Wednesday, May 26, 2010

PAS Perlis: Jika Sudi Bacalah!

Membaca laporan Malaysiakini ‘PAS sasar kuasai Perlis’, saya cuba mencari jawapan kepada beberapa soalan berikut:

1. Lapan kerusi yang disasarkan oleh PAS Perlis itu, kerusi mana? Mengapa kelapan-lapan kerusi itu dirahsiakan?

2. Adakah PAS Perlis telah mempunyai jentera pilihanraya yang mampu menyerang (attack) dan bertahan (defence) untuk memenangi lapan kerusi sasaran itu?

3. Adakah jentera PAS untuk lapan DUN yang disasarkan itu benar-benar wujud atau hanya wujud di atas kertas sahaja?

4. Adakah PAS Perlis akan menang bergantung kepada percakaran Umno sesama mereka, atau menang atas kelemahan ‘musuh’ dan bukan atas kekuatan sendiri?

5. Adakah benar pengundi bukan Melayu di Perlis akan ‘swing’ macam pengundi bukan Melayu di Perak atau terbaru di Sibu? Kalau ya, apa indikator yang digunakan?

SATU - Saya sukar untuk menebak (jangan ada yang baca menembak pula) lapan kerusi DUN yang disasarkan itu. Apa yang hampir pasti tentulah bukan Titi Tinggi kerana kerusi ini secara status quonya milik PKR (walau pun calon PAS bertanding atas tiket bebas di situ pada PRU 12 yang lalu). Tidak mustahil kerusi ini akan turut diminati oleh DAP pada PRU 13 akan datang.

Bukan juga Indera Kayangan (PKR) dan Beseri (PKR). Boleh jadi juga kedua-dua kerusi itu turut dipinang DAP. Sementara Tambun Tulang, Pauh, Mata Ayer, Chuping dan Kuala Perlis, walau pun ditandingi oleh PAS pada PRU 12 yang lalu, semua kerusi itu berstatus ‘kelabu’ kepada PAS.

Hanya empat kerusi sahaja berstatus ‘cerah’ iaitu Sanglang, Guar Sanji, Simpang Empat dan Santan. Namun ‘track record’ kerusi Santan kurang meyakinkan kerana pada PRU 10, PAS menang dengan majoriti 269 undi tetapi kalah dalam PRU 11 dengan 500 undi lebih dan kalah lagi dalam PRU 12 dengan 700 undi lebih.

Kemenangan PAS di Simpang Empat pula lebih didorong oleh faktor penolakan kepada calon BN. Maksudnya, kalau BN mampu menampilkan calon yang ‘disukai ramai’, tidak mustahil kerusi itu kembali kepada mereka semula pada PRU akan datang.

Kerusi Sanglang memang dimenangi PAS semenjak tiga penggal, namun majoriti kecil meletakkan kerusi itu tetap dalam situasi panas.

Kecuali di Bintong, PAS pernah menang tanpa bertanding suatu masa dulu, kerusi-kerusi lain seperti Sena dan Kayang, tidak salah untuk meletak sasaran tetapi sehingga kini bidikan PAS untuk memenangi kerusi itu belum pernah menepati sasaran.

Justeru, kalau lapan kerusi yang menjadi sasaran itu dirahsiakan, itu memang benar. Sama ada kerana PAS sendiri belum berkeupayaan untuk melakukan bidikan tepat atau, boleh jadi juga PAS belum berupaya membidik. Sekadar baru meuar-uarkan kepada orang bahawa dia juga ada ‘senapang’.

DUA - Saya mendapat maklumat bahawa pada hari Pelancaran Gerakerja Pilihanraya Ke 13 PAS Perlis baru-baru ini, ada dua DUN yang tidak menghantar wakil langsung. Saya tahu nama kedua-duanya, tapi kurang selesa untuk mencatatkannya di sini. Salah satu daripada DUN berkenaan disebut namanya oleh pesuruhjaya PAS Perlis sebagai DUN sasaran dan berstatus cerah.

Hah, mengapa boleh jadi macam ni? DUN yang disebut nama itu ada berpuluh cawangan, tetapi tiada seorang pun wakil? DUN yang lagi satu juga berpotensi kerana jika 70 peratus pengundi bukan Melayu di situ ‘swing’, kerusi DUN itu memang milik PAS.

Di kedua-dua DUN berkenaan ada beratus ahli dan pimpinan PAS tetapi mengapa tiada wakil? Adakah majlis itu tidak penting atau dipandang tidak penting? Kalau majlis itu dipandang tidak penting oleh ahli dan pimpinan DUN berkenaan, ini tentulah mendukacitakan.

TIGA – Cerita orang Umno atau pimpinan Umno Perlis bercakar sesama sendiri bukan cerita baru. Orang Umno sendiri mengakuinya. Cerita ini sudah berpuluh, mungkin beratus episod dan boleh tercatat sebagai filem ‘top 10’ di Malaysia jika difilemkan.

Realitinya, Umno bercakar sesama mereka tetapi mereka menang juga. Hari ini Zahidi masuk team Shahidan, besok Zahidi masuk team Md Isa. Hari ini Md Isa bertelagah dengan orang Shahidan, besok orang Md Isa berbaik dengan Shahidan. Dan, entah apa-apa lagi.

Saya faham, dalam politik jika musuh bercakar, maka itu ‘advantage’ kita. Mereka bercakar tentu lebih baik daripada mereka bersatu. Ironinya, dalam keadaan mereka bercakar pun PAS tidak boleh menang dengan cemerlang, bagaimana kalau mereka bersatu?

Bagi saya percakaran sesama Umno Perlis tidak melemahkan mereka. Percakaran itu menjadi seperti geseran ketam dengan papan. Papan jadi licin dan ketam tidak haus. Mereka seperti ‘mewujudkan’ percakaran itu untuk bangkitkan sentimen ahli, mengukuh kedudukan diri, menarik simpati ahli dan mengejutkan pemimpin yang agak leka.

Atau, tidak salah rasanya jika saya katakan mereka bercakar untuk bersatu. Namun, ada waktunya sebahagian pimpinan kita mengharapkan kemenangan daripada percakaran itu. Ini sama seperti mengharapkan papan menggerutu kerana ketam atau periuk bocor kerana api.

EMPAT – Ada orang bergurau, ada dua kelompok bukan Melayu yang belum berubah iaitu bukan Melayu Johor dan Perlis. Kedua-duanya di hujung semenanjung. Adakah kerana Johor dekat dengan Singapura dan Perlis dekat dengan Thailand?

Satu perkara yang sukar ternafi ialah, golongan bukan Melayu ingin melihat ‘public figure’ atau tokoh umum. Jika mereka memenangkan sesuatu parti, siapa figura umum dalam parti itu yang bakal mentadbir negeri. Tokoh itu ada minda bisnes atau tidak atau bagaimana?

PR Perak ada Ustaz Ahmad Awang, kemudiannya Nizar. Mereka juga ada Nga dan Ngeh. PR Selangor ada Hasan Ali dan Khalid Ibrahim. PR Pulau Pinang ada Lim Guan Eng dan Mujahid. PR Kelantan ada Tok Guru, Husam, Mohd Amar dan sekian banyak lagi. PR Kedah ada Ustaz Azizan Razak, Amirudin, Fakhrulrazi dan lain-lain. PR Terengganu , usah dibilang lagi.

Atau, kita anggap saja begini; aahh…, orang, figura, tokoh tidak penting. Apa yang penting ialah parti. Tidak salah beranggapan begitu. Tetapi kita tidak boleh berkecil hati kalau golongan bukan Melayu terus menolak kita kerana mereka mahukan figura awam juga.

Soalnya, adakah PAS dan PR Perlis punya figura awam seperti dimiliki oleh PAS dan PR negeri-negeri lain. Kita kata, ada! Kalau ada, mereka dimana? Siapa mereka? Berapa ramai? Sehebat mana? Selain YDP PAS Kawasan Padang Besar yang dikira figura awam, YDP PAS kawasan lain macam mana?

LIMA – Perhatikan petanda-petanda membimbangkan ini. (1) Dua DUN tidak hadir dalam pelancaran gerak kerja pilihanraya baru-baru ini. (2) SMS yang meminta pimpinan hadir usrah juga bernada sedih. ‘Al-fadhil Naqib amat merindui semua’. Berbeza dengan dulu, ‘Program wajib hadir’. (3) Pernahkah pimpinan PAS Perlis mendengar ungkapan ini? ‘Selagi si anu si anu memegang jawatan sekian sekian, kami nak jadi pengundi sahaja’. (4) Majlis taklimat berkaitan jentera pilihanraya (?) yang diadakan di sebuah bangunan besar di kawasan Arau dihadiri oleh dua orang sahaja. (5)

Saya akur, tulisan ini memang tidak disenangi oleh sebahagian orang. Tidak mengapa, kerana apa salahnya sesekali kita mendengar sesuatu yang tidak disenangi. Saya boleh menulis untuk memuji sesiapa yang saya mahu, tetapi kata Imam Ghazali, ‘Jika ada orang melumur mukamu dengan selut, itu lebih baik daripada dia memujimu di hadapanmu’.

Saya juga tidak kisah jika tulisan ini dibakulsampahkan saja, tetapi jika ada orang yang berani memberi respon, saya sangat berterima kasih.

Soalah akhir, adakah PAS boleh menang di Perlis? Jawabnya, ya. Menang dengan satu perkataan sahaja. Apakah perkataan itu? Perkataan itu ialah ‘MIRACLE’.

* * * * * * * * *

PAS sasar kuasai Perlis

http://www.malaysiakini.com/v6/media/authors/50x50/Abdul-Rahim-Sabri.jpg

Abdul Rahim Sabri
Mei 25, 10
12:40pm

http://www.malaysiakini.com/v6/media/inside/fontsize.gif

PAS Perlis melancarkan gerak kerja Ahad lalu, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan mensasarkan sekurang-kurangnya lapan kerusi DUN bagi merampas negeri itu dari BN.

"Saya rasa tidak mustahil untuk PAS memenanginya. Manakala rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat pula dilihat berpeluang memenangi beberapa kerusi lagi," kata Pesuruhjaya PAS negeri, Hashim Jasin kepada
Malaysiakini kelmarin.

Perlis mempunyai 15 DUN termasuk dua DUN yang dikuasai oleh PAS iaitu Sanglang yang diwakili Hashim dan Simpang Empat (Rus'selle Ezlan).

Menurut Hashim, PAS telah mengenalpasti lapan kerusi yang boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan dating – termasuk Sanglang dan Simpang Empat.

Bagaimanapun, beliau yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS 'merahsiakan' kawasan yang disasar parti itu.


Majlis gerak kerja itu dilancarkan oleh setiausaha PAS Kedah, Senator Mohamad Yusof Hussin di Balai Islam MADI di Jejawi Arau, dengan dihadiri kira-kira 300 petugas parti dari setiap DUN.

Menjawab soalan, Hashim berkata, antara faktor yang akan membantu PAS merampas lapan DUN berkenaan ialah tsunami politik yang berlaku pada 2008 serta kejayaan Pakatan mentadbir Kedah.

Satunya faKtor, katanya ialah peningkatan sokongan bukan Islam terutamanya kaum Cina terhadap PAS dan usaha berterusan menentang BN.

"Kita mensasarkan untuk memperolehi undi dari kaum Cina sekitar 70 peratus bagi setiap DUN yang disasarkan," katanya


Hashim memberi contoh DUN Sanglang di mana kira-kira 800 pengundi CINA di situ menyokong penuh BN sebelum pilihan raya umum 2008.

Tetapi, katanya, dalam pilihan raya umum lalu, sokongan kaum Cina terhadap PAS didapati meningkatkan 50 peratus.

Selain itu, katanya, PAS juga mampu merampas semula kerusi DUN Guar Sanji - yang terlepas ke tangan BN dalam pilihan raya 2004 dan 2008.

Katanya, ini ekoran wujudnya krisis kepimpinan antara "puak-puak dalam Umno" di DUN tersebut yang memberi kelebihan kepada PAS untuk mendapat sokongan pengundi di situ terutama pengundi Melayu.

"Kita sudah mula menggerakkan jentera kita. Aktiviti yang dijalankan berlangsung dengan baik dan perlu diteruskan," katanya.

18 comments:

Jidiaz said...

Salam Uz, saya yakin kalau semua yg uz utarakan diambil iktibar, diselidiki, dipelajari, diteladani, diperbaiki, direncana, dicaknai, dll di lagi ... insyaallah kejayaan akan menjelma, tiada "miricle" kalau kita mahu....

Anonymous said...

anda memang bodoh.
anda kata umno bercakar utk bersatu....tapi lihat lah apa yang anda buat..lebih terok drp umno...anda ibarat api dalam sekam....mendedahkan pekong kpd tatapan umum...utk apa?!!!!

utk kepuasan jiwa anda yg telah terpesong jauh drp landasan.

kalau anda waras dan beriman - pergilah berjumpa dgn Pesuruhjaya dan kepimpinan PAS Perlis dan beritahulah apa yang anda hendak katakan. BUkannya dgn mengetuk pintu fitnah di alam siber.

Moga Allah ampunkan anda!

Anonymous said...

Salam. Kita bukan tok nujum dan bukan Tuhan. Kita hanya buat ramalan . Adakala betul adakala tak betul.Memang dari segi sokongan nampak lemah...tak bermakna kalah.Yang bertelagah tak semesti kalah dan tak pasti menang. Tapi angin perubahan semakin cerah.

Anonymous said...

Ada yg jd b***a ni, tukang lapor bila mai program, time usrah paling byk bg komen.

Anonymous said...

Subhanallah..

Satu soalan saya nak tanya ustaz masih dalam saf kepimpinan PAS negeri atau tidak?

Zolkharnain Abidin said...

Jidiaz,
Buat masa ini, pada pandangan saya PAS Perlis hanya boleh menang dengan 'miracle'. Saya berkata begitu kerana berdasarkan pengetahuan dan maklumat dan bukan sangkaan.

Zolkharnain Abidin said...

Untuk anonymous
(May 26, 2010 8:54 PM)

1. Kalau apa yang saya dedahkan ini disifatkan sebagai pekung, maka pekung ini diketahui oleh orang bukan kerana saya yang mendedahkannya. Pekung ini memang terdedah sebab ia tumbuh di dahi.

2. Siapa yang terpesong dari landasan? Apa alasan saudara untuk berkata saya terpesong dari landasan? Landasan apa? Siapa bodoh? Orang yang mengata orang lain bodoh dari belakang tabir adalah cerdik?

3. Pimpinan PAS Perlis mana yang saya nak jumpa? Sebelum saya jumpa pimpinan PAS Perlis, saudara datang jumpa saya dulu, baru tahu ceritanya apa.

4. Pernahkah anda selidik, siapa yang mula-mula mengetuk pintu fitnah?

Zolkharnain Abidin said...

Untuk Anonymoous,
(May 26, 2010 11:18 PM)

1. Tak kisahlah orang lapor atau apa, tapi itulah hakikatnya. Jangan marahkan orang lapor, tapi jadikan laporan itu sesuatu yang perlu dibaiki.

2. Salahkah kalau komen banyak-banyak. Apahal pulak yang takut pada komen ni?

Zolkharnain Abidin said...

Untuk Anonymous,
(May 27, 2010 8:14 AM)

Saya pimpinan atau tidak, itu tidak penting. Yang penting, kalau apa yang saya kata adalah benar, perbaikilah. Kalau tidak benar, abaikan sahaja.

Anonymous said...

Zaman mengkritik dalam usrah ke, dalam mesyuarat ke atau secara dalaman ke, saya rasa zaman itu sudah berlalu... (jgn pula menganggap saya tidak setuju dgn cara dalaman. Dalaman pun kena tegur, luaran pun kena buat juga kalau dah tak mau berubah!) Pimpinan PAS perlu berubah untuk menerima teguran walau dari sesiapa jua hatta daripada pihak musuh sekalipun! Kebenaran itu wajar diterima walaupun datang dari musuh dan kejahatan itu wajar ditolak walaupun ianya datang dari kawan yg sangat rapat. Bukankah itu yg diajar dlm Islam? Merujuk dalam sirah pun, kita akan dapat melihat kebanyakan teguran kepada khalifah hatta kpd rasulullah sendiripun dibuat di depan umum. Ini bukannya utk memalukan, bahkan inilah yg menjadi kekuatan kepada jemaah Islam ketika itu. Ini bukannya utk mendedahkan pekung, tetapi untuk menghilangkan pekung yg tumbuh disana sini agar tidak merebak dan menjangkiti orang lain. Kalau di zaman saidina Umar beliau sgt menghormati, menyanjungi dan berterima kasih kepada org yg sanggup membetulkannya dgn pedang (dikhalayak ramai pulak tu... kalau zaman skrg ni internet/blog/dsbnyalah...) masih adakah pemimpin PAS mcm tu skrg ini? Cuba muhasabah diri, jgn asyik meminta ahli sahaja bermuhasabah. Ust zol bercerita tentang kelemahan parti... beliau bukannya menceritakan tentang rahsia parti. Kalau dok cerita kita kuat, hakikatnya tidak... itu pun tak betul juga. Asyik mengharapkan kelemahan musuh, tetapi lupa kelemahan sendiri... itu lagi teruk. Apa program merakyatkan Pakatan Rakyat di Perlis?... ceramah je ke? Kuliah je ke? itu je modal yg ada? Mana pendekatan PAS dgn Keadilan dan DAP? PAS boleh menang sorang-sorang je ke? Mana dia program pendekatan PAS dengan org Melayu, Cina, India, Siam dsb? Itu yg sewajarnya pimpinan Perlis fikirkan. Jgn mengharapkan kemenangan dgn mencula seorang diri di rumah. Ramai ustaz2, profesional2 dr Perlis... tapi kemana mereka sekarang ini? Mana perginya Utz Abdul Aziz Hanafi? Utz Hassan Mahmud Alhafiz, Ust Hassan Din, Utz Hashim Yahya dll? Kenapa PAS Perlis tak manfaatkan tenaga-tenaga seperti ini? Sewajarnya Ust Hashim selaku Pesuruhjaya memikirkan sesuatu tentang mereka ini. Apa yg saya lihat seorang demi seorang menjauhikan diri dari saf pimpinan Perlis. Kenapa terjadi sedemikian rupa? Adakah mereka tidak sudi atau pimpinan yg ada tidak mau berundur memberikan laluan kepada yg lebih layak. Asyik2 muka lama yg jadi calon dgn alasan tak ada orang dsb. Alasan yg sangat dangkal! Bukan MARAH... NASIHAT...

Anonymous said...

saya yang duduk di kl ni tak akan tahu kalau bukan ustaz yg dedahkan pekung tersebut.
dan mereka-mereka yang berada di kedah, perak, selangor dll tidak akan tahu melainkan setelah ustaz mendedahkan pekubg tersebut.
kalau setakat tumbuh kat dahi ustaz di perlis tu tak ramai yg akan tahu.
bersedialah utk menerima azab akibat fitnah yg banyak.

Anonymous said...

bodoh dan cerdik bukan dinilai drp depan atau belakang tabir.
tapi drp cara dan corak penulisan ustaz - memang sah bodoh.

Anonymous said...

ustazlah yang mula-mula mengetuk pintu fitnah.
terlalu banyak fitnah kepada jamaah ketika ustaz menjadi YB santan dulu.
syakhsiyah dan perangai ustaz yang menjengkelkan menjadi buah mulut ramai sehingga menjadi antara sebab sukarnya pas perlis memenangi semula dun santan.

Anonymous said...

sekurang-kurangnya media kafir seperti malaysiakini lebih beradab dlm melaporkan berita tersebut berbanding dgn blog milik ahli PAS, exco dewan ulama dan bekas kepimpinan PAS Perlis.

FAKHRUL ANWAR BIN ISMAIL said...

ana sokong pandangan enta. setakat ni mana ada negeri yang pas menang tanpa 'miracle'. Mungkin kedah dan kelantan terkecuali. Kita pun memang dah maklum sekian lama akan prestasi jentera di kedua-dua negeri tu. Tapi ana kira kita perlu ada persiapan juga kalau kita menang secara miracle. Sediakan yang terbaik. Satukan saf kepimpinan semuanya. Kumpulkan yang berkualiti dan ada kelebihan untuk isi kemenangan itu. elak budaya singkir-menyingkir seperti yang berlaku sekarang (kalau ada). Jangan terkesan dengan budaya umno yang haprak tu. Bagi sahabat yang tak dapat terima kritikan, belajarlah berlapang dada sikit. Tunjukkan kematangan anda. kalau nak mengampu sepangjang masa. tu d=budaya umno namanya.......

Anonymous said...

adusss nak tergelak pun ada....
yang si ANON yg tulis ttg hasan din, hassan mahmud, hashim yahya tu... gelak dulu la.... wakakakakaka..

Ni pun jenis tengok ultraman dgn superman banyak gak... Dr Aziz Hanafi masih dok mai gak kuliah di Perlis...Tapi hak lain tu, sbg tokoh, ada ilmu ... bukan payah kita nak ketengahkan depa, kalau dgn ilmu & ketokohan depa yg ada tu depa sendiri kena libatkan diri dgn jemaah..ada ka kat tempat depa la ni (di belah2 KL nu la kot) depa dok bergiat dgn jemaah???? Datuk Dr Haron Din tu masa dok jd pensyarah UKM tahun 1970-an dulu pun pernah dah jd AJK Pas pusat... terus istiqamah sampai la... saya respect orang mcm ni...

Anonymous said...

salam ustaz, saya setuju dengan nukilan ustaz yang terkini tu, alangkah baik kita jelmakan miracle tu dengan cara yang gentle, usaha kita, semangat kita, kemampuan kita, keyakinan kita sendiri,masalah luar boleh diambil kira,akan tetapi kemasan dalaman kita mesti dimampatkan jugak, saya merantau tapi info di perlis masih diikut, dan tulisn ustaz adalah untuk jadikan kita berfikir, muhasabah...check and balance...

orang tahu berfikir said...

anonymous bodoh.. nk kritik tp x guna otak lgsung!! cuba la fikir skit.. Allah bagi otak tu guna la dgn sbaik-baiknya.. ni duk mengampu, jadi hipokrit!! bila pas perlis nak menang kalau smua org duk mengampu.. ttup ksalahan sndri ibarat menghalang kejayaan sndri.. lu pikirla sndri..