SATU - Walau pun bukan berasal dari Perlis, saya kurang setuju dengan sebahagian orang yang melabel Perlis dengan ‘Wahabi’. Biasanya orang yang melabel Perlis dengan Wahabi tidak tinggal di Perlis.
Mereka mungkin pernah sesekali bersolat Jumaat di Perlis dengan azan cuma satu kali atau bersolat Subuh di masjid tanpa qunut.
Kalau itu ukuran yang digunakan untuk menghawabikan Perlis, rasanya kurang wajar dan dangkal.
Ada banyak perkara yang patut dicontohi daripada kehidupan beragama rakyat Perlis. Antaranya, pengurusan jenazah sangat senang dan tidak membebankan. Keluarga simati tidak terbeban untuk membelanjakan ribuan ringgit untuk memberi saguhati kepada orang yang bersolat jenazah. Semuanya hadir atas tanggungjawab persaudaraan.
Keluarga juga tidak terbeban untuk berkenduri arwah 3, 7, 10 dan 40 hari. Pendek kata, keluarga simati yang berdukacita dengan kepergian orang yang disayangi tidak terbeban untuk menyara orang hidup pula dengan kebiasaan sebegitu.
Talqin di kuburan wujud di Perlis cuma bukan seperti di tempat-tempat lain. Di sini talqin dibuat ringkas dan mudah sahaja. Tidak perlu mencari-cari orang untuk bertalqin, sesiapa sahaja mampu menyempurnakannya.
Bayangkan seseorang kepergian orang yang disayangi dan dalam masa yang sama perlu menghabiskan RM4000 hingga RM5000 untuk membiayai pengurusan jenazah. Mereka yang hadir bersolat jenazah perlu dijemput dan ‘dibayar’. Jika tidak, solat jenazah tidak seramai yang diharap.
Semua itu tidak berlaku di Perlis. Jika amalan murni seperti sekarang yang berjalan di Perlis menyebabkan ada orang yang mengatakan Perlis Wahabi, maka biarlah Perlis terus ‘Wahabi’.
DUA – Sebahagian orang Islam suka melabelkan orang Islam yang lain. Itu Islam Wahabi, ini Islam Sunni, di sana Islam Salafi, di sini Islam Syi’ei. Ada juga label berangkai; itu Sunni Salafi, ini Sunni Mazhabi, di sana Wahabi Salafi(?)… dan entah apa-apa lagi.
Entah dari mana label sebegini datang. Apa yang pasti label sebegitu tidak pernah wujud di dalam al-Quran. Pernyataan al-Quran adalah jelas, umat Islam adalah umat yang satu.
Benar, Nabi pernah bersabda bahawa umat baginda berpecah kepada 73 golongan. Hanya satu yang masuk syurga. Golongan yang satu yang masuk syurga ialah golongan Islam sementara 72 lagi adalah mereka yang terkeluar daripada Islam, bukan penganut Islam.
Samada mereka bernama Kristian, Yahudi, Sikh, Shinto, Judis… dan apa-apa lagi, semuanya termasuk ke dalam 72 golongan itu.
Meleset sekali jika ada yang berfahaman bahawa 72 golongan yang tidak selamat itu adalah Wahabi, atau Salafi, atau Syi’ei, atau Mazhabi atau apa-apa label yang diberikan kepada sesama orang Islam.
Nampaknya kejahilan jua musuh sebenar manusia.
----------------------------------------------------
Kampong Kubang Paya, menunggu mentari beradu
17 comments:
Muhammad bin Abdul Wahab bermadzhabkan Hanbali dgn aliran Ibnu Taimiyyah.
Misalnya amalan tidak membaca qunut adalah sebahagian madzhab Hanbali.
Sebelum orang nak tuduh wahabbi, kena belajar dulu apa dia wahabbi
salam. orang yg selalu melabel wahabi tu..tau ke apa sebenaqnya 'wahabi' tu...? Dio rang ni banyak membantai jer..ilmu tadak.
Ini baru jelas Syeikh .
nak tergelak bila kat kampung saya orang mufarakah bila bangla jadi imam..depa kata bangla mazhad lain..macam la bangla tu sembah tuhan yang tak sama dengan dia.... Yang dok bercakap pasai wahabi tu bila di tanya apa itu wahabi...mampuih tak tau jawab...
yang bercakap camtu jenis tak berapa nak faham mana..ttg wahabi dan islam tu sendiri.tak gitu ustaz
TGHH kata label wahabi dicipta oleh musuh Islam utk lagakan umat Islam ( lihat arkib Harakah laporan TGHH dan MAZA dituduh wahabi).
sy rasa ustaz x jawab ulasan tentang wahabi ini sbb takda merit pun utk dijawab. tapi tulisan ustaz hanya utk perjelas kejahilan makhluk.
1. ada jmaah masjid anti wahabi, tapi sebelum azan dipasang kaset Sudais ulamak saudi yg dituduh wahabi.
2. ada org kata wahabi sesat tapi berulangkali pi mekah solat belakang 'imam wahabi'.
3. ada org tuduh MAZA wahabi tapi tak baca tulisan MAZA: KATAKAN TIDAK PADA WAHABI ( buka blog MAZA ).
drpd sibuk lwn wahabi yg direka2, lebih elok lawan umno yg x khilaf ianya wujud.
kelemahan umat islam adalah kerana suka sangat masuk perangkap musuh islam. kelemahan umat islam adalah kerana tidak kenal siapa musuh islam. negara umat islam dikemudikan oleh musuh islam.
wallahu'alam
Rakyat Perlis pun dah terima DAP syukurrr
MALAS DAN MANJA HARAP CAKAP SAJA BANYAK
Yang penting, pendapat ulama yang dipakai adalah dari ulama yang muktabar.
Orang Melayu, madzhab Syafiee tak khatam.
Misalnya, tawaf wida' hukumnya SUNAT bukan WAJIB mengikut MADZHAB SYAFIEE KAUL JADID.
Imam Syafiee telah menukar pendapat beliau berkaitan hukum tawaf Wida' dan mengambil pendapat Imam Malik sewaktu beliau duduk di Mesir.
dalam amalan sunnah memang tak ade pun suruh buat kenduri tahlil sampai 3,7 malam semua tu.., talkin pun bukanya wajib, qunut pun sunat je..
lagi pun itu bukan persoalan utama rosaknya wahabi.. tapi ada bab akidah yang menyeleweng.
download dan baca ni
http://www.darulfatwa.org.au/languages/Malaysian/Ancaman_Dan_Penentangan_Terhadap_Aqidah_Ahli_Sunnah_Wal_Jama%27ah.pdf
Looks like you are an expert in this field, you really got some great points there, thanks.
- Robson
Aik! Sikit punya spin punya ostat..
wei..stakat nak tengok ke jubah...jubah orang lain pun canteek jugak.. sembang bab luaran..Masalah bab dalaman.. Aku suruh hang tengok benih..bijik tu..bukannya kulit.. Lahabau punya wahabi..pemecah umat..keturunan dajjal..benih US..
Tapi baguih jgak hg letak komen tu..Pakat menerhuu puak dajjal mai kerumun..termasuklah si Tulang Besi, mamat down-syndrome PAS...kah..kah..kah..
Pelik juga, zikir jahar di Perlis boleh didakwa di mahkamah syariah...
umat islam suni terbahgi 2. satu sunni salafi. dan satu lagi suni sufi.mohd abdul wahab mengmbil aliran salafi, maka aliran salafi selepas dia di cop sebagai wahabi. macam dr asri aliran salafi maka orang cop dia wahabi, tapi dia tak ngaku wahabi. itu dia punya pasal la. da wahabi tu wahabi jela
Watch free movies online - [b][url=http://www.watchmovieon.com/romance/movies ]free movies [/url][/b] action, documentary, thriller, horror, drama, comedy, science-ficiton, martial arts kung fu, tarantino, roger corman, cinema, drive-in, grindhouse
Assalamualaikum,
Label Wahabi bukan terletak pada tidak adanya kenduri arwah, doa qunut dan azan dua kali hari Jumaat.
Namun, yang lebih penting lagi ialah soal aqidah dimana kepercayaan Wahabi ialah Allah bertempat, ada tangan, ada wajah etc.
Ini berlawanan dengan iktikad mukhtabar ulama terdahulu dari Imam Syafie dan Imam Malik ( yang berupakan ulama Salaf ) dan ulama-ulama kemudian seperti Imam Nawawi, Imam Suyuti dan lain-lain.
Walhal, mengenai isu bid'ah hasanah juga pihak Wahabi tersasar.
Umpamanya, dalam menolak azan dua kali hari Jumaat sebagai bid'ah, Wahabi telah menyatakan bahawa Sayyidina Utsman telah membuat bid'ah.
Mengikut pandangan Wahabi, seseorang yang membuat bid'ah adalah sesat dan masuk neraka.
Jadi persoalannya ialah - adakah Sayyidina Utsman masuk neraka ?
Perlu diingatkan bahawa Sayyidina Utsman adalah salah seorang Sahabat yang telah dijanjikan syurga oleh Allah.
Dan sebagai seseorang yang dijanjikan syurga, tentunya Sayyidina Utsman telah Allah jaga dari melakukan apa-apa yang sesat.
Lagipun, perbuatan Sayyidina Utsman tidak sedikit pun ditentang oleh para Sahabat yang lain seperti Sayyidina Abbas, Zaid bin Tsabit, Sayyidina Ali, Sayyidatina Aisyah dan lain-lain.
Nah, persoalannya ialah - siapakah yang lebih arif mengenai maksud dan makna bid'ah ? Para Sahabat kah atau Muhammad bin Abdul Wahab / Ibnu Taymiyyah ?
Barangsiapa yang menyatakan bahawa azan dua kali yang dilaksanakan oleh Sayyidina Utsman adalah kerana terpaksa memandangkan bertambahnya penduduk Madina, ini bukannya hujah yang bernas.
Persoalannya ialah adakah Sayyidina Utsman dan para Sahabat sanggup berkompromi dengan sesuatu yang sesat semata-mata untuk menyelesaikan sesuatu masalah ?
Tentu sekali tidak !
Kalau kita yakin bahawa Nabi Muhammad s.a.w benar apabila baginda menjanjikan Sayyidina Utsman dengan syurga, maka kita juga harus yakin bahawa Sayyidina Utsman tidak akan melakukan apa-apa yang melanggar syariat Allah.
Ini kerana kalaulah setelah dijanjikan syurga tetapi Sayyidina Utsman kemudian melakukan perkara yang sesat, ini bermakna yang Allah sudah menjanjikan syurga kepada seseorang yang berbuat maksiat yang besar.
Masuk akalkah kalau kita menyatakan demikian ?
Tentu sahaja tidak !
Maka itu dalam memahami maksud "bid'ah", ternyata Wahabi telah tersasar jauh sehingga sanggup memberikan andaian yang -
1. Sayyidina Utsman masuk neraka.
2. Para Sahabat berdiam diri apabila Sayyidina Utsman membuat bid'ah.
3. Allah tidak adil kerana menjanjikan syurga kepada seseorang yang membuat bid'ah yang diikuti oleh ratusan jutaan manusia selama hampir 1500 tahun.
Inilah antara sebab Wahabi dipandang serong oleh Ahlussunah Waljamaah kerana pemahaman agama mereka yang cetek.
Jikalau anda tidak yakin dengan apa yang saya katakan ini, silalah bertanya kepada Ustaz-Ustaz Wahabi anda - tanya kepada mereka " Di Mana Sayyidina Utsman : Di neraka atau di syurga ? ".
Dengarlah baik-baik jawapan mereka dan kemudian tanya diri anda sendiri samada jawapan itu masuk diakal atau tidak.
Moga-moga kita semua diberkati Allah.
Wahabi mana yang nak mengaku wahabi? Habaq mai sat...
Tobat lahum depa tak kan mengaku sesat.. Hang ingat puak dajjal yg dah terikut dengan fahaman ni nak mengaku atau sedaq bahawa depa dah kena kencing dengan dajjal @ zionist?? Sampai kesudah depa tak sedaq.. Hang ingat dajjal ni koman sangat ka?? Mau kata Rasulullah, neraka yg dajjal bawa pun nampak macam syurga..
Track balik ilmu yg ada dalam diri tu...hgpa kutip kat mana.. Cari lah kebenaran.. then cari lah sapa kah pemiliknya..
Post a Comment