Tuesday, October 19, 2010

Mari Kita Selamatkan Mahathir


Bilakah agaknya Mahathir akan berhenti daripada bercakap? Bukan bermaksud supaya beliau diam membisu, tetapi berhenti bercakap perkara yang tidak membawa makna lagi kepada kehidupan dirinya sendiri.

Mahathir sedar bahawa dia sudah berusia. Tidak patut orang seusianya bercakap seperti sekarang. Tidak patut lagi orang seusianya bercakap untuk memburuk sesiapa. Sepatutnya, apa yang dibuatnya berpuluh tahun lalu diinsafinya.

Mahathir patut jadi seperti Abdullah Badawi dalam perkara ini. Abdullah tidak lagi bercakap perkara yang tidak membawa makna, tidak berfaedah. Diamnya membuatkan orang tidak marah dan menyimpan apa-apa kesumat lagi kepadanya.

Mahathir sebenarnya sedar bahawa dia bukan lagi ada kuasa apa-apa. Cakapnya pun bukan berharga dan bernilai sangat melainkan bagi orang yang bertujuan mengeksploitasi cakapnya itu.

Dia boleh bercakap kerana dia memang suka bercakap dan ada pula orang yang suka dengar cakapnya. Tetapi biarlah cakapnya adalah cakap yang berpahala sedekah bukan cakap yang mengundang amarah.

Dalam hal ini Mahathir tidak bersalah sepenuhnya kerana kadang-kadang dia bercakap begitu kerana ada orang yang mahu dia bercakap begitu. Dia dijemput ke majlis-majlis yang bersifat provokatif. Dia diprovokasi dengan soalan-soalan yang mendorongnya bercakap begitu.

Sepatutnya beliau dijemput ke majlis yang bersifat ‘menginsafi diri’. Mengapa tiada yang menjemputnya ke program yang lebih bersifat kerohanian? Mudah-mudahan kalau dia diberi peluang bercakap pun dalam majlis sebegitu, dia sedar mengenai apa yang patut dia cakapkan.

Jangan biarkan dia bercakap untuk menjustifikasikan kesilapannya masa lalu. Orang tahu kesilapannya walau sehebat mana pun justifikasinya. Sepatutnya dia menginsafi kesilapan itu dan bukan berbangga dengannya.

Mahathir patut diselamatkan daripada bencana mulutnya sendiri. Dia mungkin tidak menyedari cakapnya kini membawa kebinasaan kepada dirinya. Kitalah yang patut menyedarkannya dan membimbingnya mengenai apa yang patut dan tidak patut keluar dari mulutnya.

Bagaimana caranya?

Jangan jemput dia ke majlis-majlis yang bersifat provokatif. Jangan biarkan dia bercakap tanpa tajuk dan kalau bertajuk pula, tajuknya hendaklah berunsur keinsafan dan kesedaran. Kalau dirasakan bahawa dia sukar dikawal apabila bercakap, jangan beri peluang dia bercakap.

Kita bukan ingin memperkecilkan kewibawaannya tetapi untuk menyelamatkan dirinya. Kita bimbang, apa yang dicakapkannya kini berpunca daripada kita yang memberi peluang kepadanya bercakap.

Pencuri memang bersalah tetapi tuan punya motosikal yang tidak mengunci motosikalnya dengan baik sehingga memberi peluang kepada pencuri untuk mencuri juga adalah bersalah.

Dia kini sepatutnya lebih banyak dijemput ke majlis bacaan Yaasin, merasmikan majlis musabaqah, tetamu khas forum perdana dan syarahan-syarahan agama.

--------------------------------------------

Kampong Kubang Paya, Arau – 9:10 pm

4 comments:

ANAFAKIR said...

Dia juga perlu dibawa melihat org mati,melihat akibat selepas mati melalui tayangan video,melihat bentuk hukuman Allah terhadap manusia sepertimana yg banyak disebarkan dlm youtube [ seorang pemuda yg baru dikebumikan 3 jam, bila digali semula wajahnya renyuk dikerjakan..kalau benar itu mmg betul dari kuburan yg baru digali ]

Dia juga perlu diberi buku2 berkaitan hidup di alam kubur dan hidup selepas mati, balasan org yg suka memfitnah, balasan orang yg tidak amanah, rasuah dan menyeksa rakyat yg tidak berdosa..Dia kan suka membaca..patut buku2 itu dihadiahkan untuknya.

Rasanya dia masih ingat dia PM Malaysia,dia menangis sewaktu ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO dulu tu,sebenarnya sekadar utk meminta ahli2 UMNO pujuknya betul2 rupanya pemimpin lain setuju dengan cakapnya utk bersara..mungkin dia tersilap di situ jadi sampai hari ini dia masih tidak puasahti dengan Najib.

Dia mungkin mahukan semula 'kuasa' itu setelah UMNO 'aman' tanpanya sebagai kemudi..

Anonymous said...

Manusia bernama Mahathir Kutty agak sukar dibetulkan.Apa yang dia lakukan dan katakan dewasa ni,adalah "bayangan kesalahan-kesalahan" yang dilakukanya 22 tahun berkuasa.Amat sukar untuk dia insaf dan sadar diri kerana inilah karmanya(kata orang Buddist).Ada kalanya dia rasa bangga akan "kesalahannya" tu dan ini menunjukkan dia tidak pernah bermuhasabah tentang diri dan kesilapanya masa dulu.Manusia jenis ini,yang umurnya sudah melebihi 80 tahun,masih ingin hidup 1000 tahun lagi.Itulah takdirnya.

Anonymous said...

ustaz juga perlu muhasabah diri sendiri. mdah2an apa yg kita dok kata tak balik dekat kita....mungkin di sisi Allah dia dah di ampun....husnuzon lah sesama manusia...sampai bila pun hati kita tidak tenang jika sering suuzzon....

nana tanjung said...

che det nie dok rasa dia ada umppphhh lagi laa tu......tak tau yg orang dah meluat habih dah kat dia....

ujub adalah satu penyakit dan antara sifat mazmumah yg patut dijauhi.....pada hal dia pernah mangaku dia saja nak pekena bro anwar dulu tu.......

nana ingat dia patut duduk di surau ke, mesjid ke jadi imam & sekali sekala bagi tazkirah di sana tu.......baru ada hasil sikit....

kata saidinan umar al-khattab = orang yg banyak bercakap...banyak buat salah...orang yg banyak salah banyak bohong dia.....orang yg banyak buat bohong....sikit malu dia....yg sikit malu tu....mati hati dia.........
hangpa pikiaq ambik laaa........