Suatu petang, saya berjumpa dengan salah seorang wakil rakyat Umno Perlis. Sebaik sahaja dia nampak saya, dia meluru ke arah saya, bersalam dan memeluk saya. Sambil bertanya khabar, dia terus menawarkan bantuan jika saya punya apa-apa masalah.
Suatu pagi di hadapan sebuah pasaraya di Perlis, seorang wakil rakyat Umno menegur saya sambil menurunkan cermin keretanya. Dia bertanya khabar dan bersalam. Sebelum menaikkan cermin keretanya, dia berharap kami dapat berjumpa lagi untuk berbual.
Hampir setiap kali waktu Subuh, bekas wakil rakyat Umno ini tercatuk di masjid. Dia bersolat di saf paling hadapan. Seusai solat dia bersalam dengan semua orang sambil tersenyum.
Di hadapan sebuah kedai buku, saya berjumpa seorang bekas wakil rakyat Umno, perempuan. Dia yang mula menegur saya. Sehingga kini dia masih memimpin Umno di tempatnya. Dia berbual agak lama dengan saya dalam banyak perkara walau pun sekadar sambil berdiri.
Tanpa menafikan ada juga pemimpin Umno yang ‘berhidung tinggi’ dan malas solat di masjid, sekurang-kurangnya orang-orang biasa memerhatikan watak dan tingkah-laku sebahagian pemimpin Umno yang ‘baik’ ini.
Bermanis muka, bertanya khabar, memeluk dan menepuk bahu, menurunkan cermin kereta, berbual lama-lama, bersolat Subuh di masjid, rasanya itu semua tidak memerlukan duit atau modal besar. Tidak berkurang pun ‘fulus’ dalam poket.
Tanpa menafikan ada pemimpin PAS yang mesra, prihatin, luhur, pandai berkomunikasi, tetapi watak sebahagian pemimpin PAS yang ‘tidak mesra alam’ telah menyebabkan imej PAS sebagai parti Islam turut tercalar.
Ada yang bersalam tidak memandang mata, bersalam sambil berbual dengan orang lain, pilih kasih (baca pilih bulu) dan mewujudkan klik (baca kronisme) dalam PAS sendiri. Walau pun tidak ramai, tetapi itulah hujah Umno untuk bercakap mengenai keburukan PAS.
Sebahagian pemimpin PAS, di sebahagian negeri lebih gemar menunjuk kuasa. Jawatan di dalam PAS dijadikan parang untuk mencantas sesama sendiri. Syok dengan jawatan, tanpa memikirkan kesan kepada parti, beberapa tindakan akhirnya menatijahkan persepsi negatif umum kepada PAS.
Di sela-sela itu semua, bersiponganglah di udara, kita akan menang… kita akan menang. Sokongan kepada kita makin bertambah… dan banyak lagi. Menang dengan siapa? Menang dengan Umno atau menang mencantas kawan-kawan sendiri?
Adakah ini suara orang kecewa? Ya, inilah suara orang kecewa. Bukan kecewa dengan PAS atau perjuangan PAS, tetapi kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin PAS, di sebahagian negeri.
Adakah ini semua akan menyebabkan orang PAS masuk Umno? Saya jawab, tidak. Orang PAS, selemah mana pun dia, tak akan masuk Umno. Paling teruk, dia tidak mendoakan kekalahan untuk PAS walau pun dia tidak mengharapkan PAS menang.
Bukan kerana PAS tidak bagus, atau perjuangan PAS tidak betul tetapi kerana ada pemimpin ‘yang sentiasa ikhlas’ melakukan onar di dalam PAS.
-----------------------------------------------
Kampong Kubang Paya, sebelum berjumaat.
11 comments:
Kena buat bengkel 3 hari 2 malam "Berkomunikasi Gaya Sunah Nabi Muhammad" kepada pemimpin PAS besar dan pemimpin PAS kecil
Salam sheikh....
Maknanya tersiratnya ialah UMNO lebih baik dari PAS,tak gitu sheikh? Nampaknya tulisan ustaz dah berubah semenjak jadi 'ahli biasa'.....
Ambo pun ahli 'cikia' jugak....tapi taklah terasa macam ustaz....Tegurlah pimpinan dan kelemahan jamaah dengan cara yang baik....Tak perlu memberi modal percuma kepada UMNO.
Saya pernah joint cwgn. Last2 give up. La ni joint ngo islam pal. PAKSI. Buat program dhuha agama mingguan. Mendekati muslimat terutamanya. Beri peluang depa mengaji
Salam....
"Ada yang bersalam tidak memandang mata, bersalam sambil berbual dengan orang lain, pilih kasih (baca pilih bulu) dan mewujudkan klik (baca kronisme) dalam PAS sendiri. Walau pun tidak ramai, tetapi itulah hujah Umno untuk bercakap mengenai keburukan PAS."
Ada seorang pemimpin tertinggi PAS asal orang Perlis dan seorang lagi pemimpin PAS tertinggi Perak, ustaz-ustaz belak, salam dengan dengan ana macam Ustaz tulis tulah..
manusia,,,
SELEPAS PTK
rasanya tuan masih setuju dgn Saiful, kan?
Setan pakai serban lagi bisa bro....
Saya setuju kenyataan ini :
Kena buat bengkel 3 hari 2 malam "Berkomunikasi Gaya Sunah Nabi Muhammad" kepada pemimpin PAS besar dan pemimpin PAS kecil
Kekadang kita benci dengan mulut lidah puak2 ini . Saya bimbang islam itu mungkin akan rosak ditangan pejuang islam seperti diatas . wassalam
Inilah akibat x mai usrah, orang suma salah, kita ja betui...
~Rakyat Santan yg cemuih~
Semoga Allah hapuskan orang berselindung disebalik Islam dengan dan tinggalkan orang benar2 beriman dan benar2 berada diatas jalanNya sahaj . Mungkin ini gelombang yang kedua penghapusan golongan yang tidak ikhlas selepas kumpulan Datok Asri dahulu .
Betul ke begitu kesian ahli PAS di Perlis dari pemimpin hingga ahli tidak dapat atau tidak berjaya menghayati perinsip islam, amal Islami yangdibwa oleh PAS.
Kenapa ini berlaku, sebabnya pimpinan PAS Perlis gagal mentarbiah dan ditarbiah termasuk lah ustaz kot.
Tegurlah secara berhemah tidak secara terbuka yang akan menguntungkan musuh.Percayalah kalau ini caranya pasti yang menang menjadi arang yang kalah menjadi abu sama-sama hancur.
Teruk sangatkah pihak yang dikritik sehingga perlu ditegur sebegini rupa.
Post a Comment