Tuesday, October 26, 2010

Apa Jadi Dengan Kampong Kodiang Lama?

Semenjak hampir setahun yang lalu, saya mengendalikan kuliah Maghrib bulanan di Masjid Kampong Kodiang Lama Dalam. Pendengarnya tidaklah ramai sangat, turun naik, tetapi pernah menjangkau sehingga 50 orang.

Bagi saya itu sudah dikira ramai kerana masjid itu masjid kampong. Kehadirannya pula sepenuhnya penduduk tempatan. Saya mengkuliahkan ayat-ayat hukum, karangan as-Sabuni.

Semenjak awal lagi, saya sudah diingatkan supaya tidak bercakap pasal politik dalam kuliah. Entah mengapa saya diperingatkan begitu, saya pun kurang faham. Jangankan di masjid, jika saya berkuliah di Markas PAS pun, jarang saya bercakap soal politik secara langsung.

Saya lebih sukakan pendekatan ilmu. Jika ada isu politik yang saya ulas pun, sandarannya adalah ilmu, sekadar yang saya mampu.

Setelah beberapa lama baru saya faham bahawa kampong itu katanya kampong kuat Umno. Namun, masjid itu menjadi tempat berjumaat kepada Pengerusi Tetap PAS Pusat sekarang. Tapi, saya tak kisah itu semua, saya bersetuju untuk mengajar kerana saya suka mengajar.

Setelah bercuti sempena Ramadhan dan Idul Fitri, sehingga sekarang kuliah di situ belum dapat di sambung kembali.

Beberapa hari yang lepas, saya dihubungi oleh seseorang bertanyakan latar belakang saya. Katanya, itu semua diperlukan untuk dipanjangkan ke pejabat agama daerah. Saya berikan kerjasama penuh.

Katanya juga, samada saya boleh menyambung kuliah lagi atau tidak, bergantung kepada keputusan pejabat agama daerah. Saya katakan, saya tidak kisah. Tetapi, kalau diputuskan untuk dihentikan, saya pohon dimaklumkan untuk saya isi malam berkenaan dengan aktiviti lain.

Namun begitu, ada cerita menarik lagi yang sampai ke telinga saya. Kuliah di situ terhenti agak lama kerana ada ‘pilihanraya’. Bukan PRK kerana DUN berkenaan memang tiada wakil rakyat setelah ‘digantung’ oleh mahkamah tetapi ‘pilihanraya kuliah’.

Apa dia?

Satu mesyuarat telah diadakan di masjid, dan satu pungutan suara dibuat untuk menentukan samada kuliah di masjid itu patut diteruskan atau dihentikan. Mengejutkan, setelah diundi majoriti mahukan supaya kuliah dimasjid itu dihentikan.

Saya kurang pasti samada kuliah saya sahaja yang dihentikan atau semua kuliah. Kurang pasti juga, ‘pilihanraya’ itu dibuat di peringkat kampong atau jawatankuasa masjid sahaja.

Apa pun, keputusan itu memang menjadi buah mulut orang ramai. Saya cuma garu kepala sahaja mendengar berita itu.

Ada lagi yang menarik. Setelah beberapa hari selepas ‘pilihanraya kuliah’ itu, serombongan muslimat menemui tuan imam masjid dan memohon supaya kuliah saya diteruskan seperti biasa. Khabarnya, imam masjid itu akur.

Sampai hari ini, saya sedang menunggu keputusan terkini, diteruskan atau dihentikan. Tetapi, suara yang sampai ke telinga saya, ramai orang terkilan dengan keputusan ‘pilihanraya kuliah’ itu.

Apa yang saya alami ini menarik juga untuk disoroti dengan adil. Bagi saya, sama ada sesuatu kampong itu kuat Umno atau tidak, tidak menjadi soal. Semua orang mesti akur kepada kebenaran.

Kalau ada masjid di kampong yang kuat PAS pun, kalau masjidnya tidak diimarahkan, tiada makna juga. Masjid wajib diimarahkan sama ada oleh orang PAS atau orang Umno.

Jika apa yang saya sampaikan adalah benar, walau pun saya orang PAS, wajar diterima. Jika kerana saya orang PAS, masjid dibiarkan sepi daripada kuliah, itu tindakan tidak wajar langsung.

Tetapi kalau saya tidak dibenarkan mengajar kerana saya tiada tauliah, itu benar.

Namun saya bersyukur kerana Kampong Kodiang Lama di Kedah, kalau di Selangor tentu saya jadi sepopular Dr Asri.

6 comments:

Anonymous said...

Salam ustaz!Biasalah AJK Masjid serta jemaah2 kt kampung tu yang karat...... dah banyak ilmu agama kut.Maknanya depa dah perlu ustaz lagi.Dah akhir zaman ustaz perkara YANG BAIK nampak TAK BAIK.HARAM boleh jadi HALAL.DUNIA Ustaz DUNIA.
Wsalam!

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT said...

Salam.ambo dah linkkan blog tuan,sudi pula apa kiranya tuan linkkan blog ambo. Terima kasih....

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT said...

Terima kasih Ustaz...

Manjungmari said...

Salam Ustaz...

Kalau begitulah ceritanya, lebih baik Kedah diperintah oleh Lim Guan Eng..., hati pun tak sakit memikirkannya...c

anti karat biru said...

nok mengaji ilmu pong keno buat pilihanrayo? Dunia dah terbalik dah... kiamat pun dah tak lama dah! Tak lama lagi mrk akan buat pilihanraya utk menentukan samada sembahyang jumaat perlu atau tidak? Begitulah kefahaman org melayu bila karat2 jahiliyyah UMNO masih ada... tidakkah mereka tahu menuntut ilmu itu hukumnya wajib sepertimana sembahyang fardhu juga....

Anonymous said...

Salam Ustaz ,
Yang patut ustaz tarbiah ialah Menteri Besar Kedah , Kalau asyik tertumpu kepada anak kariah saja nak buat apa , menteri besar asyik dg aktibiti politik saja . Dulu sebelum menang kata macam2 nak buat lepas itu .......... dok sebok dg lain pulak bukan islam . Kalau macam itu benar macam kata kawan kita .... Lebih baik Lim Guan Eng perintah ... Tak sakit sangat . Biar kafir terus lagi baik dari Pemimpin yang kata islam tapi tak peduli kat islam .

Kadang kita lihat Pas lebih torut lagi . Pas itu hanya lah pati pembangkang saja . Pas bangkang umno pasal kata umno tak jalan hudud . Dap dan keadilan jalan hudud kah ? . Hudud itu adalah batas2 ketetap Allah , Pas dalam berpolitik jagakah hudud dan adab berpolitik secara islam ? . Semua temberang saja .

Kalau hendak perintah dg islam , saya nak tanya Hakim mahkamah syariah mana yang hendak diambil menjadi Kahim , Kalau hakim yang ada sekarang , semua kerja ikut sistem jahiliah . Polis mana hendak disuruh menjaga keamanaan . 90% polis adalah pak turut yang patuh kepada tuannya tidak kira hukum islam . Tarbiah dulu bagi rakyat sedar dan paham akan islam yang benar2 " Islam Syumul " . Maksud syumul ialah cara berpolitik pun mesti cara islam bukan berpolitik cara demokrasi Barat