg bodoh namun selalu tekun beribadah. Yang seorang akan membela kefasikan dgn lidahnya sedangkan yg seorang lagi akan membela kebodohan dgn ibadahnya. Berhati-hatilah dari para cerdik pandai yg fasik dan para ahli ibadah yg bodoh. Kerana mereka adalah sebesar-besar fitnah bagi setiap orang yg mudah terpedaya."

Contoh fasik pandai spin tu..daje Anwar
Contoh bangang yg rajin ibadah tu pulak...hang la ustaz oi...

Anonymous said...

Wahai Omega...kenapa pulok mu bawak 'surat beranak' mu kesana-sini. Sekarang surat beranak mu ada di tangan orang...tapi betul ke itu 'surat beranak' mu? Takkan Tuanku tunjuk kat org merata 'surat beranak' mu tu...

yang tertanya-tanya - CASIO