Thursday, December 30, 2010

Syabas Mahfuz!

Kalau tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Inilah gambaran kepada tindakan Mahfuz meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd. Saya percaya sebab-sebab perletakan jawatan itu tiada kena-mengena dengan faktor luaran yakni Umno atau BN.

Mahfuz memang jenis manusia yang tidak takut dengan Umno. Dia tidak hairan sangat jika berhadapan dengan konspirasi Umno. Dia pernah masuk penjara, sanggup tidak balik rumah, berhujan berpanas untuk lawan Umno.

Baginya Umno kecil sahaja, enteng sahaja. Bukan sehari dua dia melawan Umno. Daripada seorang ahli biasa PAS, dia menapak sehingga ke kerusi Naib Presiden kerana melawan Umno. Sampai ke hari ini, semangat melawan Umno dalam dirinya tidak pernah luntur, walau pun dia semakin berusia. Mahfuz seperti tidak pernah penat melawan Umno / BN.

Namun, sesuatu yang mengejutkan apabila dia meletak jawatan dalam Kedah Sato. Orang yang tidak pernah penat seperti Mahfuz sebenarnya tidak kenal istilah letak jawatan. Tetapi dalam kes Kedah Sato, mengapa dia letak jawatan?

Tentu ada sesuatu yang tidak kena. Saya percaya dia mengambil tindakan itu kerana tidak mahu mengusutkan keadaan. Atau, tidak mahu terlibat dengan sesuatu yang pada jangkaannya boleh mengusutkan keadaan. Atau, tidak mahu bertembung dengan seseorang yang bakal mengeruhkan keadaan.

Tindakannya itu diyakini kerana dia sayangkan MB Kedah dan rakan-rakannya dalam kerajaan negeri Kedah. Jika dia terus juga berada di dalam Kedah Sato, dia akan bertembung dengan seseorang dan itu sudah tentu menimbulkan ‘malu-malu mata’ antara dia dengan orang itu.

Sedikit sebanyak saya tahu sebab dan punca perletakan jawatan itu. Sembang-sembang dengan orang PAS Kedah, membawa isyarat kepada perkara ini. Memang orang tidak tahu bahawa Mahfuz akan meletak jawatan sehingga dia meletak jawatan, tetapi soksek dalaman boleh dijadikan sebab mengapa ini semua terjadi.

Apa pun, keputusan Mahfuz sangat besar maknanya, jika mereka yang berkaitan pandai untuk berfikir. Sangat diharapkan, apa-apa sebab yang mendorong Mahfuz meletak jawatan diperbaiki. Dia meletak jawatan kerana isu-isu dalaman, bukan isu-isu luaran.

Jika tindakan Mahfuz meletak jawatan tidak menyedarkan juga pihak yang terlibat, masalah itu akan terus membarah. Dan, tidak mustahil Mahfuz akan bersuara lebih keras. Semua orang kenal Mahfuz, dia memang seorang yang berprinsip dan tidak tahan mulut jika sesuatu yang tidak betul dilihatnya berlaku.

Bukankah Mahfuz pernah bersuara suatu ketika dahulu dalam isu Arif Fahmi sehingga ramai orang marahkannya? Dia bersuara kerana dia yakin bahawa dia perlu bersuara untuk membetulkan kepincangan yang berlaku sekali pun melibatkan Tok Guru.

Kepada exco negeri Kedah yang terlibat dengan isu ini, pohon diperbaiki apa-apa yang pincang. Keadilan bukan sekadar suatu falsafah tetapi sesuatu yang boleh dilihat.

Syabas Mahfuz!

9 comments:

BILLYtheKID said...

Cuba-cuba jengok helangkedah.blogspot.com

mungkin disana akan temui jawapannya.

Anonymous said...

Nak syabas ke bendenye kat orang yang letak jawatan. Itu tandanya lari dari tanggungjawab. Isu dalaman maknanya masalah dalam kelambu sendiri. Kalau kelambu orang, sikit punya nak tunjuk hero.
Itula..nak jadi chairman company, bukannya serupa macam jadi chairman Batu 9...puak PAS hulu bolehla kagum...
Sapa kah orang yang Mahfuz duk beradab tertib tu??? GMD BDB ka?? Si Jahubar Sathik yang dikutip oleh YB Amirudin?? Mmm..mamak keling kena tendang zaman Sanusi pasal dok ada banyak sangat agenda sebalik batu..hangpa pi lantik balik. Tu la...La ni pakat-pakat kena kencing mamak paria... YB Amirudin senyum saja...

taktau nk sokong sapa dah said...

nak heran apa, tuan bongkarsauh pun dulu kena tendang dari MADI pasai apa??? Pasai hal ehwal berkaitan fulus jugak kan?? Pelahap2 fulus ni bukan boleh kira, tak kira la bertopengkan necktie ke, serban ke, janggut ke....

Anonymous said...

Cuma nak habaq kat ustad bahawa bukan sebab dia tak nak bertembung dgn sapa-sapa menyebabkan dia letak jawatan tetapi kerana ahli-ahli lembaga pengarah termasuk pimpinan kanan negeri telah membelakangkan nasihatnya sebagai pengerusi glc bahawa cara pemberian tender tu adalah salah dan tidak boleh diterima. Jika dia terus kekal sebagai pengerusi maka dia akan turut bersubahat meluluskan benda yang salah.

Sebagai seorang yang berprinsip, saya ucap SYABAS kepada Mahfuz ...

Kawan Lama

Anonymous said...

Adakah itu yang terbaik untuk Mahfuz dan kakitangan syarikat?

Adakah itu satu prinsip kebanggaan bagi seorang pejuang?

Adakah itu satu kebiasaan dalam prinsip menegakkan yang hak dalam PAS?

Betapa koman spanarnya hangpa....

Anonymous said...

Yang duk protect Jahubar dan Din Koko, adalah YB Amirudin. Ada agenda tersendiri. Amirudin nak pakai duit, Din Koko boleh huloq pakai duit Darulaman Realty. Jahubar minta apa pun, Amirudin buat kering saja.. Jahubar siap tukar Perdana pakai Camry siap plat nombor mamak lagi, ..786. Baru-baru ni siap tambah Pajero Sport lagi untuk kegunaan peribadi.
MB pulak percaya sungguh kat Amirudin ni..yelah..Amirudin ni pun darah keturunan Umno juga..active dalam JIM. Orang JIM bila dah ada kuasa, mula la perangai bertukaq jadi JIN..
Masalahnya, orang PAS bawahan cukup terpegun dengan puak ni.. Bukannya puak tu pandai sangat.., tapi puak PAS bawahan yang bodoh.

Anonymous said...

Aku tau hang pa ni sapa.Makhluk2 yang tak suka tenguk kejayaan dan perkembangan syarikat, yang hang pa tau nak mengata dan mengutuk tanpa sebarang bukti.cuma dengang2 cakap org tanpa usul periksa.Berani cakap di belakang.org guna IT yang canggih adalah untuk mendapat maklumat untuk perkembangan minda dan juga pebaik cara kerja,tapi hang pa salah guna teknologi ini untuk buat fitnah semata-mata.Ibarat baling batu sembunyi tangan.kalau tak tau hujung pangkai tok sah dok menyalak tak tentu pasai macam anjing.tapi anjing pun kalau nak menyalak ada sebab.Tapi hang pa ni macam anjing kurap,menyalak tak tentu pasai, pasai gatai. lebih dari paria tak dak teloq.Aku tau hang ni sapa.Dah tak tau nak uruskan syarikat,dah lah hang bagi syarikat lingkup,bankrap nak gulung tikag sampai sewa tak boleh bayaq,keluarlah p duduk bawah pokok ceri buka meniaga, tu pun kalau mamak pokok ceri tak hambat.harap org suapkan kerja, tapi kerja yang buat macam taik.Bila org tak bagi keja kata tak dak semangat melayulah, macam mana melayu nak maju kalau perangai macam ni.yang hang pa tau dok kat kedai tepi sungai,bang maghrib pun nak habih, loceng tok kong pun dah habis bunyi hang pa dok jemaah tang tu.Buka ceta orang nu tak betoi, orang ni tak betoi hang pa saja betoi, sampai MBI hang pa nak bagi lingkup.

Bangsa lain tak ghegiau mcm hang pa.Depa tau apa kami buat.Sebab tu depa maju.Lang Merah hoi @ iblis thekid hoi, nama timangan hebat,tapi haprak.Ada juga sisa-sisa kimia (toksid dlm syarikat) yang telah disingkirkan oleh syarikat pasai tak tau buat keja,bila kena perambat,masuk blog kata kena "NAYA".kalau makhluk2 ni keja dgn bangsa lain baru depa tau langit tinggi rendah.Akhir sekali wahai Lang Merah @ iblis thekid dan sisa-sisa kimia yang BACOI tak payah dok menyalak mcm anjing kurap,aku tau hang pa sapa,tunggu masa saja aku bukak topeng hang pa dan londeh hang pa punya pekung.Lebih baik pi duduk di masjid baca terjemahan Quran masuk blog , dakwah terjemahan untuk renungan orang. KLU YG NI PUN HANG PA TAK TAU NAK BUAT,HANG PA P DOK KAT TOK KONG SEMBANG DENGAN TOK KONG.

Anonymous said...

haha ... ada jugak orang yang bantai bloggers kat sini ... betui la aku rasa benda pasal mahfuz ngan jahubar ni cerita dongeng ... aku duk BDB gak aku tau la ... jahubar ni baguih orangnya .... aku rasa orang yang duk fitnah dia ni orang yang dulu kena buang kerja awal dulu ... hangpa kerja tak betul, perangai tak senonoh lepas tu cari fitnah nak bantai orang orang yang tak bersalah ... mahfuz tu bukan ada pelajaran pun ... dia nak amik tau pasai GLC buat pa ?? kalau dia boleh then aku pun layak ... aku at least ada degree pastu kerja dah banyak tahun ... biaq pi la benda tu .. aku cuma nak nasihat bloggers sekalian .. jangan fitnah kalau hangpa tak tau cerita ... tak baik ... selain dari tu hangpa pikiaq la sendiri ... sebab hujung nanti hangpa yang akan menjawab ngan tuhan ... salam ..

Anonymous said...

Hancuss...hancusss.....2x5...5x2...
Zaman dulu GLC maju jaya....zaman PAS GLC tak ketahuan hala...
wala'....jangan tak wala'