Wednesday, August 4, 2010

Bolehkah PAS Perlis Menang? - Bah 2

Anuar Tahir: Harapan PAS Perlis

Apabila PAS Perlis meletakkan harapan untuk menang dalam PRU akan datang, harapan itu kosong sahaja jika tidak disokong dengan barisan kepimpinan yang diyakini rakyat.

Keyakinan tidak boleh dipaksa-paksa, dibuat-buat atau disogok-sogok. Ia lahir daripada kepuasan terhadap apa yang dilihat, dirasa, difahami dan dihayati.

Keyakinan juga tidak boleh lahir secara spontan kerana ia adalah proses. Dan, tentulah proses memerlukan masa dan bergantung kepada hasil / produk.

Anuar Tahir adalah produk kepada gerakan massa. Dia dicanai oleh massa dan pengalaman bersama massa dalam tempoh yang panjang menjadikannya seorang yang masak, tegar dan tahan uji.

Siapa yang mencanainya tidak penting sangat. Apa yang penting ialah dia telah dicanai oleh jentera yang betul.

Dia menghirup udara nyaman daripada dua sumber yang tampak berbeza pada zahirnya tetapi mendatangkan manfaat yang sama, udara daripada bekas Presiden PAS dan udara daripada bekas Presiden ABIM.

Saya yakin apabila MB Kedah sekarang memilihnya menerajui sebuah GLC besar di Kedah, pemilihan itu bukan spontan, bukan sekadar lintasan biasa tetapi pemilihan yang ada signifikannya.

Signifikannya, MB Kedah sekarang mengenang hubungan baik antara Anuar Tahir dan bekas Presiden PAS al-Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor.

Saya tahu beberapa kisah yang menggambarkan Anuar Tahir memang istimewa di mata al-marhum. Bukan di sini ruangnya untuk dikongsikan semua itu.

Kenapa saya berani berkata begitu? Ya, jika disenaraikan orang yang pandai bisnes, bijak mengurus, bijak berorganisasi, ramai lagi orang yang pandai dan bijak selain Anuar Tahir. Mengapa Anuar Tahir juga yang dipilih?

Pemilihan atas dasar itu bukan bermakna menafikan kewibawaan Anuar Tahir tetapi menggabungjalinkan antara keupayaan dan kebolehannya dengan keistimewaan yang dimilikinya berasaskan signifikan tadi.

Sebab itu saya katakan Anuar Tahir adalah harapan PAS Perlis. Beliau punya keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain, punya aura yang tidak dipunyai oleh orang lain.

Kini Anuar Tahir adalah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Perlis. Dia juga adalah YDP PAS Kawasan Padang Besar, menewaskan saya dan seorang rakan lagi dalam pertandingan pada tahun 2009.

Terus-terang saya katakan, saya tidak tahu menahu bahawa saya akan berhadapan dengannya dalam pertandingan itu. Jika saya tahu, saya akan menarik diri lebih awal dan bersedia memberi laluan kepadanya.

Bagi saya, beliau memang layak mengetuai organisasi PAS Kawasan Padang Besar dipandang dari sudut apa pun; ilmu organisasi, pengalaman, kepintaran politik, pengalaman bersama massa, usia, berbanding saya yang masih berjagung dalam banyak sudut.

Kini beliau diterima dengan selesa oleh orang bawahan PAS di Perlis, walau pun pada awalnya ada beberapa tanggapan kurang senang kepadanya. Ternyata semua tanggapan itu meleset.

Harapan PAS Perlis terletak di pundaknya. Tanyalah orang di bawah, orang di tengah, orang akan berkata, Anuar Tahir memang layak diletakkan harapan.

Bukan sekadar harapan sebagai pemimpin masa depan PAS, tetapi harapan memimpin negeri jika ditakdirkan PAS menang di Perlis.

Adakah orang lain yang ada tidak layak? Mungkin tuan empunya diri merasa dirinya layak, namun seperti yang dikatakan tadi, Anuar Tahir memang telah tercanai sebagai pemimpin semenjak lama berbanding orang lain yang ada.

Adakah orang lain telah melalui proses pencanaian sebenar untuk melayakkan diri mereka diletakkan harapan dan seterusnya diyakini untuk memimpin? Dan ingat, memimpin di sini bukan sekadar memimpin PAS Perlis tetapi memimpin bumi dan massa. Setiap diri ada jawapan masing-masing.

Justeru, Anuar Tahir perlu ditampilkan sebagai bakal pemimpin PAS Perlis dan pemimpin negeri, yakni MB.

Beliau sepatutnya diberi peluang yang lebih besar dan luas untuk tampil sebagai pemimpin. Namun kadang-kadang ruang itu sengaja disempitkan kerana beberapa pertimbangan jangka pendek dan alasan yang singkat.

Misalnya, semasa Pesuruhjaya PAS Perlis bercuti selama beberapa minggu suatu ketika dulu, mengapa jawatan Pemangku Pesuruhjaya tidak diserahkan kepadanya? Tetapi, jawatan itu diserahkan kepada Setiausaha Perhubungan.

Katakan TPJ 1 ada masalah tersendiri, TPJ 2 berkeuzuran, bukankah ada TPJ 3 iaitu Anuar Tahir? Mengapa dilangkau senioriti itu?

Itu cuma contoh kecil, tetapi apa yang berlaku itu telah meninggalkan kesan yang tidak kurang besarnya ke atas ahli dan penyokong bawahan.

Itu ditafsirkan sebagai usaha untuk menonjolkan orang tertentu dan mengelabukan peluang orang tertentu.

Samada tafsiran itu benar atau salah, itu soal lain, tetapi itu telah membentuk persepsi umum. Persepsinya ialah, Anuar Tahir tidak akan pergi lebih jauh dalam politik PAS Perlis kerana ada orang tertentu yang tidak senang dengannya.

Ada batu politik besar di hadapannya. Batu politik itu diletakkan oleh orang tertentu dengan agenda tertentu dan nawaitu tertentu.

Justeru, Anuar Tahir perlu bersedia melangkaui halangan batu besar itu, bukan untuk survival politik peribadinya tetapi untuk merealisasikan kemenangan PAS Perlis. Kemenangan berpaksikan keyakinan bukan khayalan.

Buat kekanda Anuar Tahir, saya menulis apa yang terbuku dalam perasaan saya. Kalau ini adalah kebaikan, maka inilah sumbangan saya. Kalau ini adalah kebatilan, saya akur dengan akibatnya. Teruskan langkahmu.

Berkaitan: Bolehkah PAS Perlis Menang - Bah 1

5 comments:

Anonymous said...

nak perintah mcm mana. IQ standard sekolah rendah mcm su dan beberapa pimpinan lain. ni cerita nak urus tadbir negeri bukan sekolah ooi. dan yang paling teruk ada hasad dalam hati kau orang....ulama pun kome boleh peburuk. insaf sikit......

ABH said...

SU LEBIH BAIK PERINTAH MADI BAGI MOLEK2 KAMI TENGOK DAH SEMAKIN TERUK

Anonymous said...

baguslah....blog ini memberi ruang kepada golongan subversif nak menghancurkan jamaah.

kelabbenciUMNO said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sinar Wijdani said...

Us.Zul, tahniah atas bicarawara perasaan yg sekian lama terbuku itu. Sesekali membaca setiap biacara ustaz ana pasti terkedu dan terkaku, tak tahu arah yg dituju, tetapi langkah itu perlu dipimpin dengan keyakinan yg bijak merentasi benua taa'sub yg durja. Benar apa yg dibicara oleh ustaz..bongkarkanlah walau pun pahit, kami abna' harakah di perantauan rindu dengan berita wadah perjuangan di negeri Perlis tercinta. Teruskan kebenaran, kebenaran pasti tiba dan kehancuran sudah lama dijanji dgn balasan yg pedih dan menyiksa.