Sunday, October 17, 2010

Jangan Manjakan Sangat Kakitangan Kerajaan

Semasa memandu pulang dari kerja, saya mendengar-dengar Najib membentang bajet. Saya pun tidak tahu apa fokus saya ketika mendengar bajet itu. Saya dengar sahaja kerana itu lebih baik daripada tidak dengar langsung.

Secara langsung saya percaya, tidak ada apa yang saya akan dapat. Jangankan durian runtuh, daun kering pun usah diharap.

Jutaan orang adalah seperti saya. Mereka bukan kakitangan kerajaan, begitu juga isteri mereka. Mereka bukan Tok Imam, Tok JKKK, Tok Batin atau guru KAFA. Mereka juga bukan pesara kerajaan. Bukan sahaja mereka, bahkan isteri mereka juga begitu.

Di tengah-tengah keluhan ramai kakitangan kerajaan kerana tidak mendapat bonus seperti yang diharap, jutaan orang seperti saya tidak teringat pun untuk mengeluh.

Wahai kakitangan kerajaan, bersyukurlah kerana anda masih berpeluang untuk mengeluh.

* * * * * * * *

Saya bekas kakitangan kerajaan. Adik beradik saya pun ramai kakitangan kerajaan dan berjawatan tinggi. Terus-terang saya katakan, saya naik muak dengan tuntutan daripada kesatuan yang mewakili kakitangan kerajaan.

Ratib mereka adalah bonus, bonus, bonus. Kemudian selang beberapa lama, naik gaji, naik gaji, naik gaji. Adakah belum cukup lagi dengan gaji, elaun dan kemudahan yang mereka terima selama ini?

Mereka bekerja di bilik berhawa dingin, sempat bersembang dan bergurau, berpeluang keluar minum dan makan semasa bekerja, hujung bulan dapat gaji. Ada lagi yang belum mereka dapat?

* * * * * * * * *

Saya bersetuju dengan PM kerana tidak memberi bonus lebih banyak daripada apa yang diberi dalam bajet baru-baru ini kepada kakitangan kerajaan. Mereka tidak perlu dimanja dan dibelai sangat.

Kerajaan tidak perlu memberi ganjaran hanya kepada kakitangan kerajaan sahaja secara khusus. Adakah kakitangan kerajaan sahaja yang terbeban dengan persekolahan anak-anak? Bagaimana dengan Pak Leh tukang panjat kelapa?

Bagi saya, kerajaan tidak perlu lagi memberi bonus atau ganjaran kepada kakitangan kerajaan. Mereka telah ada gaji tetap yang agak lumayan. Kadang-kadang gaji yang mereka terima lebih lumayan daripada sumbangan yang mereka berikan.

* * * * * * * * * * * *

Di negara kita sangat ramai mereka yang berpendapatan sangat rendah berbanding kakitangan kerajaan. Sepatutnya, apa yang diberikan kepada kakitangan kerajaan itu diberikan kepada golongan ini kerana mereka lebih memerlukan dan mereka juga punya tanggungan.

Atau, wang itu digunakan untuk menampung belanja perubatan semua lapisan rakyat Malaysia. Tidak perlu disalurkan kepada kakitangan kerajaan sahaja kerana mereka masuk hospital secara percuma.

Atau, gunakan wang yang diberikan kepada mereka itu untuk menanggung semua perbelanjaan pendidikan sehingga tidak ada sebarang bayaran lagi yang dikenakan kepada pelajar di mana-mana sekolah pun.

Kecuali Najib buat begitu kerana bimbang kakitangan kerajaan tak sokong BN pada PRU akan datang. Dalam hal ini tindakan Najib adalah betul juga demi kuasanya.

-------------------------------------
Kampong Kubang Paya, Arau - 4:28 pm

9 comments:

Anonymous said...

saya tidak setuju

biarlah kakitangan kerajaan dapat 2 bulan gaji. jangan disekat. jangan dihalang. jangan dibantah

tapi, dapatlah kiranya kakitangan kerajaan tersebut kenang nasib kami yang sepatutnya kerja kerajaan tapi tak dak kabel.

janganlah terlalu berkira bila berurusan. kerani janganlah garang di kaunter. polis janganlah terlalu mencari punca untuk menyaman. guru janganlah melenting bila dipukul ibubapa. suri rumah janganlah tawar menawar di pasar, suami puan dapat gaji setiap bulan

Anonymous said...

Suruh dia orang kerja dgn company jepun. Baru dia org tau langit tinggi rendah...

Anonymous said...

Alahai baru bagi RM500.00 kok dah senget kepala mamat ni.komen. belum lagi RM501 ke atas...macamlah banyak yang sangat kami dapat.kok kau nak juga kerjalah ngan gomen janganlah malas pulak yang pandai asik ngomen2 jee

Anonymous said...

Salam ustaz...
Niii nak habaq tak yah dengki lahh kalu kerajaan bagi pitih kat PA kami ambik. begitu juga gaji Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen yg tinggi. Dulukan Ustaz puun wakil rakyat tima gaji waaauo manyak oooo.kami hapah tak kato apa weiiii.

Anonymous said...

erm..pengumuman budget tu mmg takde apa pun effect kat kami org yg 'tengah2' yg tak dpt dikategori kt mana2 bukan pkeja gomen,bukan golngn miskin,golongn kaya pun idak..so apa yg kami dpt,dpt dgr je ar..buat pkerja gomen yg dok sama je dr dulu sampai skang even gaji makin naik, tp produktiviti takat 'ala ala' je,hrp bleh mentranformasikan diri anda...

Anonymous said...

tak nak bagi bonus tak pe, biarkan......... bila tiba PRU najib tau la langit tinggi atau rendah. tak sabar nak tunggu PRU 13.

Anonymous said...

Umumnya kakitangan kerajaan kini sudah menikmati gaji yang lebih baik dari dulu. Imbuhan2 juga datang tiap2 tahun dalam berbagai bentuk. Tetapi prestasi mereka masih ditakok lama. Bagi orang2 kampung, apa manfaat yang mereka dapat. Harga barang2 keperluan semakin naik, baja semakin naik, racun semakin naik. Baguslah ini semua...

ABH said...

nampak gayanya kakitgn kjaan wanita kena family planning la klu nk guna peruntukan cuti bersalin 300 hr sepjg tempoh pkhidmatan.klu nk cuti 3 bln sekali bersalin maknanya 3 org anak dh cukup yg selebihnya pikey pikey la sendiri

Tinta.Muallimah said...

Tapi manjakanlah bini....hadiahkan kelambu, seluaq dlm., bla bla...