Saturday, May 29, 2010

Daripada Marahkan Saya, Lebih Baik...

SATU - Khabarnya, tulisan saya di dalam blog ini dibincangkan di peringkat tertinggi parti peringkat negeri. Khabarnya juga, ada pimpinan kanan parti yang melenting dan saya disifatkan melanggar perlembagaan parti.

Mengapa saya disifatkan begitu? Kerana saya menulis sesuatu yang tidak digemari oleh mereka.

Harapan saya, kalau apa yang saya tuliskan itu adalah benar, baikilah dimana yang patut. Apa yang penting ialah isu yang dibangkitkan bukan siapa yang membangkitkan atau bagaimana isu itu dibangkitkan.

Tiada gunanya saya dimarahi, dilentingi, dituduh dan dikata macam-macam. Itu tidak mengubah keadaan parti kita. PAS tidak akan jadi lebih baik dengan memarahi dan memaki saya, tetapi baikilah apa-apa yang dikira patut dibaiki.

Jangan jadi macam SPRM yang dimarahi oleh kita. Bukan menyiasat apa yang kita lapor tetapi menyiasat dan menyusahkan pelapor. Akhirnya pelapor yang kena, isu yang dilaporkan dibakul sampahkan saja.

DUA - Buktikan bahawa apa yang saya katakan itu tidak benar tetapi bukan dengan memarahi saya. Dengan melentingi saya. Buat perubahan segera. Buktikan bahawa tidak pernah wujud pekung pun di belikat PAS Perlis seperti yang saya dedahkan.

Jangan terlalu terpengaruh dengan buah fikiran dan idea mereka yang hanya tahu mengampu, memuji dan membodek. Sentiasa mengambil langkah popular untuk ‘menempah’ kerusi pilihanraya. Ingat, jangan berikan kerusi kepada mereka yang meminta dan menunjukkan kecenderungan untuk meminta.

TIGA - Tempatkan mereka yang berwibawa dalam barisan kepimpinan PAS negeri. Lihat ilmunya, keupayaan mengurus peringkat tinggi, wibawa peribadinya, bukan sekadar pandai bercakap dan menyingkir orang.

Masa tidak menunggu kita. Pengundi di luar meletakkan harapan kepada kita. Anggaplah teguran dan kritikan pedas daripada ahli atau penyokong sebagai pembakar semangat. Ambil mereka sebagai kawan bukan sebagai musuh.

Bukankah kita diajar supaya mengambil apa yang baik walau pun daripada musuh. Ahli PAS yang mengkritik PAS bukan musuh PAS, bukan perosak PAS. Kalau mereka ingin merosakkan PAS, tentu mereka akan membiarkan sahaja PAS begitu tanpa membantu menghulurkan ubat.

Ayuh, bertindak segera membaiki situasi bukan bertindak segera memarahi saya. Ingat, marahkan saya tidak mengubah apa-apa.

14 comments:

ALI said...

mana dia ubat yg anda hulurkan???

saya tidak nampak apa2 dari blog ini melainkan kritikan kosong, itu tak kena, ini tak kena, pas perlis begini, pas perlis begitu...seperti kelakuan beberapa kerat MP PKR yang melompat keluar parti baru2 ni.

kalau setakat nak bagitau 2 DUN tak hantar wakil dan PAS Perlis berangan kosong nak tawan perlis - itu tidak membantu PAS Perlis untuk menjadi lebih kuat.

itu hanya menunjukkan dendam kesumat di dalam diri anda yang meletus keluar akibat perasaan marah dan benci.

Anonymous said...

saya setuju sekiranya PAS Perlis melihat tindakan zol ini telah melanggar perlembagaan parti.

laporkan kepada jawatankuasa disiplin parti kerana perbuatannya hanya merugikan dan mencemar imej parti.

spesis mcm zol ini adalah hasil daripada mereka2 yg tidak berpuas hati akibat tidak mendapat tempat dlm parti.
kalau di selangor, Khalid Samad bertindak serupa apabila beliau digugurkan jawatan timbalan pesuruhjaya oleh hasan ali.

sekarang dedalu ini telah merebak ke Perlis - perlu di cantas dgn segera sebelum merosakkan jamaah.

nescaya selepas ini akan ramai golongan2 yg sama spesis mcm zol akan dtg ke blog ini utk menyatakan sokongan mereka kepada zol dan mengutuk PAS dan PAS Perlis dgn berbagai bentuk kutukan.

kerja mereka hanyalah untuk melihat PAS lemah.

Tahniah saudara zol!

Manjungmari said...

Salam Ustaz...

Itulah parti orang Melayu, baik PAS atau UMNO bab tegur menegur ni nampaknya memang ada persamaan..., yang baiknya parti PAS hanyalah Islam...

Anonymous said...

semakin ramai ulama yang dicantas. apa akan jadi dengan pas perlis?

adakah akan semakin ramai pimpinan pas perlis tidak boleh baca khutbah jumaat?

Anonymous said...

yes, that right..
sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang sabar.

hussin said...

salam ustaz,

biaqpi la apa depa nak kata, janji kita tegur lillahita'alaa, bukan untuk depa tapi nuntuk parti.

penyakit dalam pas ni bermula dengan virus "pertemuan dalam gelap". pembawa2 virus ni satu dunia tahu.

pas dah mirip umno. tegur pemimpin tak boleh. pas dah jadi macam dap. setiausaha agung berkuasa! dia dilantik atas kapasiti, orang lama, banyak berjasa atau apa? jasa yang yang paling berharga yang rakyat pas kelabu ialah mengadakan hubungan rapat dengan mosad umno. perlantikkannya juga berkemungkinan besar atas nasihat mosad umno.

yang dibawa ke jalan raja laut adalah dari kalangan yang berpotensi teruja dengan perpaduan. terpelantingnya penasihat sesat tgna adalah juga berpotensi berpunca dari hubngan rapat dengan mosad umno.

saya setuju apabila ustaz sebut pasal calon pilihanraya. bukan sedikit yang sudah berangan2 menjadi calon pru13. mereka2 ini dilihat begitu mempertahankan kelunakan perpaduan.

wallahu'alam.

Reformis Jalanan said...

Sama sama weeh PAS dengan UMNO. Kalau ditadbir oleh Melayu, macam itulah jadinya. Tapi dalam bab ini PAS lagi teruk, sebab ia imej Islam. Tengok, oleh kerana parti ini berasaskan agama, ia tidak boleh dikritik. Kerana AGAMA.


Nampaknya kata-kata Karl Marx "agama itu candu" sedikit sebanyak ada benarnya.

hussin said...

sdra reformis jalanan,

mengucap sdra

Gedung Akal said...

Tuan,
Rasanya kita(PAS) tidak ada perancangan strategik yang boleh difahami oleh grass-root parti. Pemimpin kita mungkin punyai strategi politik dan siasah syariyyah yang jelas dalam kepala mereka tetapi tidak berupaya diterjemahkan oleh pekerja parti.

Ahli dan kepala(pemimpin) perlu ada:-
1. Skill mentadbir, mengurus, mengelolakan dan 'menghidupkan' parti pada setiap lapisan parti.

2. Strategy untuk menyerang dan bertahan. Ahli dan pemimpin perlu ada kefahaman dan kemahiran strategik itu.

3. Stamina -perlu ada berterusan bukannya ketika hampir pilihanraya. Mungkin ahli dan pemimpin membaca sirah rasul atau kisah sahabat dan mujahid dahulu umpamanya Salehuddin al-Ayubbi tetapi ahli dan pemimpin syok dengan cerita dan tidak jadikan ibrah untuk dap[atkan stamina dan spirit yang sepatutnya.

4. spirit -tentu sekali Islam -the way of life itu spiritnya. Kalau ahli dan pemimpin duk bersembang lucah sdambil hisap rokok dan minum coca cola di kedai mamak tepi jalan adalah dibimbangi ruh spirit itu tidak masuk dan sama saja dengan UMNO dan APCO. Maslahnya mereka itu punyai spirit duniawi yang lebih hebat dari spirit al-Quran.

Paksu Ki said...

Ana x marah sapa dalam hal ini. Siapa yang terlibat dalam pengurusan parti pasti tahu apa yang sebenarnya yang berlaku. Selalunya yang pandai bercakap x pandai buat kerja, yang pandai kerja x pandai pula bercakap.
Yang penting sumbangan kita kepada gerak kerja PAS....setakat nak bercakap sapa pun boleh buat

Anonymous said...

Asslamua'laikum... tolong hentikan perbalahan ini, kasihanilah kami para petugas yang semakin hilang semangat dengan senario ini. sama-sama lah kita muhasabah. bukan saling berbalah.- petugas setia

Anonymous said...

Pemimpin PAS Perlis yang ada hanya pandai buat lawak bodoh, bercerita kisah2 lucu..macam BADUT

Anonymous said...

Di Selangor pun sama, budaya singkir menyingkir, hasad dengki, fitnah adalah menjadi lumrah sesetengah pimpinan tinggi negeri. Kepalanya Ketua Dewan Ulama' Selangor sendiri. Mereka ni macam golongan jumud di Perlis yang takutkan kepada kritikan dan teguran orang lain.

Kalau kita tu hebat apa nak ditakut?

ABH said...

Salam,
ustaz sebenarnya silap kerana mengkritik pimpinan parti.Kita sepatutnya sentiasa menghiburka hati mereka dengan mengatakan setiap tindakan mereka itu betul,mengatakan PAS pasti menang dlm pilihanraya akan datang dan kata-kata lain lagi yang membuatkan mereka 'high' di awang-awangan.Cadangan saya ini pasti mendapat sokongan drp buah2hati di sekeliling pimpinan PAS Perlis