Thursday, January 13, 2011

Padan Dan Tak Padan

Padan Dan Tak Padan

KJ cabar Anwar debat isu 100 hari.

Anwar bekas TPM, KJ menantu bekas PM. Anwar ketua pembangkang parlimen, KJ ahli biasa parlimen. Anwar ketua umum, KJ ketua pemuda. Anwar dah ada cucu, KJ belum punya menantu. Anwar pernah masuk penjara, KJ lalu tepi penjara.

Tak padan… tak padan…!

UH juga cabar Anwar debat isu liwat.

Anwar bekas TPM, UH bekas….? Anwar ketua pembangkang, UH ketua …? Anwar ketua umum, UH ketua…? Anwar ada cucu, UH ada…? Anwar masuk penjara, UH masuk…?

Tak padan… tak padan!

Kalau dua-dua tak padan, siapa yang padan?

Siapa lagi kalau bukan Najib. Tapi sayang, yang sepadan tak berani pulak. Yang tak padan berani sebab dia tau orang tak akan layan dia. Yang padan pula tak berani sebab dia tau orang sedang tunggu dia.

Kalau KJ debat dengan Pak Pandir macam mana? Atau, UH debat dengan Mak Andih? Padan… ?

3 comments:

amalhaj said...

isk... isk...isk... isu liwat 1998 pon nak wat debat.... mahkamah dah putuih kan anwar idak salah.... ni boleh dikatekan menghine mahkamah... apa yg teman faham ler....

Anonymous said...

Ust;

Tolong upload diskusi buku Ust Mujahid dan Dr Asri di http://www.mediafire.com/?4nca585dnokv1ng

Masukkan dalam blog hang supaya ramai orang boleh dengar. Aku tak ada blog.

layar said...

Salam,
1.Yg Anwar debat dgn Bekas menteri penerangan...masa tu bekas menteri penerangan tu sapa...bekas s46 baru join UMNO semula...

2.Masa tu padanke dia ngan ANWAR..

3.Apasal masa tu ANWAR setuju dan x timbul isu padan dan sepadan...he3

adibeta,
layarbiru15@gmail.com
kubang kerian,kel