Saturday, May 14, 2011

Adakah Pengundi Terkenangkan PAS?

Orang memang bencikan Umno, tetapi mengapa mereka susah untuk mengundi PAS?

Soalan di atas mungkin kurang disenangi oleh sebahagian orang PAS. Tambah-tambah lagi isu-isu semasa menolak Umno ke dinding. Parti itu semakin terdesak dengan beberapa taktik serangan yang kurang menjadi. Umno terdesak dengan isu Kristian dan isu video Datuk T.

Walau pun terdesak begitu, belum tentu orang tidak akan mengundi Umno dalam PRU akan datang. Isu-isu sebelum PRU seperti tenggelam menjelang PRU. Tenggelam dengan sogokan, ugutan, rayuan dan kenangan bersama Umno.

Kenangan? Ya, orang biasanya mengenang Umno yang berjasa kepadanya sepanjang tahun. Soal jasa itu kecil atau besar, berniat politik atau tidak, itu soal lain. Apa yang penting orang mengenang jasa Umno.

Kenangan menghasilkan undi. Membuatkan orang mengenang bukannya mudah. Kalau sumbangan dihulurkan semasa hampir hari mengundi, itu tidak menjadi kenangan tetapi menjadi juihan mulut.

Umno bijak membuatkan orang mengenangnya. Walau orang tahu Umno jahat, tetapi undi tetap diberikan kepada Umno kerana orang mengenang jasanya. Orang terlupa kejahatannya Umno kerana terkenangkan jasanya.

Cuba fikir, mengapa orang terus sanggup mempertahankan Anwar? Salah satunya kerana orang mengenang jasa Anwar semasa dia dalam Umno dulu.

Orang Permatang Pauh mengundi Wan Azizah, bukan kerana susuk dirinya tetapi kerana orang terkenangkan Anwar. Orang di situ terlalu banyak kenangan dengan Anwar sehingga tidak terlupakan.

PAS parti baik, tetapi orang tidak nampak kebaikan PAS. Tidak banyak yang dibuat oleh PAS supaya orang mengenangnya. Bukan PAS tidak punya jasa, tetapi PAS tidak berupaya membuat jasanya itu dikenang sepanjang masa.

Mengapa orang kurang mengenang PAS? Entahlah, mungkin kerana PAS lebih meminta daripada memberi. Meminta tidak salah, tetapi orang lebih mengenang PAS kerana meminta bukan mengenang PAS kerana memberi.

Bagi saya, selama mana orang tidak mempunyai kenangan dengan PAS, mereka sukar untuk mengundi PAS walau pun mereka membenci Umno. Parti itu jahat, tetapi orang ada kenangan manis dengan parti itu.

Mengapa orang masih sukakan Shahidan Kassim walau pun dia bukan lagi MB? Sudah tentu kerana orang ada kenangan dengannya. Begitu juga, ada orang PAS Perlis yang boleh panggil Bang Cha saja dengan MB Mat Isa Sabu. Kenapa? Kerana orang itu ada kenangan dengan Mat Isa Sabu.

Mungkin orang itu tidak mengundi Mat Isa dalam pilihanraya tetapi dia tentu tidak sanggup bercakap perkara yang kurang sedap mengenai Mat Isa dalam ceramah kerana dia punya kenangan dengan Mat Isa.

Orang tidak sanggup melukakan hati Tok Guru Nik Aziz kerana orang mengenangkan jasanya dan kezuhudannya. Orang tidak sanggup bercakap perkara tidak baik mengenai Ust Fadhil Noor kerana orang mengenangkan sikap humble dan rendah dirinya.

Simpulnya begini, PAS perlu buat sesuatu supaya orang boleh mengenang PAS. Kenangan menghasilkan undi.

* Gambar di atas sekadar hiasan sahaja.

11 comments:

Kecewa said...

Saya memang benci UMNO tetapi bila PAS jilat sampah UMNO macam Anu arr Ibrahim saya pun benci PAS. Tak ada bezanya PAS dari UMNO... Saya sangat kecewa. Bukan saya sahaja. Ramai lagi....

Waris said...

Pas memang baik dan pandai dalam selok belok agama Islam. Tapi pas tak pandai mendekati orang jahat macam kami. Pas hanya bergaul dengan kelompok orang baik-baik dan menghukum orang jahat macam kami. Kami mengundi pas kerana pas lebih baik dari umno. Pas tak macam umno edar video lucah ke masjid-masjid. Hati kami terbuka untuk orang baik jadi pemerintah. Tapi bukan sekadar baik, orang itu mestilah bijak mentadbir negara sehingga Islam disegani oleh semua agama.

Kami dibesarkan dalam kelompok sekular. Itulah majoriti yang ada di Malaysia. Kami tidak berjubah dan berkopiah. Cara kami lebih selesa berseluar jeans dan ber t-shirt sahaja. Kami berkawan dengan semua golongan termasuk berlainan agama dan kepercayaan. Orang macam kami tidak mampu didekati oleh pemimpin pas.

Hanya golongan ulama yang berjubah dan berserban saja yg boleh memimpin pas. Kalau dikecilkan skop, hanya melayu saja yang boleh pimpin pas. Orang berbaju kemeja dan berseluar jeans tak boleh langsung jadi pemimpin pas.

Cuba buat statistik yang mana lebih ramai di malaysia samada golongan seperti kami atau pak lebai yang berserban dan berkopiah? Bolehkah pas menegakkan negara Islam tanpa sokongan orang yang dilihat jahat seperti kami?

Satu kelebihan umno yang pas tak mampu buat iaitu umno tergolong dari semua golongan yang terdiri dari penyamun, perasuah, perogol amah dan kanak-kanak, pelakon video lucah, tidak ketinggalan golongan seperti imam masjid, nelayan, pemandu teksi serta pegawai kerajaan. Bukan kami sokong perogol jadi pemimpin pas. Tapi kami mahukan pas mendekati serta dakwah golongan sebegini mengenai Islam walaupun dalam IC mereka tercatat agama Islam.

Bolehkah pas dekati semua golongan ini?

Secara ikhlas saya katakan bahawa saya lebih tertarik cara kepimpnan dap di bawah Lim Guan Eng yang lebih teratur serta berdisiplin berbanding kepimpinan melayu Islam di bawah Najib, Anwar atau Hadi Awang. Pemimpin pas tidak mampu mengatur keutamaan yang mana perlu di dahulukan. Yang perlu di dahulukan hanyalah pangkat dato seri bila diangkat jadi MB lepas tu perangai melayu diteruskan. Dapat pangkat dan kedudukan tapi tak tau nak buat kerja walaupun bijak dalam hukum hakam agama. Idea... SEMPUT!!! Hanya berharap idea orang lain yg sama golongan dan latar belakang. Silap gaya akan jadi lebih teruk.

Itulah beza antara penghafal dan pemikir. Ulama meLAYU jadi penghafal isi kandung al-Quran, bangsa lain termasuk golongan kafir jadi pemikir seperti Jepun dan Eropah. Melayu takat jadi expert dalam hukum halal haram saja.

Kesimpulannya... meLAYU tetap meLAYU walau diberi gelaran ulama. Pangkat dan gelaran tetap no 1 kemudian barulah amanah.

Bukankah lebih baik jika ada ulama meLAYU yang jadi penghafal dan pemikir?

kedai kopi simpang 4 said...

to Waris...tu bukan masalah pas..tpi dah otak hg berkarat ngan sekular.. ditanam 50 tahun ngan UMngok..hgpa toksah ok menyamar la..pemikir liberal toksah dok ayat mcm reti..otak mcm hgpa ni..buat tukun ikan ja..ayat hg tulis tu kat IKD berlambak..

to Kecewa jenis hg ni mmg dah lama UMngok..hg xkata kecewa pun aku tau dah.hg UMngok...hg pi tadah kitab..pi ngaji fardhu ain dulu..bab mandi wajib ka..bab lain hg ikut ja org reti..

Anonymous said...

yerp.. golongan muda seluar jeans ditinggalkan.. cuba dekati golongan muda nie.. jangan ingat diorang pakai seluar jeans diorang umno.. dekati mereka.. fahami mereka..

Anonymous said...

To Kedai Kopi:

Kita perlukan pemimpin yang berakhlak dan berjiwa besar. Mampu bersabar utk mendengar luahan orang ramai yang punya latar belakang yg berbeza. Sikap sentiasa merasa betul dan tidak ingin berlapang dada akan menyukarkan dakwah itu sampai pd mad'u. Tunjukkanlah imej PAS sbg parti pemerintah, bukan sbg parti pembangkang lg.

Waris said...

Terima kasih kepada kedai kopi simpang 4. Mungkin itulah akhlak meLAYU Islam sebenar yg ditunjukkan oleh beliau bila berdepan realiti kehidupan. Jadilah penghafal selama-lamanya. Biar bangsa lain yg memikirkan apa yang saudara hafal. Terpulang samada nak berubah atau tidak. Itu hak anda untuk setia kepada sistem yang anda percaya dulu, kini dan selamanya. Setiap teguran dan kritikan sentiasa akan dibalas dengan tuduhan oleh si penghafal yang berotak semput utk berfikir.

Perlu bersumpah ke? Kesian aku tengok meLAYU ni. Darah keris umno tetap mengalir di dalam tubuh meLAYU walaupun memakai baju pas atau pkr.

Jika ini gayanya maka kehidupan meLAYU penyokong pas, pkr atau umno akan sentiasa ditindas selamanya oleh regim umno seperti yahudi zionis menindas puak2 arab.

Tahniah saudara kedai kopi simpang 4 kerana mengekalkan semangat meLAYU yg wala' pada pemimpin anda sama mcam umno wala' pada pemimpin rasuah mereka.

kembara putih said...

Pengalaman dari pilihanraya umum yg lepas, bila ditanya kepada beberapa kawan keturunan India di Selangor kenapa undi PAS, mereka kata undi kerana sukakan Nik Aziz. Bila ditanya kenalkah pada Presiden PAS? Mereka kata tentulah kenal, Presiden PAS tu Nik Aziz. Bila dikata Nik Aziz bukan Presiden PAS, Hadi adalah Presiden PAS, mereka kata tak kenal Hadi. Tengok....Presiden PAS pun mereka tak kenal. Mereka hanya kenal beberapa susuk pemimpin PAS yang RAJIN turun ke bawah.

Anonymous said...

Org melayu tidak mahu mengundi pas bukan kerana tidak mengenangkan pas...tetapi terlalu terkenangkan betapa BACUL nya dan idiot nya PAS itu dlm memperjuangkan agama atas landasan politik....betapa keciwanya muslilmin dan muslimat melihat pas melacurkan agama demi mengejar kuasa....betapa gelojohnya pas dlm berpolitik hingga mengorbankan hak hak muslimin demi menjaga hati pengundi cina....betapa rakusnya pas bila mendapat sesikit kuasa bila bersama pkr....inilah yg org islam selalu kenangkan hingga buat kami tidak akan mengundi pas selamanya...islam itu agama...pas itu parti....jelas bezanya

Waris said...

Kami golongan muda pun serupa. NASIB BAIK baca blog. Kalau tak baca blog haram kami tak kenal siapa hadi. Jadi pesiden tapi macam tak ujud. Sama macam presiden pkr. Jadi presiden pas pun sebab presiden lama meninggal. Kami kenal hadi mula-mula dulu pasal amanat dia yg menggegarkan 1malaysia. Tapi sekarang dok berpeluk dgn umno pulak. Geli geleman tengok video hadi berpeluk dengan perasuah tegar presiden umno.

Maaf... keras sikit.

kedai kopi simpang 4 said...

Pas tidak perlu.kepada daki daki..langkah tetap sama cuma gaya berbeza..cuma proksi anwar dan kuncu2 umno dan yahudi..sering cemburu pada TGHH..itulah realiti..projek 16 september ..penipuan paling besar. hgga naib presiden pas..terpedaya..apatah lagi..penyokong cap ayam..mcm aduka taruna dan pencacainya..org yg berserban dan berjubah..mmg dibenci oleh puak liberal..mcm hari ini..hujah dangkal menjadi isu utama..kerana sorang pakai seluar jeans nak kena rai..ada lagi 10 berseluar jeans yg datang mencari perjuangan ini..kerana seorang cina yg xkenal TGHH..ada 10 ribu org cina yg kenali..

Anonymous said...

Ada banyak lagi kerja lain nak buat dr dok bersembang kat "KEDAI KOPI". Lama sangat kat kedai kopi tu yg buat minda jd tak terbuka. Mudah sangat menuduh sana sini, menuduh org lain yg tidak sefikiran dgn kita sbg daki. Menuduh hamba Allah yg lain dgn sesuatu yg mungkin kita pun x jelas hujung pangkalnya. Tanya pd diri tuan, kedudukan tuan agak2 di sisi Allah macam mana ye? Lebih mulia tak dr daki2 yg tuan benci tu? Bukan soal dikenali atau tidak, bukan soal seluar jeans tidak, tp soal bagaimana kita berhadapan dgn hamba2 Allah yg lain. Mendekatkan mrk pd perjuangan Islam atau menjauhkan lg mrk krn sikap kita yg blum tentu benar sepenuhnya.