Thursday, May 13, 2010

Masa Depan Kita Dalam Tangan BN

“Masa depan anak-anak kita berada dalam tangan BN…” Demikian lapor akhbar mengenai ‘pemasyhuran’ wanita BN di Sibu.

Maksudnya rezeki mereka, kehidupan mereka, anak-anak mereka, cucu cicit mereka pada masa hadapan ‘ditakdirkan’ oleh BN.

Adakah maksudnya juga adalah BN penulis ketetapan kehidupan manusia di Luh Mahfuz?

Saya teringatkan kempen PRU lalu di sebuah felda di kawasan Parlimen Padang Besar. Seorang mak cik dengan tegas berkata kepada juru kempen muslimat, “Biar mak cik masuk neraka pun tak pa. Mak cik tetap nak undi BN.”

Saya tidak berhasrat mempersoalkan aqidah sesiapa. Namun apabila kenyataan sebegitu terbit daripada mulut orang Islam, ‘gayat’ juga jadinya.

Nampaknya negara kita bukan sekadar berhadapan dengan kegawatan ekonomi dan kegawatan politik tetapi kegawatan aqidah juga.

Kegawatan ekonomi dan politik ditangani oleh PM. Soalannya, adakah PM itu juga turut menangani kegawatan aqidah?

Jawabnya, tidak. Mengapa saya kata tidak? Kalau ya, tentulah judi bolasepak tidak dilesenkan.

2 comments:

HISHAM HALIM said...

kegawtan akidah ini pernah cuba diselesaikan semasa pemerintahan Pak Lah. Nah.. perkenalkan Islam hadari.. hasilnya.. sampai sekarang tidak ada perkembangan... Yang ada pun hanyalah "masjid" kristal... masjid apa sembahyang jumaat pun buat tang lain.. masjid seberang...

Anonymous said...

samala juga - "Biar PAS masuk neraka pun tak pa. PAS tetap bersama Pakatan Rakyat"