Wednesday, October 13, 2010

Lima Bahasa


SATU – BAHASA ORANG UNDANG-UNDANG

"Tiada ahli keluarga saya yang terlibat dengan dakwaan yang berniat jahat itu dan saya akan menggunakan hak saya dibawah undang-undang dan melaporkan perkara ini kepada SPRM agar satu siasatan dapat dilakukan. Ianya menyedihkan apabila mendapati blog tersebut turut membuat spekulasi dan tuduhan salahlaku terhadap Ketua Setiausaha Kementerian dan juga penjawat awam lain." – Rais Yatim.

DUA – BAHASA ORANG POLITIK

“PAS akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk bertanding di Batu Sapi. Kita mempunyai jentera dan calon yang mampu menarik sokongan rakyat dan dengan nisbah pengundi 60 peratus Muslim, ianya bukan perkara mustahil bagi PAS memenangi kerusi tersebut. Walau bagaimanapun PAS akan akur kepada muafakat Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang akan diadakan Rabu ini.” – Tuan Ibrahim Tuan Man.

TIGA – BAHASA ORANG AGAMA

“DPPP bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma-norma mulia orang Timur. Bagi pihak DPPP dan seluruh umat Islam yang prihatin, insya Allah DPPP akan cuba sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak-anak muda.” – Nasruddin Hassan

EMPAT – BAHASA ORANG ISTANA

“Sultan Muhammad Ke V, hari ini telah mengampuni perkenaan untuk menarik pingat yang membawa gelaran Datuk daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, bekas setiausaha kerajaan negeri, Wan Hashim Wan Daud, Tengku Mohamed Shafei Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor. Kesemua darjah kebesaran itu ditarik gelarannya berkuat kuasa serta merta bermula hari ini, 13 Oktober.” - Mohd Aiseri Alias.

LIMA – BAHASA ORANG KENA TARIK GELARAN

"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur. Apa masalahnya? Jika betul, ini satu isu, maka jika saya kentut pun menjadi satu masalah. Jika awak nak serang saya pun, cari isu yang betul. Jika Ibrahim Ali amalkan rasuah, salah guna kuasa ataupun meliwat, maka seranglah saya. Jika awak dapati saya melakukan kesilapan yang mempunyai implikasi besar, maka anda boleh serang saya.” – Ibrahim Ali

---------------------------------
Kampong Kubang Paya, Arau - 8.11 pm

3 comments:

baginda® said...

kahkahkah baru ada akai berahing nih... kahkahkah

kalau da sakit tu letak jer jawatan leh kite ber PRK di PasirMah

LENSAPR said...

Bahasa Orang Pas - walak syeikh, orang bawah tak paham apa pimpinan buat, tsiqah ya sheikh, husnul zon ya sahabat.

Lama-lama parti pun macam Umno juga, sapu balak

Anonymous said...

Amacam pula yang JENIS TAK RETI BAHASA?