Di hentian bas ekspres.
Orang itu, “Encik, kat mana surau?”
Saya, “Entah, saya pun tak tahu.”
Di atas teksi.
Saya, “Kat hentian bas ekspres memang tak ada surau?”
Pemandu, “Memang tak ada. Kalau ada pun jauh sangat.”
Kurang dapat dipastikan berapa ramai yang Subuh Gajah pada pagi ini kerana ketiadaan kemudahan surau di sini. Apa yang pasti gajah memang tak solat Subuh.
Tiada surau, dimana?
Selangor.
Dimana?
Shah Alam.
Dimana?
Hentian bas ekspres.
Dimana?
Seksyen 17.
Mengapa tiada surau di situ? Mungkin kerana orang besar-besar jarang atau tidak pernah naik bas ekspres. Mereka tak pernah memijak tangga bas ekspres pada waktu Subuh.
Mengapa mereka tak pernah pijak tangga bas ekspres?
Ya, sebab mereka orang besar yang punya kereta besar.
Eh, surau mungkin ada. Ya, mungkin. Tetapi kalau ada surau dan tiada papan tanda surau, serupa macam tak ada.Tapi kalau ada, tak mungkin tak ada papan tanda pula.
Comform, tiada.
5 comments:
Stesen Bas S17 tu UMNO yang buat.Tapi rasanya saya pernah solat kat situ.
Dulu ada surau, kenapa skrg takda surau pulak??
Ini seperti masuk sesetengah tandas Cina , tiada pili air didalamnya , yang ada hanya tissue . Kenapa nak salahkan mereka , kan mereka memeang bergitu ! .
salam tuan. surau kt stesyen bas sec 17 tu ada. kat belakang tpt jual tiket transnasional.. tuan tanya org yg x sembahyang kot
Surau ada kat belakang. Facing futsal court. Tanya salah orang tu. Kena check betul-betul dulu jangan main tulis sebarangan tak baik.
Solat tak semestinya kat surau aje. Tepi bangunan pun boleh.
TB,
Saya tak suka UMNO juga tapi janganlah kita nak meyalahkan mereka aje. Kalau betul tak ada kerajaan Pakatan kena buatlah.
Saya suatu ketika di Pekan Kuah Langkawi, nak solat asar, berpeluh-peluh cari surau, mula-mula nampak markaz pas tapi kecewa apabila orang kampung cakap dah lama tak digunakan (mungkin dibuka 5 tahun sekali-sewaktu pilihanraya)last sekali kami diberitahu ada satu bilik kecil di Bangunan Mara yang dijadikan surau..kita kecewa mendengar hasil kajian bahawa hanya 20 peratus umat Islam 1Malaysia solat cukup 5 waktu, tetapi lebih kecewa apabila sukarnya nak cari tempat solat..
Post a Comment