Sunday, November 14, 2010

Dah Kena Pun Masih Bohong!

Ni kecoh kot mana ni? Wartawan tak boleh masuk DUN Kedah. Depa kena tahan di pintu pagaq. Peliknya, depan pintu pagaq tak dilaporkan kecoh, tapi kecoh jadi dalam dewan. Lagu mana?

Depa tak boleh masuk dalam dewan, depa kata kecoh jadi dalam dewan. Lagu mana pulak?

Padan muka hampa, aku sokong Ust Azizan. Sekali hampa kena baghu hampa tau. Tulah lain kali kalau nak tulih, tulih bagi betul. Jangan dok pemohong.

Depa ni memang jenih tak sedaq diri. Kena batang hidung lagu tu pun dok pemohong lagi. Tak bulih masuk dewan kata dewan kecoh. Memang hampa cari makan dengan cara pemohong.

Ajaq depa tu sikit. La ni baghu sebut pasai kebebasan medialah, demokrasilah, tak adillah. Awat yang hampa dok pemohong tu adillah tu. Padan muka hampa.

Nilah balasan oghang pemohong. Padan muka hampa. Syabas dan tahniah Ust Azizan.

Nilah berita pemohong tu!

-----------------

Sidang DUN Kedah kecoh wartawan dilarang masuk
2010/11/14 (Berita Harian Online)

ALOR SETAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dicemari sedikit kekecohan apabila beberapa organisasi media arus perdana, termasuk jurugambar Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dihalang daripada memasuki perkarangan Wisma Darulaman, untuk membuat liputan.

Pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk Wisma Darulaman memberitahu mereka diarahkan Pejabat Menteri Besar untuk tidak membenarkan beberapa organisasi media tertentu memasuki perkarangan bangunan berkenaan dan membuat liputan sidang DUN yang dirasmikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, pagi tadi.

Bagai Langit Dengan Bumi


Atas:
Prodemokrasi
Ditahan tujuh tahun dalam rumah sendiri
Keluar masuk penjara

Bawah:
Pro...
Ditahan...
Keluar masuk...

Friday, November 12, 2010

Apa Lagi Yang Boleh Kita Buat?

Bapa pelajar yang dirotan kerana membawa bekal sosej babi ke sekolah mengaku bahawa kini dia bukan lagi seorang Muslim.

Menurutnya dia pernah memeluk Islam, namun pada tahun 1999 dia telah meninggalkan Islam. Dia juga turut menegaskan bahawa anaknya yang membawa bekal sosej babi itu juga bukan seorang Islam. Dia tinggal bersama ibunya yang beragama Kristian.

Apa yang boleh kita buat? Kita mungkin marahkan dia kerana kembali kepada agama asalnya, namun pernahkan kita marahkan diri kita sendiri yang tidak mendidiknya memahami dan menghayati Islam semasa dia masih seorang Islam?

Hanya dia yang tahu mengapa dia masuk Islam ketika itu. Bukan kewajipan kita untuk menyiasat dan menyelidik kenapa dia memeluk Islam. Kewajipan kita ialah berusaha membentuknya menjadi muslim yang baik selepas dia menyedut nikmat dua kalimah syahadah.

Kini setelah dia mengaku dia bukan lagi seorang muslim, dan dia mengaku dia pernah menjadi seorang muslim, apa lagi yang boleh kita buat?

Menghukumnya kerana dia keluar Islam, adakah kita punya undang-undang untuk itu? Kalau ada sekali pun, adakah kita akan sanggup berhadapan fitnah bahawa kita lebih suka menghukum daripada mendidik untuk mengelakkan hukuman?

Atau, ringkasnya, adakah orang Islam punya cukup kekuatan untuk mendaulatkan hukuman itu tanpa mendedahkan Islam dan umat Islam kepada fitnah yang lebih besar dan membahayakan? Fitnah itu ialah Islam agama hukuman.

Isu ini dibangkitkan oleh seorang MP di parlimen. MP ini ada masalahnya tersendiri. Bangkitan dibuat bukan untuk kepentingan Islam tetapi menutup warna-warna hitam yang menyelubungi dirinya. Dia bukan lagi sudah kehilangan aura tetapi kehilangan maruah.

Kalau dia ingin membela maruah orang lain, dia perlu membela maruah dirinya dulu. Kalau dia sendiri tidak bermaruah, adakah boleh orang yang tidak punya apa-apa memberikan apa-apa kepada orang lain?

Dia cuba nak jadi hero pembela Islam tanpa dia sedar dia sebenarnya mencemarkan wajah Islam dengan caranya itu.

Dia cuba mengheret orang Islam memusuhi bapa pelajar itu kerana kembali kepada agama asal. Baginya, ibu pelajar itu patut dihukum kerana membekalkan anaknya dengan sosej babi ke sekolah.

Dia cuba untuk mempengaruhi orang, seolah-olah tindakan merotan pelajar itu adalah betul kerana dia makan sosej babi.

Adakah bermusuh dengan bapa pelajar itu, atau membenci ibunya atau membenarkan tindakan guru merotan pelajar itu kerana makan sosej babi adalah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi?

Selesaikah masalah ini dengan membangkitkan kemarahan orang Islam terhadap tindakan membekalkan anak dengan sosej babi ke sekolah? Terbelakah nasib anak yang makan sosej babi itu dengan kebencian kita kepada ibu bapanya?

Justeru, tidak ada gunanya isu makan sosej babi dibangkitkan dengan tujuan supaya bapa dan ibu pelajar itu dikenakan tindakan.

Pelajar itu sudah pun makan sosej babi. Dia makan sosej babi kerana dia, ibunya dan bapanya, mereka semua mengaku mereka bukan Islam. Hukum babi kepada mereka bukan seperti hukum binatang itu kepada orang Islam.

Mengenakan tindakan ke atas mereka, atau menghukum mereka, bukan penyelesaian kepada masalah yang berbangkit.

Pendekatan undang-undang bukan lagi pendekatan paling berkesan. Perlu ada pendekatan lain supaya mereka yang memeluk Islam tidak bersedia kembali kepada agama asal.

Pendekatan hukum bukanlah pendekatan terbaik untuk mereka.

Dengan maklumat yang terhad, inilah sudut pandang saya terhadap isu ini.