Thursday, December 2, 2010

Tazkirah Buat Lim Kit Siang

Sehari dua ini heboh bahawa YB akan jadi TPM kalau Pakatan menang. Ramai orang tak suka YB pegang jawatan itu. Walau pun anak YB jadi KM, tapi YB tak boleh jadi TPM, apatah lagi PM.

Adakah YB tahu mengapa YB tak boleh jadi TPM? Sebab mata YB sepet, rambut YB kurus, YB pelat? Nama YB bermula dengan Lim?

Mata sepet boleh dilebarkan, rambut lurus boleh di’rebonding’kan, lidah pelat boleh dikikiskan. Agama pun boleh ditukar apatah lagi nama.

Darah YB merah, YB adalah warga negara, YB makan nasi walau pun pakai sepit, YB dapat apa yang kebanyakan rakyat Malaysia dapat, YB bayar cukai. Tapi, YB ingat, YB tetap tak boleh jadi TPM. PM, tolong jangan mimpi.

Tentu YB tahu, kerana YB adalah orang Cina. Ulang, orang Cina. Ulang lagi, Ciiii naaaa….!

YB tak akan jadi Melayu sampai bila-bila. Sampai bulan terbelah dua. Sampai bangkitnya Dajjal. Sampai bumi hancur berkecai. Sampai dunia hancur riuk, sampai bintang berguguran. YB tetap Cina.

YB akan mati sebagai Cina. Kalau YB masuk syurga, Cina. Sebaliknya pun Cina juga. YB tetap Cina walau pun YB dikuburkan di kuburan orang Islam.

YB tetap Cina walau pun YB makan sireh, makan sambal belacan, makan budu, makan cencaluk. YB tetap Cina, walau pun YB pakai baju Melayu, menari Dondang Sayang, berjoget Canggung, bahkan bersisip keris di pinggang.

Cina tetap Cina, walau pun diubah status bangsa dalam borang-borang. Kalau YB tinggal di Malaysia, orang panggil Cina Malaysia. Di Thailand, Cina Thailand. Di Burma, Cina Burma. Di Kutub Utara, Cina Kutub Utara. Cina, tetap Cina.

Adakah apa-apa cara untuk membolehkan YB tak jadi Cina? Terjun dalam kuali minyak hitam, keluar kulit jadi hitam. YB jadi keling? Tidak, YB tetap Cina. Orang panggil Cina Hitam. Buat ‘plastic surgery’ supaya hidung mancung macam Hindustan, mata bulat macam orang Eskimo, orang tetap panggil YB Cina.

Kalau YB kahwin dengan orang Melayu, dapat anak, orang panggil anak itu kacukan Cina-Melayu. Masuk Islam, orang panggil Cina Muslim. Duduk di pekan, orang panggil Cina Pekan. Duduk di kampong, orang panggil Cina kampong. Duduk dalam hutan, orang panggil Cina Hutan.

Cina jugakan. Kalau YB nak tahu itulah sebab YB tak layak jadi TPM. Itulah juga sebabnya YB tidak layak bermimpi untuk jadi PM.

Tidak habis setakat itu, kalau perbuatan buruk dalam perkahwinan orang panggil dengan bangsa YB, Kahwin Cina Buta. Ada pokok yang berasal dari Mekah, Senna Makky dinamakan oleh orang Melayu dengan Cina Maki. Ada bunga yang dipanggil bunga Cina, entah mengapa tidak diketahui.

Pendek kata, walau pun Cina ada tamadun yang sangat tua, lebih tua dari tamadun Arab sendiri, bangsa YB tetap tiada tempat di sini kerana YB adalah orang Cina.

Tak apa, walau pun orang tidak suka YB jadi TPM Malaysia, tetapi YB tetap berpeluang untuk masuk syurga.

Nak masuk syurga bukan macam nak jadi TPM Malaysia. Kekallah sebagai Cina dan masuklah syurga. Tuhan yang mencipta syurga adalah Tuhan yang mencipta semua bangsa.

Dan, kerana itu, saya pernah berpesan kepada anak teruna saya, “Anakku, kalau dapat berkahwinlah dengan orang Cina.”

--------------------------------------------------------------------

Kampong Kubang Paya Arau, kampong tanpa orang Cina - 2: 46 pm

8 comments:

Anonymous said...

sabahal khair

apa yang membezakan manusia ialah takwa bukan warna kulit.

AWAS DEB KEMBALI

Anonymous said...

Hang ni melalut apa ni..??? Tak ketahuan punca...

Memang la Kit Siang tu bangsa cina... Tapi dia Islam ka..?? Apa aqidah dia?? Apa kepercayaan dia?? Awat banyak sangat ka persamaan dia dengan hang??? Hang posa bulan Ramadhan.., dia turut posa sama ka?? Dia sembahyang 5 waktu sama ka?? Kalau banyak persamaan dengan PAS hang.., tak dak masalah..

Yang hang konar sana konar sini.. macam tak cukup akai pasai pa?? Hang tu ustad..pikiaq la cara ustad.. awat bangang sangat wei..

Kalau hang mati.., Kit Siang buleh masuk sekali ka satu liang dgn hang kebumi hang?? Doa dia sampai ka kat hang???

Hang nak kena penerhajang???

Anonymous said...

Woi beruk, aku tak penerajang hang dulu nasib baik. Kalau hang kena penerajang aku, hang bukan takat bisu, tapi semua tujuh keturunan hang bodoh macam lembu.... oopps ..silap bodoh macam UMNO... ha ha ha

Anonymous said...

Bagaimana saya meminta Anda untuk rincian lebih lanjut? needda posting Great tahu lebih banyak ...

Anonymous said...

Lovely tajam posting. Tidak pernah berpikir bahwa itu adalah ini mudah. Extolment untuk Anda!

Anonymous said...

Sangat barang bagus.

Anonymous said...

Wow! Terima kasih! Saya selalu ingin menulis dalam sesuatu situs saya seperti itu. Dapatkah saya mengambil bagian dari posting Anda ke blog saya?.

Anonymous said...

Ini benar-benar menarik. Aku suka membacanya