Nik Aziz Kehilangan Melayu?
Orang Melayu jadi Melayu, sama sahaja dengan orang Cina jadi Cina atau orang India jadi India. Tiada siapa berhak untuk memilih bangsa yang dia inginkan. Kalau seseorang itu tidak mahu jadi Melayu pun, dia tetap Melayu jika ibu bapanya adalah Melayu. Begitulah seterusnya.
Adakah salah seorang Melayu tidak mengaku bahawa dia orang Melayu? Atau, adakah salah seorang Cina mengaku dia adalah Melayu atau seorang Siam mengaku dia adalah Cina?
Tidak mahu jadi Melayu atau Siam atau Cina atau India, tidak sama dengan tidak mahu jadi seorang Muslim.
Kalau seseorang itu berkata, “Saya bukan Melayu”, pada hal dia adalah Melayu, adakah wujud implikasi hukum di situ?
Tetapi kalau seseorang itu berkata, “Saya bukan Muslim,” padahal dia adalah seorang Muslim, di sini wujud implikasi hukum. Sekurang-kurangnya dia berdosa besar kalau pun tidak menjadi murtad tanpa mengira apa bangsanya dan di mana dia berada.
Kenapa manusia tidak dibekalkan keupayaan untuk memilih bangsa? Mengapa Nabi kita berbangsa Arab dan dia menjadi Nabi kepada semua bangsa?
Manusia dibekalkan keupayaan untuk memilih jalan hidup dalam beragama. Nabi diutuskan dan kitab diturunkan untuk membimbing manusia memilih agama bukan memilih bangsa. Kenapa?
Adakah manusia diberi nikmat di akhirat atau menghadapi kehidupan sengsara di sana kerana bangsa?
Syurga bukan untuk Melayu dan neraka bukan untuk Cina, atau syurga bukan untuk Arab dan neraka bukan untuk Melayu. Syurga dan neraka bukan ditentukan dengan bangsa tetapi dengan agama.
Melayu, Cina, India, Siam, atau apa sahaja, darahnya merah. Bumi mereka adalah sama. Langit mereka adalah satu. Udara mereka adalah sejenis. Bahkan Tuhan mereka juga adalah satu, Allah.
Justeru, apa bezanya antara mereka? Bezanya ialah sama ada mereka menyembah Allah atau tidak. Itulah penentuan muktamad sama ada mereka ke neraka atau ke syurga.
Adakah Melayu akan tetap ke syurga walau pun tidak menyembah Allah atau Cina akan tetap ke neraka walau pun menyembah Allah? Adakah begitu?
Huh, jijik benar apabila sampai kini Umno masih meratib Melayu, Melayu, Melayu…
Saya, anda, dia, mereka, Nik Aziz tetap Melayu walau pun kita tak suka Melayu. Kita bukan Cina walau pun kita berkawan dengan Cina. Nabi kita tetap orang Arab walau pun dia menjadi rasul kepada orang Melayu, Cina, India dan semua sekali.
Habis, mengapa kita pening-pening bimbangkan Melayu? Adakah hanya orang Melayu sahaja yang ada Islam?
Adakah kita lupa bahawa ada Cina Muslim, India Muslim, Kadazan Muslim, Iban Muslim? Kalau Melayu tidak mahu kepada Islam, banggakah kita menjadi Melayu?
Nik Aziz betul apabila dia berkata dia tidak bangga jadi Melayu. Sesiapa sahaja yang berkata begitu adalah betul jika Melayu tidak punya Islam.
Tapi, bagaimana pula dengan kandungan perlembagaan bahawa seseorang itu dikira Melayu hanya jika dia beragama Islam? Jawapannya ialah, bagaimana pula dengan orang yang berbangsa Melayu tetapi keluar daripada Islam?
Hilangkah Melayunya? Adakah dia akan masuk syurga dengan Melayu itu atau dengan apa?
--------------------------------------------
Kampong Kubang Paya, Arau - 11.01 pm
6 comments:
sepatutnya manusia bersyukur kerana dianugerahkan iman dan Islam, bukannya bersyukur kerana dijadikan Melayu... Kalau Melayu murtad pun kita kena bersyukur jugak ke? Ulama UMNO tolong jawab sat! Aku bersyukur kerana tidak menjadi melayu macam UMNO....
Salam ustaz...
Kupasan yang mantap, padat, tepat serta mudah difahami. Ustaz sepatutnya jadi ketua pemuda menggantikan ketua pemuda yang sedia ada sekarang. Ketua sekarang orang alim tapi tak bijaksana. Kalau berhujah dia sorang je faham. Orang yang bukan ustaz macam saya susah nak faham. Lepas tu puak-puak ortodoks pas mula mengata kami dari fahaman sekular tak pandai agama. Jawapannya adalah BENAR... kami tak berapa pandai berkenaan tentang Islam tapi bimbinglah kami supaya memahami. Gunakan bahasa yang mudah difahami.
Serupa dengan Melayu... Adakah Islam untuk melayu saja? Begitu juga PAS. Adakah PAS untuk golongan ustaz saja? Kalau bukan ustaz macam kami, puak-puak ortodoks ni akan memperlekehkan idea kami yang kononnya tidak Islamic.
Nizam,
Segala-galanya akan jadi baik dan bermanfaat jika kita saling tegur-menegur dan nasihat-menasihati.
Nizam,
Segala-galanya akan jadi baik dan bermanfaat jika kita saling tegur-menegur dan nasihat-menasihati.
Terima kasih ustaz...
Melayu akan hilang dari BUMI INI tidak lama lagi....!
sebab apo?
Sebab UMNO akan hilang !
ka ka ka !
Tiada UMNO tiada Melayu
Cuma yang akan tinggal hanya L...A...Y....U.....!
Post a Comment