Monday, December 20, 2010

Mufti Perlis, Pengerusi DAP Dan Menteri Jaga Agama

MUFTI PERLIS:

Mufti Perlis menyatakan bahawa orang bukan Islam boleh menjadi peguam syarei yang membawa maksud mereka boleh mewakili orang Islam untuk perbicaraan di mahkamah syariah.

Baginya, jika Saidina Ali boleh kalah dalam perbicaraan dengan seorang Yahudi di hadapan hakim Islam yang membuktikan keadilan Islam, maka pada zaman serba canggih ini mengapa Islam tidak diberi peluang untuk membuktikan keadilannya kepada segenap lapisan manusia?

PENGERUSI DAP:

Sementara itu Pengerusi DAP pula, yang selama ini dilabel anti Islam berikutan kenyataan ‘langkah mayat’, menegaskan bahawa DAP bersedia menerima Islam sebagai agama rasmi negara.

Menurutnya, DAP bersedia berbincang supaya PR mencapai konsensus bersama dalam perkara berkenaan.

MENTERI JAGA AGAMA:

Menurut menteri jaga agama pula, pertumpahan darah akan berlaku seperti di Pakistan dan Iraq sekiranya negara ini memiliki dua mazhab, maksudnya Sunni dan Syiah.

Menurutnya, penyebaran ajaran Syiah boleh menggugat keharmonian masyarakat kerana kerana beberapa dakyah songsang dalam ajaran itu.

SAYA:

Ketika banyak pihak sedang mempromosikan keharmonian hidup antara Muslim dan non-Muslim di bawah payung rahmat Islam, pemikiran menteri Umno masih dibelenggu ‘sejarah’ perbalahan antara Sunni dan Syiah.

Ketika Amerika sangat membenci dan tidak mahu Sunni dan Syiah ‘berbaik-baik’, menteri Umno turut menjadi penyambung usaha itu. Kenyataan bahawa pengikut Sunni dan Syiah akan berbalah sampai bertumpah darah di negara ini adalah kenyataan yang tidak optimis dengan rahmat Islam.

Jika Amerika tidak mahu Sunni – Syiah bersama, Umno juga tidak mahu PAS – DAP bersama. Jika Amerika mengungkit-ngungkit sejarah perbalahan Sunni – Syiah, Umno juga akan mengungkit-ngungkit sejarah perbalahan PAS – DAP.

Mengungkit-ngungkit perbalahan tidak membawa makna apa-apa. Dua puak yang pernah berbalah suatu masa dahulu tidak semestinya akan berbalah sampai bila-bila. Apatah lagi jika perbalahan itu bukan diinginkan oleh kedua-dua belah pihak, tetapi mereka ‘dilaga-lagakan’ oleh musuh masing-masing.

Sebagai mana Amerika pernah melaga-lagakan Sunni – Syiah dan ingin terus kedua-dua kelompok itu berperang, demi kuasa mereka, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Umno juga mahukan PAS – DAP terus berbalah, juga demi kuasa mereka.

Kita ingin benar melihat orang-orang bukan Islam membuka kitab-kitab warisan Islam untuk mendalami hukum-hukum Islam, peraturan-peraturan Islam, kaedah-kaedah Islam dalam menyelesaikan masalah manusia, ketika mereka dibenarkan menjadi peguam syarei.

Kita ingin benar melihat orang-orang Sunni dan Syiah bersama-sama menjulang panji-panji kalimah tauhid untuk berhadapan dengan Amerika dan kuncu-kuncunya.

Kita ingin benar melihat Umno terkubur bersama ‘1’ mereka kerana dipinggirkan oleh orang Islam dan bukan Islam yang marahkan parti itu kerana menghalang mereka daripada menikmati hidup di bawah rahmat Islam.

------------------------------------------

Kampong Kubang Paya – Kampong tanpa non-Muslim dan Syiah, tapi ada Umno

9 comments:

Anonymous said...

Hang ni ostat katun betui la.. Adaka..hang boleh buat perbandingan nak samakan sunni-syiah dgn Pas-Dap???

Adoi....apa la punya mentality.. Demi Allah, hang cakap beradap dgn aku, aku boh penyiku sedas kat hang..

Hang ni kalau beranak-beranak teruih dalam keluarga Hindu, sahih kapiaq ke sudah... Hang patut bersyukur dilahirkan dlm keluarga Islam.. Nasihat aku, pi cari kutip la balik mana-mana ilmu yg dah tercicir.. Hang tulih macam ni..buat cari dosa kering saja..

Hang duk masuk tandas, hang duk baca doa dak??? Bukan apa...aku takut hang ni jadi mangsa kena kencing saja...

Mohd Khairi said...

nak satukan suni dan syiah? hang pasai apa terkebelakang sangat. benda ni da diusahakan qardawi dan yang lain2. tak boleh. syiah ajaran sesat. sunah ajaran benar . mana boleh bersatu...kalau tak benteras ajaran syiah ni, maka malaysia dalam bahaya.

iran perabih duit untuk sebarkan syiah. tengok sekarang orang iran datang sini bawa dadah untuk hancurkan muda mudi melayu. mereka bawa ajaran syiah untuk hancurkan islam dimalaysia.
malaysia dalam bahaya.

Anonymous said...

Woi anony,
Hang ni sunni ke? Kalau sunni awat yang bahasa hang lagu tu?
Takkan ulama sunni ajaq hang berperangai lagu tu. Ka hang ni sunni pun bukan syiah pun bukan. Hang tu Umno....

Anonymous said...

Khairi,
Kalau qardawi pernah berusaha nak menyatukan sunni syiah, maknanya syiah tak sesatlah. Takkan qardawi nak buat kerja menyatukan antara yang sesat dengan tak sesat...

zordon said...

Bagus tak ada lah Syi'ah di Malaysia ni. Syi'ah bila dah ramai dan kuat, memang huru-hara negara. Tengoklah negara-negara yang ramai Syi'ah. Asas kewujudan Syi'ah adalah di atas kebencian. Bila dah ramai, mereka akan tikam ahli sunnah dari belakang. Bukak mata lah sikit. Perhatikan berita-berita dari luar negara.

zordon said...

Tak payah lah Syi'ah wujud di Malaysia nih. Asas agama Syi'ah adalah kebencian ke atas segala sahabat Nabi SAW yang mulia dan diasaskan oleh seorang Yahudi dan dianuti oleh keturunan Majusi. Cuba perhatikan acara-acara agama mereka. Macam Thaipusam. Sumber-sumber agama mereka adalah berpaksikan kebohongan dan penipuan sejarah. Kalau mereka ramai, memang huru-hara sesebuah negara. Bukak matalah sikit. Perhatikan berita-berita di negara-negara yang ramai Syi'ah. Aku sokong tindakan JAIS dalam bab ini.

Zolkharnain Abidin said...

Bukankah lebih baik kita halakan serangan kepada Amerika? Bukankah Amerika punca perbalahan antara Sunni dam Syiah?

Realitinya Syiah sudah wujud dimana-mana sahaja dan mereka sudah kuat termasuk di Malaysia.

Mengapa kira harus bermusuh dengan mereka? Mengapa kita tidak boleh menerima mereka sebagai saudara kita?

Bukankah mereka juga adalah 'Ahlul Millah?'

Ini tidak bermakna saya Syiah, tetapi apa yang saya ingin katakan ialah, adalah lebih baik kita berbaik-baik dengan mereka daripada kita bermusuh dengan mereka.

Tentu musuh kita sangat suka jika kita bermusuh dengan semua orang.

Di Malaysia, Syiah juga adalah pengundi, jadi haruskah kita bermusuh dengan pengundi?

Anak Perelih said...

pandangan saya, di Malalysia ni, penganut penganut syiah adalah mereka yang dulunya jahil yang ingin mendalami ilmu agama tetapi tersalah pilih ... terpilih syiah ... sebab tu jadi macam tu... maca tu jugak kes ajaran sesat... jadi punca asalnya adlah kejahilan tengtang ajaran Islam... sebab pak mak depa ni bukan syiah pun...

salam said...

salam....semoga Allah sentiasa memberi hidayah buat kita. yang dok kata syiah sesat tu pernah kah dia mengkaji kitab syiah dan jumpa ulamak syiah sendiri? kalau setakat dengar2 orang lain kata dengan baca buku dari sumber tak tentu hala belum cukup untuk membuktikan syiah sesat.kalau bab bawak dadah tu orang sunni lebih dr tu...dangkai sungguh hujah...takut2 dok kata org sesat sana sini dia solat pun tak tentu hala.....berlapang dada dan mengaji lagi...islam ttak ajag kita dok sesatkan orang ikut dan.