Thursday, April 7, 2011

Pelajar Maut: Apa PAS Perlis Perlu Buat?

“Sekolah rakyat di Jejawi, sekolah mana satu”? Tanya seorang peniaga nat kepada rakan niaganya. “Alah… sekolah PAS tu.” Jawab rakannya.

Mahu tidak mahu, kejadian kematian pelajar sekolah rendah yang dikatakan dipukul warden asramanya baru-baru ini perlu ditangani oleh PAS Perlis. Jika itu suatu kepincangan, maka kepincangan itu patut ditanggung oleh PAS, khususnya PAS Perlis.

Di laman FB, ada rakan yang menyebutkan secara langsung nama sekolah berkenaan. Walau pun ada rakan FB juga yang melarang rakan FB-nya menyebut secara langsung mengenai perkara itu, rasanya masyarakat telah pun tahu dan tetap akan tahu bahawa sekolah itu adalah milik PAS Perlis.

Sesiapa pun tidak mahu perkara sebegitu berlaku apatah lagi apabila melibatkan nyawa. Jika sekadar kecurian wang sesama pelajar, tidur di atas bumbung asrama, mengoyak dawai pagar, lari malam, mengorat di bawah tangga bangunan sekolah, ponteng solat berjemaah, semua itu bukan perkara pelik.

Bukan sahaja di sekolah rakyat, ia turut berlaku di sekolah kerajaan. Bukan sahaja di sekolah PAS, jika Umno ada sekolah pun, semua itu akan berlaku.

Sekolah adalah tempat mendidik manusia. Mustahil di suatu tempat manusia di situ semuanya ‘wali-wali’ belaka.

Namun kejadian melibatkan nyawa tempoh hari sangat mengejutkan. Mereka yang tidak pernah mengambil tahu mengenai kewujudan sekolah itu pun akan turut mengambil tahu. Bahkan, tentu ada yang akan mencari-cari maklumat tambahan mengenai sekolah itu dengan pelbagai tujuan, baik atau buruk.

PAS Perlis tidak dapat lari daripada mengambil tanggungjawab. Jika mana-mana sekolah PAS beroperasi dengan baik, PAS berbangga dengannya, tentulah wajar juga apabila institusi itu bermasalah, bebannya perlu ditanggung oleh PAS.

Adakah imej PAS Perlis akan tercalar dengan kejadian itu? Belum dapat dipastikan. Saya belum mendengar orang memburukkan PAS atau pemimpin PAS dengan kejadian itu.

Bagi orang PAS, kejadian itu sedikit pun tidak melunturkan sokongan mereka kepada PAS. Bagi orang Umno pula, kejadian itu mungkin menjadi peluru percuma kepada mereka untuk memburukkan PAS. Sama ada kejadian itu mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada PAS atau tidak, mungkin suatu kajian khusus perlu dilakukan.

Bagi saya, PAS Perlis tetapi tidak boleh membiarkan kejadian ini berlalu begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu. Jika kita bertegas terhadap Umno dalam kejadian-kejadian besar termasuk mendesak para menterinya meletakkan jawatan, maka kita juga perlu bertegas dengan kejadian besar yang berlaku di dalam parti kita sendiri.

Saya tidak bermaksud supaya orang PAS mendesak sesiapa meletakkan jawatan tetapi maksud saya ialah suatu penilaian semula atau semakan semula perlu dilakukan terhadap pentadbiran sekolah-sekolah yang dimiliki oleh PAS Perlis.

Saya ada satu pandangan peribadi dalam perkara ini iaitu bebaskan sekolah PAS daripada pengaruh politik PAS. Sebenarnya ini bukan persoalan baru, tetapi telah dilontarkan beberapa kali, namun lontaran itu berlalu begitu sahaja.

Memang sekolah PAS ditubuhkan oleh PAS, sebuah parti politik. Namun itu tidak bermakna persoalan pendidikan juga perlu dipengaruhi oleh politik. Sekolah-sekolah PAS tidak boleh lagi diletakkan di bawah lembaga tadbir yang dipengerusikan oleh pemimpin PAS negeri atau peringkat lain.

Institusi pendidikan perlu ditadbir oleh mereka yang berkeahlian dalam bidang itu. Pengerusi lembaga tadbirnya tidak boleh lagi pesuruhjaya PAS negeri atau timbalannnya atau mana-mana pimpinan peringkat perhubungan negeri.

Pengerusi lembaga tadbirnya hendaklah seorang pendidik yang berpengalaman luas, begitu juga dengan keanggotaannya. Keputusan-keputusan berkaitan sekolah itu perlu dibuat oleh mereka yang berkeahlian dalam bidang itu, bukan oleh kuasa-kuasa politik.

Mungkin wujud kebimbangan, jika sekolah itu dikeluarkan daripada pengaruh politik PAS, terjaminkan pelajarnya akan menyokong PAS apabila tamat pengajian nanti?

Jawapannya mudah. Sebenarnya bukan semua pemimpin dan ahli PAS keluar dari sekolah PAS. Mereka keluar dari pelbagai latar belakang sekolah. UUM Sintok yang dahulunya disebut sebagai Universiti Umno Malaysia, kini melahirkan ribuan penyokong, ahli dan pemimpin PAS. Jadi PAS tidak perlu bimbang perkara ini.

* * * * *

OK, oohhhh terpaksa berhenti di sini kerana terpaksa bersedia untuk ke Melaka. Ada program besar di sana. Saya akan memberikan komen lagi bila berkesempatan. Harap-harap orang yang buat surat layang mengenai saya tidak marah dengan pandangan ini.

Kalau marah, nanti kena jual. Tak begitu Mr K.

------------------------------------------------

12:40 pm - sebelum makan tengahari.

18 comments:

Anonymous said...

Orang yang buat surat layang tu pengecut..ajak berdebat tak ada ilmu ajak bertumbuk jenis tak dak teloq.

Kalau saya senang saja. saya akan kata pukimak hang...

cucu datok mandaliar said...

klu org yg waras takkan sanggup dera budak yg masih kecil sampai mati,dulu cucu aku 2 org belajaR KAT SEKOLAH TAHFIZ YG DI KELOLA KAN OLEH AHLI2 PAS,selalu bila cucu aku balik,mesti ada tanda tanda kena sebatan.....ni apa ni....kau org ustaz...pas pulak tu....takde otak ke....betul org cakap PAS tu betul tapi ahli pas ramai yg sombong dan bongkak....mcm mana nak suruh org undi PAS....mcm mana pas nak menang....klu presiden pas sendiri sombong.....klu tidakkkk......takkan aduka taruna di belasah di RUSILA.....depan presiden pas pulak tu

Anonymous said...

tak kisahlah kalau anak keluaran pas tak sokong pas. anak-anak di sekolah pas dididik mengenal tuhan. pas pula berusaha memenuhi tuntutan tuhan. bila anak-anak ini besar, mereka melihat tapak untuk melaksanakan apa yang mereka pelajari telah tersedia. lagipun, kalau ada anak keluaran pas yang sokong umno, itu adalah tukaran kepada anak umno yang sokong pas

marilah kita cuba keluar dari istilah pas mempolitikkan pendidikan. semoga suatu hari nanti umno tak rasa bersalah untuk hantar anaknya ke sekolah pas, dalam hati dia berkata: tak pa kot...

Gedung Akal said...

Setuju...sekolah PAS sepatutnya diurus oleh profesional pendidikan agar lebih menepati kehendak pendidikan bukannya kehendak parti politik semata-mata!

Paksu Ki said...

Yang berlaku sudah berlalu, yang perlu dirungkai oleh semua pihak yang terlibat ialah sistem yang ada perlu diperkemaskan. Kewujudan sekolah PAS sebagai alternatif kepada sekolah venukular. Komitmen dan azam untuk menubuhkan sekolah agama rakyat perlu dipuji. Kesempurnaan perjalanan sekolah agama rakyat perlu ditingkatkan. PAS perlu kepada tenaga muda untuk melalkukan perubahan. Perubahan perlu kepada pengorbanan. Yang pegang jawatan dalam Parti perlu serahkan kepada orang muda bukan menjadi padi batat dalam organisasi

Anak Perelih said...

mungkin nak mencari orang yg berkelayakan akan jadi masalah... kecuali ambil cikgu cikgu pencen... cikgu atau pegawai kerajaan yg berkhidmat lagi tak boleh sebab mereka akan dikenakan tindakan kerana jadi pengerusi sekolah PAS... bukan ustaz tak tau perangai kerajaan UMNO ni... contoh, ustaz Rashid masa mengajar di sekolah Sains Behoq Pulai tu... dia kena tukaq sebab ada cikgu kuat UMNO di sekolah tu komplen... ambik bekas wakil rakyat/pemimpin pas.. mereka masih lagi aktif walaupun tak pegang apa jawatan pun... ambik ahli perniagaan... mereka akan dicop org PAS dna akan menerima tekanan dari kerajaan UMNO...

kejadian ni berlaku ketika Perlis kena bah kali ke 2 dalam masa 5 bulan.. ramai yg tertekan... perabot baru beli rosak kena air.. rumah macam tongkang pecah padahal baru cucu... kereta rosak randuk / tenggel;am dalam air...

Mak penakan saya sendiri kena maki di pasar malam kangaq dgn org yg dh tak betoi pasai bah ni... (org tu ada mention kereta dia kena randok air bah)... mungkin ustaz tu pun mental dia terjejas masa tu... tu yg dia naik hantu masa pukui budak tu...

Zolkharnain Abidin said...

Jika ada kesempatan saya akan mengulas komen-komen di atas mengenai sekolah PAS.

MITC, Ayer Keroh, Melaka

Anonymous said...

Pada mula isu ni timbul...bukan main hebat pnganut pas hentam kerajaan dan guru guru krajaan...tapi selang beberapa hari bila dibetitakan sekolah ini adalah sekolah pas...puak puak pas pakat senyap sunyi malah cuba utk divert isu dan cuba utk tidak membangkitkan isu ini diperingkat nasional...nampak sgt pas parti munafik....parti yg mengajar org erti kurang ajar....pas parti liwat dan parti sekutu kafir harbi DAP....diikut tak boleh...di ajar tak boleh.....eloklah sampai bila bila pas jadi pembangkang

musafirah said...

Pendapat ana..PAS tidak mempolitikkan pendidikan... dan tak menjadi masalah ahli politik mentadbir sek.. malah lebih baik...sbb ramai juga ahli plitik berasal dr seorg guru..antara sebb berdasarkan pengamatan ana..

1. PAS kurang serius memperkasakan pengurusan pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah..sebagai contoh PASTI. terdapatnya PASTI PUSAT yang mengelola seluruh PASTI di MALAYSIA..adakah PAS mempunyai Jabatan atau Unit Khas yang menegelola sistem pendidikan sek ren dan men? Justeru sistem satu aliran ini mampu mendisiplinkan guru dan murid..

2. Guru2 sekolah PAS perlu kepada kursus2 yang mampu memberi kesan kepada konsep 'mendidik' .. bukan mengajar semata2...

3. Setiap sekolah perlu ada kaunselor..

wallahu'alam...
klu salah tolong betulkan...

org muda

Antibarua said...

Inilah satu2nya blog Pro PAS yyang membawa isu kematian adik Saiful dgn tujuan untuk bermuhasabah diri. Tahniah diucapkan. Blog lain sibuk dengan PRN Sarawak. Apapun sebabnya kejadian sudah terjadi dan menjadi kes polis.

Al Fatihah utk adik Saiful, 7 tahun dan anak yatim.

jiwa_76 said...

ustaz dok perli MR K dia nk buka komputer pun xtau hehhehe..nak buat surat dalam intenet x pandai tu yg jenis edar2 tu

Anonymous said...

http://kasturi89.wordpress.com/2011/04/11/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya/

anak pauh said...

ulasan yg menarik

Shamsul said...

Setuju, Sekolah PAS perlukan pengurusan yang lebih profesional. Masalah ini boleh berlaku di mana-mana. Tanpa pengurusan profesional, inilah jadinya. InsyaALLAH.

Anonymous said...

saya bersetuju dgn pendapat bernas drpd ustaz zul...ygmana idea beliau sama dgn idea saya...seharusnya Pas Perlis bertindak secara profesional bkn dengan emosional dlm kes kematian adik saiful syazani...Kita sebagai org Islam sepatutnya berfikir..Kenapa hal ini berlaku di dalam kawasan sekolah Sri Al-furqan?bukan di MADi?Jika kita renungkan sejarah SRI Al-Furqan....memang byk masalah yg timbul di bawah pentadbiran mudirnya yg dikatakan anak murid Ustaz Hasyim Jasin...Hebat..Hebat...Tetapi..kali ini wlaupun msh ada kesilapan besar dlm kes ini.Kenapa Ustaz Hasyim Jasin mesih memejam matanya...tak terfikirkah..apa yg di lakukan oleh anak muridnya itu yg dikatakan hebat??Persoalan disini...Kenapa pendidikan di sekolah Pas masih ada unsur politik dan nepotisme??sedangkan kita ahli2 pas sering menuding jari kepada kerajaan UMNO apabila ada unsur politik dlm pendidikan...cubalah bermuhasabah bersama2...Kenapa hal ini berlaku dan terus berlaku dlm pentadbiran pas Perlis...semua masyrakat di Perlis menunggu dan melihat..PERMAINAN APA YG SEDANG BUAT OLEH PENTADBIRAN PAS PERLIS DLM KES INI...tepuk dada tanya iman kita...

Anonymous said...

saya setuju dgn ustaz zul-kenapa Pas Perlis x ubah pentadbir sek furqan yg baru dlm kes ini??itulah dikatakan-pendidikan dah menjadi politik dan wujudnya kronisme......jgn pndang remeh pndapat ini..mgkin suatu hari anak ustaz hasyim atau anak mudir itu sendiri kena pukul dgn org lain pula...siapa tahu..hukum karma akan berlaku apabila tiba masanya...

Anonymous said...

pengurusan/pentadbir sek tu kna tkar org lain...dah lama dahh...byk masalah yg tmbul...tapi x ngaku kelemahannya...bila Pas nak menang di Perlis?tepuk dada tanya selera..

Anonymous said...

apa pun nawaitu kena betul...jgn masukkan politik dlm pendidikan..akan tiba masa kehancurannya...