Thursday, December 23, 2010

Ganti Md Isa Atau PAS Menang?

Md Isa kata dia tak tau ada orang nak ganti dia. Maknanya dia masih Pengerusi Perhubungan Umno Perlis yang sah hingga Najib ganti dengan orang lain. Itu pun kalau Najib nak ganti. Kalau tak, dia akan kekal sebagai pengerusi.

Kalau Najib nak ganti Md Isa, sapa yang boleh ganti dia?

Shahidan Kassim, rasanya tak mungkin. Walau pun tidak mustahil, tapi lantik Shahidan kali kedua agak pelik, jarang-jarang orang buat. Lagi pun, Shahidan tak mesra dengan istana. Tak mungkin salah seorang exco kerajaan negeri sekarang yang juga dari istana akan merelakan Shahidan dilantik semula.

Syed Razlan, juga agak mustahil sebab dia orang istana. Kalau dia jadi Pengerusi Perhubungan Umno dan ditakdirkan BN menang lagi dalam PRU akan datang, maknanya kerusi MB milik dia.

Tentu agak kurang manis dua beradik berada di singgahsana pemerintahan negeri. Tak mungkin raja Perlis sekarang akan merestui keadaan itu berlaku. Baginda tentu kurang selesa dengan keadaan itu.

Sapa lagi tokoh Umno Perlis yang ada selain Md Isa? Yazid Mat, dia ibarat ubat tamat tempoh. Sudah tidak punya ummpphh lagi untuk memimpin Umno. Prestasinya pun bukan menyerlah sangat sama ada sebagai pemimpin Umno atau pemimpin negeri. Biasa-biasa sahaja.

Radzi Syeikh Ahmad, dia pernah letak jawatan sebagai SU Agong Umno. Suaranya pun jarang kedengaran dan kelibatnya pun jarang nampak di Perlis. Dia duduk dimana pun orang Perlis tak tau. Apa yang orang Perlis tau, rumah dia memang di Perlis.

Azmi Khalid, dia lebih kurang macam Yazid Mat juga. Kalau ibarat tayar, sudah kehabisan bunga dan kalau brek pun tidak mencengkam lagi. Brek di sini berhenti di sana. Sudah tidak makan, ikut kata oranglah.

Sapa lagi tokoh Umno yang ada? Exco-exco yang lain kalau ada yang dilantik jadi Pengerusi Perhubungan Umno tentu kena buli dengan Shahidan kecuali yang jadi geng Shahidan.

ADUN Guar Sanji yang orang sebut-sebut baik dan warak tu pun kena buli dengan Shahidan. Takkan dia Najib nak lantik jadi orang nombor satu Umno Perlis.

Exco dan pemimpin Umno yang lain semuanya tumpang semangkuk sahaja. Kalau Shahidan jadi ketua tumpang mangkuk Shahidan. Kalau Md Isa jadi ketua tumpang mangkuk Md Isa. Nak harap depa tu ada mangkuk sendiri, entah bila. Lebai mangkuk adalah…

Tapi orang kampung bukan kisah sangat dengan itu semua. Bagi depa, asal nampak kelibat dacing saja terus pangkah. Sama ada yang pimpin dacing tu berwibawa atau tidak, itu tidak penting, yang penting dacing.

Petang tadi jumpa Bang Mat Sabu di tempat kenduri. Dia tanya, “Macam mana Perlis, boleh menang?” Entah, garu kepala juga nak jawab. Tak jawab, yang tanya pimpinan pusat. Tanya pula dengan penuh semangat.

Nak kata tak boleh menang, perjuangan PAS mesti sentiasa optimis, meyakini kemenangan. Itu yang diajar dalam usrah dulu-dulu (lama dah tak pi usrah, pasai apa…?).

Nak kata boleh menang, Perlis bukan macam Perak atau Selangor. Cina Perlis bukan macam Cina Perak atau Selangor. PAS Perlis pun bukan macam PAS Perak atau Selangor, atau macam PAS Kedah. Tidak patut sangat tak kata PAS boleh menang.

Tapi nak kata PAS boleh menang, tidak ada pun gelombang itu. PAS memang ada aktiviti, program, mesyuarat tak berhenti, usrah memang kerap, tak percaya tengok diari pemimpin PAS. Penuh!

Macam pernah sebut sebelum ini, ada orang yang tidak pernah merasai kewujudan PAS. Mereka hanya menyedari kewujudan PAS pada musim pilihanraya sahaja, itu pun bila nampak poster bulan tergantung.

Macam mana saya boleh tahu itu semua? Jawabnya, apabila saya bergaul dengan orang biasa, bukan orang kuat PAS.

--------------------------------
Jejawi, Lepas Pening Buat Kerja

2 comments:

Anonymous said...

nampak dacing terus pangkah, mentaliti lama yg perlu ditukar

SUDAH PKR BERSEDIA GANTI UMNO

Anak Perelih said...

sebabnya maklumat alternatif susah dapat... harakah susah dapat.. seruan keadilan dgn roket lagilah... sebab tu cina perelih tak macam cina Perak/Selangor... yg kalih... CIna Perak dan Selanfor kalih sebab depa dok di bandar bandar dan terdedah maklumat alternatif dan internet... cina luar bandar di {perak selangor pun macam cina di perelih jugak.. cuba check keputusan pilihanraya 2008 kawasan luar bandar yg cina 40% - 50% di Selangor... saya dah check dah.... Perak tak pasti lak... Yg kalih 2008 bukan orang cina.. tapi orang bandar yg terdedah maklumat alternatif dan kurang bergantung kepada bantuan kerajaan pusat...

lepas tu rakyat perelih ni banyak yg orang susah...(tak sampai taraf miskin)... ramai kais pagi kais petang... jadi banyak yg dok harap gula gula tu tyerutama masa shahidan dok jadi MB... kan masa tu Shahidan dok bagi duit masa dekat raya dan pilihanraya... tu punca yg saya dok tengok orang Perelih dok sokong BN...