Wednesday, October 20, 2010

Warak Orang Kita

‘Di rumah kita, boleh atau tidak kita letak bingkai ayat al-Quran di bawah bingkai gambar lain?’ Itu soalan daripada seorang hamba Allah kepada saya.

Seorang lagi pula bertanya, ‘Boleh atau tidak kita makan buah tomato yang isinya berbentuk tulisan Allah?’

‘Kalau pada kulit seorang kanak-kanak ada tulisan seperti kalimah Allah, apa yang patut dia buat untuk masuk tandas?’, tanya seorang yang lain pula.

Di sebuah masjid, disebabkan bilik tandasnya dibina memanjang ke arah qiblat, maka mangkuk tandas di letak mengadap ke arah lebar bilik itu. Hampir-hampir hidung mencium dinding tandas.

Mengapa dibuat begitu? Alasannya tidak boleh buang air mengadap kiblat.

Terbaru, sekumpulan orang memulangkan wang yang diberikan oleh KM Pulau Pinang kerana wang itu adalah daripada taukeh judi.

‘Wang judi haram’, tegas mereka.

Terbaru sekali, seorang MB menadah tangan berdoa sebelum memasang ancak di tiang seri sebuah bangunan yang bakal didirikan. Tangan itu yang merencis tepung tawar, tangan itu yang memasang ancak dan tangan itu juga yang menyalami mufti negerinya.

‘Ptuiih…’, seorang lelaki meludah apabila sebuah lori membawa babi melintasi tempat dia berdiri. Sambil membetulkan seluar pendeknya dia berlalu sambil meratus, ‘Tak guna punya binatang!’

Isteri orang besar sebuah negara yang mengaku dirinya wanita pertama menyeru para peniaga, ‘Kesedaran orang ramai untuk berpakaian secara Islam mesti direbut untuk mengembangkan perniagaan.’

Warak adalah baik tapi warak orang Melayu ibarat warak seorang lelaki yang datang menemui Umar.

‘Tuan, apa hukumnya darah nyamuk yang terkena kain ihram?’

‘Kamu dari mana?’

‘Dari Iraq.’

‘Kamu datang dari Iraq ke Madinah untuk bertanya mengenai darah nyamuk. Mengapa kamu tidak bertanya mengenai darah Husain yang dipenggal kepalanya di Karbala?’

Atau, warak orang Melayu seperti warak Samiri. Tidak memakan harta orang lain secara salah tetapi harta itu dileburkan dan dijadikan patung anak lembu dan disembah.

Demikianlah warak orang kita.

----------------------------------------

Kampong Kubang Paya, Arau – 9:16 pm

12 comments:

ISA said...

Salam Ustaz,

Izinkan saya hebahkan pula di blog ikutsukaaku.

Saya dah letih dengan permainan dan kepuraan pasangan gila ini terhadap Islam.

Letih... letih... letih...

terima kasih.

Prof. Era Pasca said...

rehat minum ayaq susu dulu bro kalau leteh... pastu sambung lagik... kasik terang kek orang ramai permainan mereka nih/.. :P

Anonymous said...

Salam Ustaz,
Umar tu, Umar yang mana?
Terima kasih.

Anonymous said...

maaf mencelah kalau tak kau orang yang dok hina bagsa sendiri siapa lg?

Anonymous said...

Susah juga dapat bini berhidung belang yer...:)

Mungkin gamaknya wanita tersebut daripada keturunan beruk matyeh yang tak pernah masuk pekan...dia jadi "jakun" balik sana nuhh.....

Apa komen ustadah masitah wadud al-mauduit serta ustat fathul barua mat berjaya group?

Zolkharnain Abidin said...

Umar Ibn al-Khattab. Allah meredhainya.

Anonymous said...

ustaz..timbul persoalan..kenapa umar al khattab bertanya ttg darah husin..sedangkan husin dibunuh setelah zaman umar...?harap penjelasan

Anonymous said...

Salam Ustaz,
Benarkah Umar yang dimaksudkan itu Umar al Khattab?. Peristiwa Saidina Husain di Karbala terjadi lama selepas kewafatan Saidina Umar al Khattab. Andai benar berlaku pertemuan lelaki dari Iraq itu dengan Umar, Umar yang dimaksudkan itu saya rasa ialah Umar bin Abdul Aziz, khalifah bani Umaiyyah sewaktu beliau menjadi gabenor Madinah pada zaman al Walid. Terima kasih.

antihipokrit said...

yg tu bukan warak... itu wakrak...

pencatat said...

rasanya Ibnu Umar, sbb Umar dah lama wafat sebelum peristiwa Hussein dibunuh di era Yazid.

Anonymous said...

hehe..isteri org besar a.k.a wanita pertama tu igt, pakai baju kurung 'melayu' tu adalah pakaian cara islam..so tudung tak pyh sbb nk tunjuk 'cantekknye' rambut gerbang beliau...huahuahua...

Anonymous said...

Umar Ibn al-Khattab. Allah meredhainya.??????

Ustad, macammana la Ustad nak berjuang menegakkan yg hak..? Hujung pangkal pun Ustad duk confius lagi..