Saturday, September 4, 2010

Nasionalkan PAS - Mujahid Menongkah Arus?

Walau pun saya belum berkesempatan memiliki apatah membaca buku baru Dr Mujahid, Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang Dan Dinamisme, namun secara rambang saya dapat menduga fikiran yang terkandung di dalam buku terebut berdasarkan laporan media maya.

Saya yakin, pemikiran Dr Mujahid mewakili pemikiran ramai golongan muda terpelajar di dalam dan di luar PAS.

Harapan yang diletak kepada buku itu ialah, semua persepsi buruk kepada PAS hasil daripada ‘tindakan semasa’ atau ‘respon semasa’ orang-orang PAS terhadap apa yang dikaitkan dengan kebiasaan dan amalan Umno dan kerajaan dapat dikikis.

Misalnya, masih ada orang PAS yang menganggap bangun menghormati lagu Negaraku adalah haram. Dalam suatu mesyuarat, saya pernah dibantah kerana mencadangkan pemakaian baju batik untuk suatu majlis PAS.

Begitu juga dengan pemakaian songkok hitam yang disinonimkan dengan Umno, tak patut dipakai oleh PAS. Semua perkara yang berkait dengan PAS mestilah berwarna hijau dan banyak lagi, meletakkan PAS seolah-olah tersisih daripada aspirasi nasional.

Contoh-contoh di atas adalah contoh-contoh kecil yang terpahat kukuh dalam kepala sebahagian ahli PAS di peringkat akar umbi. Natijahnya ialah, PAS tidak berkembang seperti sepatutnya, PAS menjadi parti ekslusif dan PAS hanya untuk orang PAS.

Malang lagi apabila semua respon biasa ahli PAS itu dikaitkan dengan Islam kerana PAS adalah parti Islam. Akhirnya Islam turut terpalit mungkin secara tidak sengaja dengan ‘pendirian-pendirian’ ahli-ahli PAS itu.

Kesempatan itu diambil oleh Umno untuk melabelkan orang-orang PAS dengan label ekstrim dan macam-macam lagi.

Terbaru ialah tulisan Dr Ridzuan Tee yang masih melabelkan PAS mengkafirkan perlembagaan Malaysia berdasarkan apa yang dinamakan sebagai ‘Amanat Hj Hadi’.

Terus-terang saya katakan, saya bangga dengan Dr Mujahid. Walau pun apa yang ditampilkan ini bukan sesuatu yang baru, ia tetap memberi nafas baru kepada PAS.

Saya percaya ini bukan suatu kerja mudah. Tidak keterlaluan jika saya katakan, dalam kalangan pemimpin PAS pun masih ada yang berfikiran seperti orang PAS pada awal 80 an dahulu.

Kita bukan sekadar memerlukan kepandaian, tetapi juga keberanian. Saya berharap buku ini tidak sekadar menjadi sajian akademik tetapi sesuatu yang realiti.

--------------------------------------------------------------

Kampong Kubang Paya - 6:32 pm

4 comments:

pencatat said...

"inilah hasil ideanya bila tidak benar2 melalui tarbiyyah Pas" ahahaha geng ganu-n-co dah labelkan Mujahid (sbgmana khalid samad, dr dzulkifli n seumpamanya)sbg golongan yg tidak dapat tarbiyyah Pas, proksi anwar, saki baki Irc etc etc

dalam silibus usrah student2 ipt dlm n luar negeri pon benda2 ni le yg dicanang sana sini, ust Idris n Nasruddin Hassan memang idola gile2punya.....ntah mampu berubah ke kepala bana diorg2 ni...

alhusseyn said...

Tolong update kan link blog ana :http://alhusseyn2-alhusseyn.blogspot.com/

Anok Hussein said...

Baguslah jika PAS dah mula berubah. Nama pun PAS baru. Baru sedar orang PAS ye. Maknanya UMNO dah lama kedepan, maju dan lebih rasional dalam tindak tanduk keagamaan. PAS baru nak belajar. Alhamdulillah.

Anonymous said...

-PAS wajib berubah dari sekarang. wajarkah org pakai songkok, baju batik, kibarkan bendera malaysia, berdiri nyanyi laguu negaraku dan seumpamanya diperbodohkan kununnya penyokong UMno...

-Kalau suatu pndgn dtgnya dari org pro-Umno sekalipun baik diketepilan. tapi klu dari pro Pas mereka akan cuba hurai hujah tersebut menjadi lunak telinga mendengarnya.

-Macamana mereka nak terima org2 intelek dalam PAS seandainya kebanyakan ahlinya dan pendokongnya berfikiran KOLOT sebegitu... seolah-olah mereka tak cintakan negara malaysia dan adat2 malaysia... tidakkah adat itu diterima selama mana tidak bercanggah dengan nas?

-sayangkan PAS.