Wednesday, December 8, 2010

PAS Masih Untuk Orang Kuat PAS

Setelah tidak menjadi orang kuat PAS, barulah saya tahu apa persepsi orang bawahan terhadap PAS. Berbeza semasa memegang beberapa jawatan di dalam PAS, saya rasa PAS benar-benar kuat sehingga jika ditakdirkan pilihanraya berlaku bila-bila masa pun, PAS boleh menang.

Manakan tidak; sekejap usrah, sekejap tamrin, sekejap mesyuarat, sekejap seminar, sekejap …, sehingga terasa masa sangat suntuk. Terasa PAS begitu aktif dan banyak aktiviti. Diari sentiasa penuh dengan kerja dan temujanji.

Dimana-mana sahaja bercakap mengenai PAS. Terasa diri seperti diperhatikan orang sepanjang masa sebagai orang kuat PAS. Terasa diri amat bernilai kepada umum. Terasa seolah-olah semua orang berfikiran PAS, bersemangat PAS dan kuat PAS macam diri sendiri.

Namun, semua itu hanya untuk orang kuat PAS sahaja. Bila jadi orang biasa PAS, baru terasa, rupa-rupanya, semua aktiviti itu hanya berlegar di kalangan orang-orang PAS sahaja. Atau, lebih tepat di kalangan orang-orang kuat PAS sahaja.

Bila berada di tempat orang biasa, hidup bersama orang-orang bawah, bersama masyarakat di kampong, terasa kewujudan PAS agak jauh untuk dijangkau.

Jika orang seperti saya yang pernah jadi orang kuat PAS pernah terasa begitu, bagaimana dengan pengundi yang tinggal di ceruk kampong, yang tidak pernah jadi orang kuat PAS?

Tahukah dia apa rencana masa depan PAS, kenalkah dia pemimpin PAS, pemimpin pemuda dan muslimat PAS? Maklumkah dia apa aktiviti dan program PAS?

Jika dia punya kemudahan ICT, mungkin banyak perkara mengenai PAS diketahuinya. Jika tiada? Harakah tidak sampai ke rumahnya, di tempat tinggalnya tidak ada aktiviti PAS, pemimpin PAS tidak pernah berkunjung ke rumahnya.

Di celah-celah itu semua, JKKK Umno pula acap kali berkunjung dan bertanya khabar, menghulur bantuan dan mengambil berat. Adakah punya harapan untuk orang seperti itu mengundi PAS dalam PRU akan datang?

Umno sukar ditewaskan kerana orang kampong terhutang budi dengan mereka. Walau budi itu dicebik sahaja oleh PAS seperti budi tanah merah, simen dua tiga kampit, beras sekampit, gula sekilo, duit lima ringgit, tetapi budi itu sangat mencengkam jiwa orang yang menerimanya.

Mereka menghulur secara berterusan. Jika PAS pula hanya menghulur sewaktu hampir pilihanraya sahaja, RM50 misalnya, itu masih kecil kerana Umno menghukur sebulan RM5 tetapi selama bertahun-tahun.

Jika PAS menghantar 10 keping zing semasa hampir pilihanraya, itu juga masih kecil berbanding Umno yang menghulur sekampit beras setiap bulan selama bertahun-tahun.

Maksudnya, dakwah PAS belum benar-benar mengakar dan menguasai. Pemimpin PAS memang bijak berpidato, hebat di pentas, tetapi pidato mereka hanya di dengar oleh orang-orang kuat PAS. Yang kuat ketawa dengan lawak di pentas pun adalah orang kuat PAS juga.

Pemimpin bawahan Umno memang tidak bijak berpidato tetapi mereka bijak menawan hati pengundi. Mereka bijak berbudi, mereka bijak memikat, mereka bijak menambat. Ikatan dan tambatan mereka sangat sukar dirungkai.

Justeru, bolehkah PAS berkecil hati jika orang kampong enggan mengundi mereka?

24 comments:

Faizal Ibrahim said...

pandangan yang menarik dan bernas

ahliPASbiasa said...

Correct,correct,correct.

WASIAT PEJUANG said...

sokong

Abu Razeen 2 said...

1.halalkah anta promosi blog2 yg papar gambar2 lucah sekalipun atas alasan mendedahkan kemungkaran?

2.tanggungjawab sosial adalah utamanya diatas bahu kerajaan yg perintah , selepas itu barulah masyarakat dsbnya.
i. klu PR , PR lah
klu BN , BN lah.

3. klu rakyat terus dibiarkan ber mentaliti kan subsidi, beras, duit, dan geran tanah, utk undi BN atau PR jawab tak majulah M'sia.

4. masalah PR dan PAS kurang masuk kampung jumpas rakyat perlu dilihat berdasarkan item (2) di atas. Namun memang haprak lah sesiapapun pemimpin hatta perseorangan yg "kenyang di kala jiran berlapar".

5. PAS wajib selesai masalah pokok iaitu kenapa org yg mengucap dua kalimah syahadah, pak aji dan lebai masih sokong parti yg tolak hudud dan lulus judi . INI yg pokoknya.

blogenstarz said...

Tiada pulak ANON (pembangkang)YNG MEMBACA TULISAN INI......

BETUL SANGAT2 TU


LINKME...

Anonymous said...

orang-orang kuat PAS tulah yg mesti turun ke kampung2 pulak..Kalau semua nak tunggu pemimpin, bila usaha dakwah nak bergerak.

Anonymous said...

saya bersetuju dengan ustaz, saya pun berada di tempat ustaz

Anonymous said...

Hudohnya PAS bila sudah berpolitik....

tungkaran hati said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!

Pemuda cwngn kg kuantan ,klang said...

a,kum,
saya sokong sangat2 tulisan tuan,kadang2 kita cuma menumpang populariti orang lain untuk menang,tapi kita tak sedar diri,bila tengok rakyat dah menyokong kita terasa kita saja PAS yang berhak nak tentukan segalanya.dah lupa segala.
ustaz2 muda PAS berlagak terutama di selangor, macam mereka saja alim dalam segala hal,ada dah jadi macam lembu kenyang termakan palet2 syabas,sedang umno sedang menghunus pisau untuk menyembeleh.
Dimana muka ketua pemuda parti islam semalaysia di saat anak2 muda di kuala lumpur turun dengan beraninya melawan anjing2 umno menuntut supaya harga air tidak di naikan,yang ada ketua muslimat itu pun cuma di celah2 bayang.
Apakah kerna menuntut soal air untuk rakyat bukan termasuk agenda pemuda pusat.atau bukan kerja parti islam.
Atau apakah telur pemuda pusat sudah tinggal sebiji? Kalau penakut tak payah jadi kepala jadi ekor sudah.
Berhenti mengajar kitab pada orang,kerana tak ada satu bab pun dalam apa2 kitab mengajar umat Islam jadi penakut.
Henti kan selogan anak muda gang kita ,kalau slogan untuk menipu.
Anak muda malaysia lebeh memerlukan pemimpin yang berjiwa besar dalam segala hal,bukan hanya serban sahaja yang besar.
Malu aku jadi pemuda PAS di peringkat bawah dapat ketua pemuda pusat macam yang ada sekarang.

hussin said...

on the dot, ustaz.

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!

Anonymous said...

Tengok le pewaris ulama muda lawan Dr Mujahid. Hah, macamana nak berubah?

New Hope said...

salam
setuju

KLIK SINI: TONGKAT

Anonymous said...

Ulasan ini bukan lah baru bagi saya, namun diperingkat kepimpinan hanya melihat dan menilai luaran yang dilihat nyata, namun pada hakikatnya seperti apa yang diutarakan..

Sekiranya barisan pimpinan PAS masih berangan dengan keadaan ribut rakyat kini maka, sedarlah rakyat akan merasa kecewa. sekiranya tiada aktiviti dan corak mempengaruhi rakyat tidak dilakukan. Jangan lupa dahulu marhain sekarang perlu seumpanya jua.

Dinhakki said...

satu pandang yang dikira sudah cukup jelas .

Anonymous said...

Salam..

Ustaz kena faham...berapa banyak dana yg PAS ada berbanding dgn UMNO...sebab tu bila projek, mark-up berpuluh kali ganda..sebabnya? - utk digunakan membeli hati pengundi org MELAYU....

saiful said...

Macam orang kecewa sahaja janganlah begitu buatlah sesuatu jika ada kekurangan dalam PAS. Bekerjalah untuk parti jangan ditanya apakah sumbangan parti kepada kita tapi tanyalah apa jasa kita kepada parti.
kalu terasa terdapatnya kelemahan baikilah jangan cuba menuding jari kepada sesiapa.
Berbaktilah walau sebesar kuman nascaya dan ikhlaskan perjuang kerana Allah nescaya akan menyumbangkan kejayaan

Amri Mat Saaid said...

salam

Ustaz

Alhamdulillah tuan dah nampak..kalau kat Johor dan Melaka..kalau berdakwah kat org UMNO pejuang PAS ni seolah2 penyangak dan perompak di mata mereka. itulah persepsi

Paksu Ki said...

itulah realiti yang wujud.....Jiwa Melayu tak sekuat jiwa org Turki kembali kepada ajaran Islam

Khairul said...

Pandangan yg baik, cuma ada perkara yg perlu diakui kekurangannya/ketiakupayaan Pas. Contohnya pemberian sumbangaan RM, gula dll.. Pas mmg xde kemampuan ini (berterusan).

Syed Abu Bakar said...

Pemberian pada waktu pilihanraya atau pada hampir waktu pilihanraya tidak melambangkan keikhlasan, hanya suapan atau dengan lebih kerasnya rasuah...
pemberian yang betul-betul ikhlas ialah pemberian yang tidak mengharapkan balasan, sudah semestinya pemberian yang berterusan sekadar termampu dengan niat ihsan..
moga pemimpin-pemimpin PAS di luar sana mengambbil iktibar dari aktikel ni, JANGAN PANDANG REMEH.

keyman said...

Pemimpin perlu ditegur dan diberi peringatan sokmo....Tapi sebagai ahli, kita pun kenalah memainkan peranan jugak.....

arif omar said...

setuju dengan pandangan anda. bapa saya dulu kuat pas habis. lastnya ditipu pemimpin pas yang lebih atas. oleh siapa. oleh bendahari pas pahang. juga oleh suhaimi penasihat undang2 pas. habis duit baitul mall orang nak ke haji dibelinya kebun kgetah atas namanya di temerloh. haram pas, buat senyap aje !!! hamba dah merasa lama. lastnya bapa PG keluar pas sehingga akhir hayatnta. kedarah balak sehingga 12 kakitangan jabatan hutan kelantan termasuk pengarahnya di tawan tentera thai. tanya pok nik. siapa terlibat. tak YB halim pengkalan chepa. Pok nik tahu sebenarnya. sebab itu pok njik pindah YB halim dari dun ke MP. sebab bimbang ekdarah balak jika kekal tMB kelantan. mengapa PAS diam?