PERTAMA – SERIBU KEMAAFAN
Maafkan saya sekiranya apa yang akan dituliskan ini akan mengganggu emosi sesetengah orang. Adakah boleh saya buat kerja lain selain daripada mengkritik? Jawabnya boleh dan saya memang banyak kerja khusus yang perlu dibuat termasuk bergerak ke merata tempat sebagai sebahagian tugasan rasmi saya.
Namun jiwa politik saya tidak pernah padam. Saya mengikuti perkembangan politik setempat dan nasional dengan begitu rapat.
Mungkin ada satu atau dua maklumat dalaman yang tidak sampai kepada saya, hal itu sama sahaja dengan satu dua maklumat luaran yang tidak sampai kepada pimpinan parti.
Kalau pimpinan boleh berkata PAS boleh menang dengan maklumat dalaman yang mereka ada, saya pula boleh bertanya dengan maklumat luaran yang saya miliki, “Betulkah PAS Perlis boleh menang?” Maksudnya, akses maklumat adalah seimbang cuma berbeza dimensi.
Maafkan saya juga kerana menggunakan saluran ini untuk mengemukakan pandangan dan krtitikan. Tidak adakah ruang lain? Jawabnya ada tetapi pintu ke ruangan itu tertutup dan saya tidak punya upaya dan kemudahan untuk membukanya.
Buat masa ini, hanya ruangan ini sahaja yang terbuka untuk saya. Ruangan ini dibiayai oleh diri saya sendiri, bukan orang lain.
Maafkan saya juga kerana mungkin akan dianggap sebagai ‘bertindak merosakkan jamaah’. Sama ada tindakan saya akan menjadi wahana perosak atau tidak, bergantung kepada bagaimana tulisan ini dinilai.
Tebuan mungkin berbahaya apabila bersarang berdekatan rumah kita, tetapi kalau tuan rumah adalah pengail, anak tebuan sangat diminatinya sebagai umpan.
Tulisan ini adalah dalam posisi saya sebagai ‘bukan pemimpin’.
KEDUA – SOALAN PEMINAT CERAMAH
“Ust, tak dak ceramah ke dimana-mana?” Saya fikir ini soalan popular daripada orang ramai bukan sahaja kepada saya, bahkan kepada orang lain juga. Biasanya penanya adalah penyokong tegar PAS, rendam tidak lemas dan bakar tidak hangus.
PAS buat apa pun orang sebegitu tetap undi PAS. Siapa pun yang pimpin PAS, orang itu tetap undi PAS. Letaklah calon macam mana pun, PAS juga dipangkahnya.
Berapa ramai orang sebegitu? Katakan 10,000 orang. Bagaimana dengan 120 ribu pengundi lagi? Adakah begitu juga? Jawabnya, tidak.
Adakah mungkin orang sebegitu berjumlah 100 ribu orang? Jawabnya mustahil kerana kehadiran ceramah PAS paling ramai adalah 10,000 orang sahaja (kecuali satu ceramah kerana suatu insiden yang tidak selesa untuk disebut di sini suatu masa dulu).
Bagaimana kalau baki pengundi lagi bertanya begini pula? Siapa pemimpin PAS Perlis? Siapa bakal calon PAS Perlis? Kalau PAS menang siapa bakal MB dan exco?
Kita memang ada jawapannya, tetapi persoalannya ialah adakah jawapan itu mampu memenuhi citarasa orang selain 10,000 orang tadi?
Saya tidak memohon supaya dibariskan kepimpinan PAS peringkat negeri kemudian diklasifikasikan mereka, itu permintaan melampau. Menyanggahi akhlak, tetapi jika diminta berbuat begitu, bagaimana?
Saya akui dengan jujur, memang ada kepimpinan PAS negeri yang saya kenali berwibawa, berilmu, kuat bekerja, berwawasan, berfikiran jauh, berminda strategik. Mereka adalah sahabat saya dan kami pernah bekerja bersama. Namun berapa kerat?
Paling penting, adakah mereka berada di hirarki kanan? Penting juga, adakah pandangan mereka didengari? Atau, mereka sekadar diletakkan untuk tidak dipandang negatif?
Suara dan pandangan siapa yang didengar sebenarnya? Suara mereka atau suara siapa-siapa? Adakah suara orang yang didengar itu mampu memenuhi citarasa selain 10,000 yang menjadi peminat ceramah tadi?
3 comments:
ustaz
saya adalah spt ustaz kata kan "penyokong tegar PAS, rendam tidak lemas dan bakar tidak hangus."
saya juga spt di katakan dalam pas gologgan pro dan pro pakatan dan erdogan.
walau apapun gelaran saya di dalam pas kerana perjuangan islam,itu saja.
saya silent reader blog ustaz dan ingan katakan saya setuju dengan hampir semua apa yg ustaz katakan cumanya saya berpendapat elok ustaz stop atau control komen2 yg masuk.
terlalu ramai upahan umno merayap sekarang dan mungkin juga ahli pas berfikiran UG sana sini.
tapi percayla ramai silent reader yg setuju dengan pandagan ustaz,jangan biarkan org gologan itu melemahkan ustaz.
terus kan perjuangan.
Salam...
Setuju dgn pandangan PAS Forever..
daripada berkata pas perlis tidak mustahil untuk menang, saya lebih suka berkata pas perlis tidak mustahil untuk kalah
jadi, janganlah berseronok kerana kita mungkin memang, tetapi bersedihlah kerana kita mungkin kalah
Post a Comment